Rabu, Julai 22, 2009

Hujung Minggu

Hujung minggu lepas pun sama macam hujung minggu yang lain-lain jugak. Berlari kesana-sini mengejar schedule anak-anak yang tak pernahnya habis. Ni pun coach bola baru talipon untuk bagitahu pasal schedule untuk Sabtu dan Ahad pulak. MasyAllah...aku dulu tak pulak kalut sampai macam ni! Coach talipon bagitahu suruh bawah surat beranak lah, jangan lupa pakai jersey kuning lah, jersey hijau lah....pergh...mengalahkan MU nak lawan Malaysia hari tu! Aku boleh bayangkan masa aku tak ada kat sini...ngeri...kesian aunty!

Hari ni aku tak buat apa. Lepak aja kat rumah main-main dengan Marina dan bawak dia jalan-jalan naik moto. Happy dia. Kami stop kat kedai tepi rumah minum-minum...bestnya dapat minum dengan Marina. Jadi pada siapa-siapa yang ada anak dan selalu tak ambik pusing pasal depa, aku nasihatkan tengok-tengoklah anak-anak tu. Bawaklah depa jalan-jalan. Habiskanlah masa dengan depa sebab depa ni cepat membesar. Aku teringat masa Abang dan Yuya kecik-kecik dulu, aku selalu kacau depa, cakapkan yang bila depa besar nanti, mesti depa dah tak mahu cium pipi aku. Abang dengan Yuya mesti marah gila kat aku. Siap nangis-nangis lagi...depa kata "Papa janganlah cakap macam tu!" sambil terisak-isak! Aku pulak jadi emotional..tapi last week bila Yuya nak masuk padang bola, aku cakap kat Yuya suruh cium pipi aku dulu sebelum masuk padang. Dia cakap "Nantilah kat rumah, malulah nak cium kat tepi padang!" Aku senyum sorang-sorang..."..dah besar anak aku!" Aku miss masa depa kecik dulu. Walaupun sekarang ni kecik lagi, tapi perasaan malu dah ada. Aku sedih pun yea jugak. Cepatnya depa ni besar! Jadi sekarang ni, Marinalah yang cium aku tak tentu masa dan tak tentu tempat!

Masa aku balik KL aku tengok pokok-pokok kat rumah aku semuanya hijau menyala. Aku heran. Jadi aku tanya kat Wiwit apa yang dia bagi pokok-pokok aku makan? Dia cakap dia bagi kepala ikan bilis! Huh? Kepala ikan bilis? Biar betul ni. Ada sekali aku mengendap tengok apa dia buat. Memang dia tanam kepala ikan bilis kat tepi pokok aku. Hmmm patutlah sihat, banyak protein! So pada KN, pada Hafitah dll yang selalu dok tanam pokok tapi tak menjadi, aku cadangkan, cuba lah buat macam Wiwit buat. Mesti sihat pokok-pokok tu semua! Try tengok, then bagitahu kat aku.

Ada sorang follower blog aku yang menamakan diri dia Zorro. Ada a few comments dia bagi. Aku tak perasan siapa Zorro ni sampailah ada sekali tu dia tanya, tak kenal ke? Cari punya cari, baru aku tahu yang kami pernah bekerja sekali dulu kat Renaissance. To my dear friend and former colleague, aku nak ucapkan terimakasih sebab memperkenalkan diri. Aku kan mudah lupa....whenever you're free, please give me a call. Aku rasa dia masih lagi duduk kat Ampang. So to Zaini, please feel free to call me ok. In fact kalau tak ada aral, esok mungkin aku akan jumpa sorang lagi staff lama. Bagus budak ni. Rajin dan selalu kerja kuat. Masuk Captain dan habis sebagai Assistant Manager. InsyAllah kalau sempat, aku masukkan gambar dia nanti.

3 days ago macam yang aku cakap, aku dan 2 orang kakak aku pergi ke PJ Alzheimer Support Centre. Kami nak tahu macamana cara-cara nak menjaga orang yang didiagnosekan dengan penyakit ni. Mrs. Jasmine sangat berpengetahuan pasal penyakit ni. Dia cerita kat kami dari A sampai Z. Sebenarnya kami dah tahu pun cuma kami pulak yang perlu pergi kekelas-kelas yang dianjurkan supaya kami lebih faham tentang penyakit ni dan macamana nak menjaga orang yang berpenyakit macam ni. Dulu aku ada cerita yang mama aku kurang sihat dan selalu sangat lupa. Jadi untuk anda semua, mama aku didiagnosekan dengan penyakit Dementia, iaitu satu cabang dari penyakit Alzheimer. Memang sedih kalau tengok keadaan dia. Nak menitik air mata aku kalau cerita. Adik beradik aku semua very supportive dan kami sama-sama akan jaga mama. Masa nak balik KL dari Penang hari tu mama tanya lagi kat aku, nak balik KL ka? Bila nak mai Penang lagi? Aku sebak. Kakak aku sebak, abang aku sebak. Mama cakap, sampai KL nanti jangan lupa talipon mama dan aku angguk kepala. Allahuakbar, Allah menduga kita dengan berbagai-bagai cara. InsyAllah esok aku talipon mama lagi bertanyakan khabar berita. Tiba-tiba aku jadi sedih...

12 ulasan:

zorro berkata...

Boss,
u memang bz bile balik malaysia ek? I was suppose to work in Abu Dhabi but unfortunately since the economy situation is not that good, they dont employ Manager but offered me asst manager instead which I have to decline..looking forward to work overseas before it is too late..hehehe...anak2 pun dah besar panjang..

Uncle berkata...

Dear Zorro.
It's good to work overseas. Experience memang penting untuk kita berjaya. Keep on trying, insyAllah satu hari akan kesana jugak. Take care and regards to the rest!

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
Ye ke letak kepala ikan bilis??
Memanglah...ada sumber nitrogen dlm ikan bilis tu..so of courselah pokok2 uncle tu sihat. KN letak baja NPK dah...

pinatbate berkata...

uncle..
bersabar menjaga ibu..mudah-mudahan mendapat ganjaran yg mulia di sisiNya.

kucingorengemok berkata...

saya doakan yg terbaik utk uncle & family... sekurang-kurangnya ingat lagi mama uncle kat uncle... ps: lama lagi cuti?

Hafitah berkata...

Dear Uncle,
kepala ikan bilis ye?
la ni beli ikan bilis dah tak dak kepala...dah siap kopek la.
Anyway, thanks for the tip! Now ni pakai baja organik tahi ayam or cacing je.

Uncle berkata...

Dear KN.
Pergh pandainya KN! Maklumlah cikgu Sains.....baja NPK tu apa? Sama macam PCK best in Singapore and some say Batam tu ka? Apa relationship 2-2 baja tu?

Uncle berkata...

Dear Pinatbate.
I just called her this afternoon and she asked me, "bila nak mai Penang?".....

Uncle berkata...

Dear KOG.
Thanks for the doa......about me in KL, mungkin ada 1-2 minggu lagi belen kot...

Uncle berkata...

Dear Fitah.
Ala...suruh la apek kat Paroi Jaya tu simpankan kepala ikan bilis tu!

siti berkata...

a`ah, wiwit terer bg baja asli kt pokok.sy pon taktau..huhu..

Uncle berkata...

Dear Siti.
Ni kena bayaq pengkeraih ni.......dua kupang lima duit jadilah....

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...