Jumaat, Julai 31, 2009

Marina Ayumi/Aku dulu

(ni semua kerja Marina. Buah limau tu penyet sebab kena pijak dengan Marina!)

(Marina cum gardener. Satu lagi pekerjaan yang mulia!)

(Marina posing cair..)

(Marina dok pikir masa depan, macam aku dulu dok pikir kat tepi longkang kat Brown Garden!)

(satu lagi pose maut dari baby)









(Yuya dulu terjun pool dengan basikal!)

Aku seronok tak terhingga bila dapat main dengan Marina. Marina sorang budak yang sangat aktif. Suara dia halus. Bila Marina cakap tersekat-sekat, aku dengar macam kawaii sangat. Mana-mana aku pergi mesti Marina nak ikut. Tiap-tiap pagi aku usung Marina naik Harley Davidson aku pergi beli paper kat mini market ataupun kat achi di Taman Dagang dekat dengan LRT Ampang. Marina pakai helmet dan duduk dalam bakul. Pagi tadi aku usung Marina lagi pergi pasar Ampang naik motor. Tak payah lintas jalan besar sebab bahaya, aku cuma ikut jalan pintas kat tepi rumah pergi pasar. Josephine yang selalu jual ayam kat aku terkejut tengok Marina. Adoi...tokay ayam pun kenal anak-anak aku. Dari aunty mengandung sampai anak-anak aku dah 3 orang, Josephine lah yang selalu potong ayam aku. Jo tahu apa aku nak. Dia tanya nak masak apa then dia potong. Kalau ada cakap nak grill, dia potong besar. Kalau aku cakap nak buat darrrcha, dia potong kecik. Kalau nak buat sup atau kurma ayam, dia potong sedang. Kalau aku tak sempat, aku talipon Jo aja then dia akan siapkan ayam aku. Macam tulah baiknya aku dengan tokay ayam!

Hari ni aunty nak buat laksa for dinner. Ni semua pasal aku pergi rumah KL semalam dan dia jamu aku laksa for lunch.....malam masa tidur pun dok mengigau laksa...laksa....meleleh-leleh air liur aku masa tidur! So tadi aku beli bawang merah, cili kering, daun kesum, bunga kantan, daun pudina. Lain-lain dah ada kat rumah tapi sekarang baru aku perasan yang LAKSA aku lupa nak beli! Heh3....habih macamana nak makan laksa kalau tak beli laksa? Takpa, satgi aku lari dengan moto kat Hero beli laksa.

Ada sekali aku bawak Marina main kat padang depan rumah. Dia lari sana, dia lari sini, dia panjat sana, dia panjat sini, dia lompat sana, dia lompat sini, aku pun tumpang lari sana-sini, tumpang panjat sana-sini dan tumpang lompat sana-sini. Balik rumah aku tidur setengah hari. Marina masih horey-horey lagi! Pikir-pikir balik oooo patutlah, age difference kami 38 tahun! Part tu aku selalu lupa ataupun buat-buat lupa...

Masa aku kecik pun aku active macam ni. Kat padang depan rumah aku masa kat Brown Garden dulu ada padang. Kat padang tulah aku, Anuar Cikgu Rawi dengan Nasir selalu dok main. Ada bukit kecik kat situ. Kami main macam Secret-7. Main simpan-simpan maklumat rahsia. Kami korek lubang banyak-banyak kat situ dan simpan maklumat rahsia kami. Apa maklumat rahsia kami? Kami tulis kat kertas, agenda nak main perang-perang untuk esok, kat mana nak cari kayu nak buat senapang kayu, kat mana nak curi buah cherry nak buat peluru dll lagi. Kami tulis jugak kat mana nak dapatkan bahan-bahan tu. Buah cherry, kena panjat pokok kat depan rumah Bismillah, kayu pulak curi kat belakang rumah Mak An (geng mama ni!) sebab aku nampak dia tengah nak buat reban ayam kat belakang rumah dia. Then gergaji nak potong kayu boleh pinjam kat Pak Majid belakang rumah aku! Ok beres, maklumat rahsia dah siap. Kami gulungkan kertas then masukkan dalam lubang kat dalam tanah yang kami korek tadi. Eh modal macamana? Kami share sorang 20 sen dan masukkan dalam 3 lubang yang kami korek tadi. Total ada 3 lubang dengan jumlah 60 sen. Heh3.....kelas....operasi Secret-7 aku bermula esok pagi lepas mengaji Quran kat rumah Mak Timah depan rumah Bismillah. Malam tu aku tak lelap tidur. Sejuk pulak rasa malam tu. Kejap-kejap mata celek. Maklumlah nak buat projek besar esok. Pagi-pagi lagi aku dah bangun lari pergi rumah Anuar dengan Nasir. Tak sempat gosok gigi! 3 orang kami pun terus lari pergi kat padang depan rumah aku cari lubang rahsia yang kami buat petang semalam. Cari punya cari tak jumpa jugak. Puas kami cari tapi tak jumpa. Bukit kecik tu pun dah nak rata pulak. Kami pikir lagi apa dah jadi. Last-last baru kami teringat malam tadi rasa sejuk. Rupa-rupanya malam tadi dah hujan lebat.......habis lubang-lubang tu semua dah hilang kena hujan. Habis semua plan rahsia kami hilang, habis duit kami 60 sen hilang! Sedih kami ingatkan balik segala titik peluh kami semuanya dah hilang....kat mana nak ambik buah cherry? Kat mana nak curi kayu buat senapang? Kat mana nak pinjam gergaji nak potong kayu? Kat mana duit modal kami nak beli air soya dengan lengkong bila kami dahaga nanti? Aku, Anuar dengan Nasir jadi sedih tak terhingga.....tengahari tu kami balik rumah dengan muka sembab. Baju kotor dan duduk kat tembok rumah aku kat tepi longkang sambil pikir masa depan kami lagi......Aku jeling kat dalam rumah, aku dah nampak muka mama kat tepi tingkap dengan mata liaq dok tengok aku dan jari telunjuk dok goyang-goyang sambil mulut dok ketap-ketap macam cikgu Bibah dulu. Ngeri!

8 ulasan:

Yours truly berkata...

ha..ha..lawak.. saya dedulu sibuk dok main charlie angels..kalau ada muka2 x kenai masuk kampung..syokk kami siasat mengendap2 naik basikal..

Uncle berkata...

Dear Yours Truly.
Oooo Charlie's Angel yea....Tom Bosley ada sama ka? So, sapa yang datang rumah Cik Kiah malam tu? Hheh3...

pinatbate berkata...

bestlah baca cerita Uncle ni...
marina tu memang kawaii

kucingorengemok berkata...

ada lubang rahsia ye?? hehehe... eh, nak tey secewen ke? takpe la uncle, biar uncle spend sebyk masa yang boleh horey-horey dgn family while in kl... kalau ada rezeki saya ke mekah (doakan ye!), saya cari uncle kat sana insyaallah :)

zorro berkata...

Boss,
mmg seronok kalau fikir masa kecik kecik dulu. hehehe...bile tgk limau penyet tu, teringat limau cina kena curi ngan kitorang masa kecik kecik dulu...itu yg kalu lalu kat tokong jln san peng tu mesti senyum sorang sorang..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Ala...cerita masa muda-muda dulu....rasa macam baru 2-3 tahun sudah!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Memang seronok masa kecik2 dulu. Semuanya masih ada dalam kepala otak Uncle. Chrystal clear!

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Pun curi limau jugak? Eh sama la kita...tapi tak tahulah pasal apa, bila makan limau curi rasa lagi sedaplah pulak! Hheh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...