Jumaat, Julai 31, 2009

Malam ni..

(macam nilah jadi kalau orang tak pandai landscaping buat landscaping!)

(kerusi ikea yang depa lelong dulu)

(aku panggil pokok bawang, betul ke ni?)

(seronok tengok depa..)

(anak-anak aku yang happy)

Tajuk dah suspense. Macam-macam berlegar kat kepala otak aku. Hari ni macam yang aku cakap pagi tadi, kami buat laksa. Bila aku makan? Lepas sembahyang Jumaat tadi. Since aku makan pun dah lambat, aku pun makan lah sampai 2 pinggan. Hmmm puas hati aku! Abang dengan Yuya pun makan sama. Dinner tadi aku dah tak makan sebab kenyang dari lunch tadi. Perut pun dok kembong lagi ni. Nasib baik laksa, kalau briani tadi? Ohhh tidak.....since balik sini, aku tak makan pun briani lagi. Nak kena cari ni..Walaupun tak makan briani, badan aku dah naik 3 kilo! Ngeri......

Malam ni lepas budak-budak semua makan, aku yang selalu tak tahu apa nak buat, tarik kerusi duduk kat depan rumah sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Kena pulak kopi secewen, pergh...kelas...memang macam orang kaya-kaya. Sambil dok relax sambil dok belek pokok bunga matahari, bunga bawang, pokok mangga dan lain-lain pokok yang ada kat keliling aku. Pokok kelapa tak menjadi. Baru naik sikit dah kena attack virus. So mungkin nanti suruh depa tebang jelah pokok tu daripada menyusahkan orang nak kena siram selalu.

Anak-anak aku buat apa? Depa horey-horey kat depan rumah. Lari sana lari sini. Tembak sana-tembak sini. Aku buat apa pulak? Aku tak buat apa-apa. Cuma tengok depa horey-horey dah buat hati aku cair...masa ni pun aku teringat masa aku kecik-kecik dulu jugak. Masa tu dah dekat Raya. Aku dan lain-lain mulalah jadi hantu raya. Lepas makan malam kami dah plan nak main bunga api. Neighbour aku si Anuar Cikgu Rawi tu ada kakak 2 orang. Nama depa Noni dan Tata. Tata ni tak kena mengena dengan Tata Young dari Thailand tu. Aku seronok berkawan dengan depa. Tak payah pikir hal politik, tak payah pikir hal ekonomi dan tak payah pikir hal global warming macam Al Gore. Yang kami pikir cuma horey-horey, janji kami....happy! Bak kata Amy Mastura. Heh3...Lepas sembahyang Maghrib kami dah hilang. Kumpul bunga api dan kumpul mercun. Masa tu mercun boleh main lagi. Ala...tahun 76...zaman Pop Yeh-Yeh...tala kat sana, tala kat sini, masuk rumah Nyonya sebelah, die jerit, kami lari masuk rumah. Nyonya sebelah kiri rumah aku ada bela anjing. Malam-malam suka sangat menyalak jadi malam tu kami pasang mercun sekaki, lepas kat sangkar dia. Anjing Nyonya terkejut kat mercun, kami terkejut kat anjing Nyonya...lari.....heh3...

Dulu ada aku cerita masa aku Form 6 pun aku masih naik bas sekolah sebab senang. Tapi masalah dia, aku lah yang paling besar kat dalam tu sebab yang lain-lainnya budak-budak sekolah rendah! Drebar bas, kami panggil Achit. Achit suka sangat pasang lagu "Brother Louie", masa tu tahun 86-87. "Brother Louie" tengah famous masa tu. Tiap-tiap pagi dia pasang. Dari tak suka sampai terpaksa suka. Dari tak ingat sampai melekat kat kepala otak. Jalan kaki dari simpang Masjid Negeri nak ke Chung Ling pun dok terngiang-ngiang lagu "Brother Louie". Ada sekali tu Cikgu Mokhtar yang mengajar Sejarah Tingkatan 6 kat aku panggil aku pergi office dia. Aku heran, tak pernah cikgu Mokhtar panggil aku. Dia cakap pulak ada hal penting. Ahhh sudah, apa hal pulak ni? Cikgu Mokhtar tanya aku, "hang ingat dak Perang Jawa?", aku angguk kepala. "Hang ingat dak Perang Candu?", aku angguk lagi..."Hang ingat dak Brother Louie?" Huh? Part tu aku tercengang! Alamak, aku dah tersilap tulis nama ka? Memang aku kena belasah dengan Cikgu Mokhtar. Heh3...Jadi bermula dari situ, tiap-tiap kali aku terdengar lagu tu aku mesti tersenyum sorang-sorang......aku rasa Cikgu Mokhtar pun minat kot kat Brother Louie....tak pun Brother Louie minat kat Cikgu Mokhtar!

(aku dan baby kat depan rumah)

(baby dan aku kat depan rumah)

(sempena bulan kemerdekaan)

(tengoklah mempelam yang rendang nak cecah tanah tu)

8 ulasan:

vy berkata...

Dato'

amboi amboi
santai santai depan umah nO !
awat tak ajak sekali
bleh bakar bakar kambing sekOq !
he he he

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
Seronok bersantai-santai dgn anak2 tu...dok kat luar borak2 macam KN dgn kuey-san & syikin & rai buat mlm td!

Uncle berkata...

Dear Vy.
Ala....saja seronok dok depan rumah. Nak dok belakang rumah tak boleh!

Uncle berkata...

Dear KN.
Macam berjanji pulak. Satgi dinner pi rumah IQ. Nanti masuk blog!

perantau.timur.tengah berkata...

hahaha salam uncle.. apsal time saya dtang mekah je uncle takde. time uncle takde je sy dtg mekah? hehe.. tak jadi lgsg nak wat surprise

sorry baru tau uncle pun balik cuti gak.. tapi kalau ikut kata bebudak kat safwah tu patutnya uncle balik dah dau minggu lepas.. ni overstay kat msia ke ape nih? exit visa dah dapat? hahaha

Uncle berkata...

Dear PTT.
Cuti ni selalunya biasalah di perpanjangkan sikit ikut suka hati! Eh taklah...actually macam Uncle cakap dalam entries yang lepas, banyak kerja berhubung dengan masalah negara yang Uncle kena selesaikan....salah satunya nak cari baju Raya untuk anak-anak hujung minggu ni. Then semalam aunty bisik kat telinga, Wiwit pun nak baju raya jugak! Alahai....PA aku sorang tu!

siti berkata...

salam uncle, seronot santai2 ya :D
byk jenih jugak pokok kat umah uncle ni..sapa rajin tnm? dah gatai dah tgn sy ni nak design tmn jepun uncle tu..hehe..
bley sy kongsi nama pokok2 itu?
pokok mcm keladi: alocasia macrohiza
pokok puding: croton
pokok bawang: zephyranthes @ rain lily (mesti sbb uncle tgk akaq dia mcm bawang)
pokok hat ada bunga: heliconia spp
last skali, rumput: axonopus compressus@ cow grass

Uncle berkata...

Dear Siti.
Amboi lama tak dengaq cerita no...lama sepi...anyway to;ong betulkan ayat Uncle kat bawah...
"Uncle nak pi kedai sat nak beli zephyranthes....lepaih tu nak balik masak sayoq alocasia machohiza.....sat-sat lagi pekena pulak croton dengan kopi secewen! Kelas.."

Eh Siti, buleh ka lagu tu?

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...