Sabtu, Ogos 29, 2009

7th Day Posa

(port baru)

(lupa nak tengok betul2 nama apa)

(croissant-close up)

(lounge menu aku)

(mido-vip guest aku)

Sekarang aku dah ada spot baru untuk rest sat sambil minum hot chocolate dan baca Arab News. Lepas habis berlari, jumpa guests sana-sini, lepas sembahyang Isyak, dalam pukul 9.30 malam, aku turun pergi dekat port baru aku untuk melepaskan penat-lelah dan sambil baca paper sikit untuk tahu perkembangan dunia. Lega rasa....pandai jugak depa buat Hot Chocolate kat aku. Number one in the world!

Selain daripada minum HC, aku beli Pocari Sweat beberapa tin. Ni tengah dok perabih the last can. Kononnya nak bagi bertenaga lah...tapi kalau dah lebih 41 tu, macam aku dok selalu cakap la..."keinginan tetap tinggi tapi kemampuan dah kurang sikit.." heh3...

Tadi aku dapat message kat fb dari Nyamuk. Dia cakap nak datang the last 10 days nanti. So, to my dear friend, kedatangan anda amatlah dialu-alukan. Aku tunggu. Janji belanja aku KUZI sudahlah...aku bukannya mintak banyak-banyak pun..

Few minutes ago, aku dapat e-mail dari Lovell Rugby. Dia tengah buat Raya Sale sakan ni. Bila cerita pasal sale ni aku teringat pulak kat satu kedai kat Alor Setar nama dia Mi-Ca Mi kalau tak silap aku. Maknanya aku sendiri pun tak tahu sebab bukan bahasa Malaysia dan bukan jugak bahasa Jepun. Orang yang pergi semuanya muka confuse! Termasuklah aku sekali. Pasal apa aku masuk pun aku tak tahu. Tapi Mama selalu pergi situ untuk beli kain. Memang murah. Dululah, tahun 1980...la ni entah ada entah tidak kedai tu lagi.

Malam ni aku tak makan lagi ni. Apa nak makan pun aku dah tak tahu. Tengoklah nanti kalau rajin aku buat maggi. Ada sekali tu aku dah jadi kemaruk maggi. 2 hari 2 malam aku makan maggi. Ni semua gara-gara aku terlebih tengok iklan maggi slurp! Pelik pun ada..kalau kat jepun dulu senang sebab ada cup noodle. Malaysia tak ada lagi masa tu. Tapi since portion jepun kecik-kecik, aku makan sampai 3 bekas...tu pun tengah malam lapar lagi. So aku lari pulak turun hotel pergi makan tempura soba pulak kat depan hotel. Lepas makan baru aku lega. Tapi satu lagi masalah pulak. Mata aku dah terbeliak pulak. Ish...pusing sana pusing sini tak boleh pejam. Last-last aku tidur dalam keretapi masa pergi kerja dari Tokyo station ke Maihama Station. Parah betul...jadi bermula dari situ, aku kena control makan tengah malam supaya tak terlebih makan dan aku senang tidur.

Esok ada a few groups yang akan check out. Tapi jangan ingat boleh goyang kaki....masih ramai lagi dok tunggu nak masuk. Kiranya sebulan ni memang aku berhempas-pulaslah...aku ni tak habis-habis berhempas-pulas, dulu tak berhempas tapi selalu kena pulas....aku ajak mama balik rumah, tangan kena pulas...aku tak buat homework, cikgu Sabaruddin pulak pulas telinga...apalah nasib.....ok, pada semua aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan kerjalah berhempas-pulas!

18 ulasan:

UnCLe pEt.. berkata...

pdn ptut uncle xlh tidoq..
jepun pnya penangan la ni no.. ahaksss..
dh gaya xlh nk tidoq sgt, pulas ja idung..
agk2 xlh nafas, ea pngsan p je la.. sok bgun len.. ahiksss..
slamat brposa gk utk uncle..!!

Uncle berkata...

Dear UP.
Ni tengah dok pulaih hidong la ni, Uncle ikut nasihat UP. Ishh loq-laq sunggoh!

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,

Eh..kalau tak leh tido tak per...pergi tawaf!

kucingorengemok berkata...

dah terer uncle ambik gambar close-up... dah pandai guna auta fokus naaa! :)

My Life berkata...

selamat berpuasa uncle.. kurus dah nampak uncle... (-_-)

Uncle berkata...

Dear KN.
Excellent idea. Memang bernas..

Uncle berkata...

Dear KOG.
Bolehlah untuk syok sendiri...

Uncle berkata...

Dear ML.
Eh yea ke ni? nak turun bagi 74 ni.....ish..payah sungguh!

siti berkata...

kena piat telinga..slalu la dulu..huhu

Uncle berkata...

Nakai jugak ka? Amboi banyak akai no.....ni Uncle baru lepas tengok orang pi soq kat restaurant tadi!

siti berkata...

o ya ka..uncle dah soq blum?.mkn jgn tak mkn nnt siang2 sat lg peurt tu berkeroncong lagu arab lak nnt

Uncle berkata...

baru lepaih soq...yang makan kari tadi la..pukoi 11 tadi. La ni kenyang lagi...bak kata marina, "tak mau makan, nanti gemok!"

siti berkata...

aiwah aiwah :D

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

menyelerakan tengok bakhlava tu heheh...

uncle dapat pahala banyak la yer...menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur..untung pahala freee...

Uncle berkata...

Ish...pandainya Siti cakap Arab, berbuih mulut2!

Uncle berkata...

Ala Husin, dah kerja Uncle macam tu, tak teringat pulak pasai pahala tu. Uncle buat pasai dah jadi kerja dan tanggungjawab Uncle..

dilaOHdila berkata...

Pewwit!!!!!!!!!!!!!!!!
wah de uncle leornado sudah nampak kurus
cepat sih! mesti hari2 buat exercise ni
mesti untie senyum je tuh....

Uncle
ada lak kawan uncle nama nyamuk. apa sejarah dia uncle (he he he)

Bun tu macam nak suruh kita urang makan jek
hulur ler sini sikit....

Uncle berkata...

Dear Dila.
Masa ni saja yang Uncle buleh kuruih...bila kat KL, mmmmmm habehlah....

Pasal Nyamuk tu, ada Uncle cerita dulu!

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...