Isnin, Ogos 10, 2009

Down Memory Lane..

(tengah platform)

(tepi platform yang aku berebut nak naik keretapi dari tingkap dulu!)

(kepala keretapi pun aku ambik jugak)

(sini dulu toilet dan ada kedai minum)

(pandangan sisi)

Beberapa hari lepas aku ada buat satu lagi trip untuk balik ke Penang melawat mama. Dan sekali ni jugak aku naik Plusliner dari KTM. Sebenarnya pagi tu aunty dah tersalah hantar aku ke Hentian Duta. Aku naik teksi ke KTM. Selama aku menunggu bas nak ke Penang, sekali ni aku usung kamera aku dan snap seberapa banyak gambar yang boleh. Banyak tempat-tempat nostalgia aku yang aku lawat balik. Sambil duduk kat tepi platform sambil tu lah kepala otak aku mengimbau balik kisah-kisah aku 28 tahun dulu.

Kalau tak salah aku kalau naik keretapi dari Seremban mesti petang. Sampai kat KL 2-3jam lepas tu. Kemudian nak tunggu keretapi nak ke Butterworth punyalah lama sebab keretapi cuma bertolak pukul 10 malam. Jadi sementara nak tunggu keretapi sambungan, aku akan ronda-ronda dulu kat area yang dekat dan kalau takpun lembek melepak kat Masjid Negara. Tapi excited punya pasal, masa yang panjang tu tak pernah jadi masalah untuk aku. Tu lah pengalaman aku transit masa muda-muda dulu. Sampai sekarang tak habis-habis transit aku! Bila balik kampung tu ok lagi tapi bila nak balik dari kampung ke KL-Seremban, mak aii....punyalah sayu rasanya. Sampai sekarang jugak perasaan sayu macam tu selalu bermain-main dengan perasaan aku bila nak balik ke KSA balik, esok malam!

(Penang Yellow Bus nak ke rumah aku)

(Penang Free School, tempat aku training rugby masa main untuk Penang dulu)

(Heritage Hotel Bar, tempat aku minum teh tarik, heh3...)

(nice hotel with a Moorish design)

(tempat aku beratur dulu tukar konsesi ke tiket)

Aku sampai kat Penang pukul 2.30 petang. Aku tengok abang dah tunggu aku. Kami terus pergi Tesco cari barang rumah. Lepas beli ubi sikit, cabai sikit, gula sikit, kami makan mee goreng dengan mee rebuih kat bawah Tesco. Sampai kat rumah, mama dah ada dok berehat kat kerusi. Mama terkejut tengok aku sampai. Dia tanya aku, "awat tak habaq?" Aku sekali lagi sengaja tak mahu bagitahu sebab takut mama tiap-tiap hari dok cari aku. Mama akan tanya berulang-kali kat pembantu dan mungkin orang tu akan boring dan naik angin. Jadi untuk tenangkan keadaan, sengaja aku buat surprise kat mama.

(ni lah rumah Bismillah yang aku cakap dulu tu sebab kat gate dia ada tulis Bismillah)

(tempat ni nama dia Tangga Batu. Sangat famous kat Penang sebab benda2 yang salah!)

(ni padang yang aku tengok wayang pacak dari Filem Negara dulu)

(ni tapak Pak Bakaq jual mee yang famous tu. Aku cuma lalu kat situ walaupun Pak Bakaq dah tak berniaga)

(ni rumah lama kami sebelum pindah naik atas sebab kat situ selalu banjir...dululah...btw, rumah aku pulak dekat sangat dengan Kampung Buah Pala@High Chapparral yang la ni famous sangat tu!)

Aku balik tak lama tapi aku puas dapat duduk, tidur picit, urut dan bersembang dengan mama macam masa aku umur 6 tahun, 35 tahun sudah! The next day tu aku pun pack nak balik. Mama suruh aku picit kaki dia masa aku nak balik dan masa tu jugak abang dah tunggu aku kat depan nak hantar aku ke stesen bas. Aku picit kaki mama, mama sayu, aku lagi sayu....dan sepanjang perjalanan dalam bas sekali lagi aku teringat kat mama. Mama lah yang selalu dok kejut aku bangun tidur untuk pergi sekolah naik bas Achit. Mama lah yang paksa aku makan 2 biji telur setengah masak supaya aku alert masa dalam kelas. Mama lah yang masak kari bawal dan siapkan nasi untuk aku bila aku balik sekolah. Mama lah yang hantar aku pergi tuition. Last but nor least, mama lah jugak yang selalu tunggu aku dengan rotan sebab baju aku kotor lepas main perang-perang kat Bukit Botak dulu!

20 ulasan:

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
Agaknya ni dok sedih lagi sbb dah balik semula ke KSA!! Hu3...

Uncle berkata...

Dear KN.
Actually esok malam yang balik. But anyhow, memang tengah dok sedih la ni...nak buat macamana...time will fly very fast. Dapat balik sekali ni pun alhamdulillah. Anak-anak dan aunty faham!

kucingorengemok berkata...

lama cuti uncle kali ni... puas! :)

Suzana Abd Manan berkata...

Saya sangat sedih dengan post ini, sebab saya sudah tak ada mama lagi yang boleh di picit2 kan kakinya...huhu

dilaOHdila berkata...

salam Uncle
sayu dilla baca artickle nih
itewlah pengorbnan seorang IBU...

Uncle dah balik sana ke?

Uncle berkata...

Dear KOG.
Eh lama ka? Baru 5 minggu...ingat nak tambah lagi tapi pikir2 balik? Sapa nak bayar gaji, lagipun tanggungjawab Uncle masih ada pada orang yang nak berpuasa dan nak pergi Haji nanti. InsyAllah, Uncle akan kerja sebaik mungkin, untuk agama, bangsa dan negara!

Uncle berkata...

Dear Suzana.
Memang Uncle pun sedih. Esok kat airport Uncle akan call mama. Uncle doakan mama panjang umur dan diberi kesihatan fizikal dan mental yang baik. Jadi pada Suzana, jagalah orang disekeliling kita!

Uncle berkata...

Dear Dila.
FYI Uncle akan balik esok malam pukul 8 flight Saudi terus ke Jeddah. First time naik Saudi Air. Dengar cerita ngeri! Hopefully tak adalah mimpi buruk!

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,
KN pernah beberapa kali naik Saudi Air ni...Insya Allah selamat. Don't worry!

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya demam kuat la pulak. Not advised to travel by the Doctor so has to postpone to Saturday! Hai...macam2...

taj berkata...

salam uncle,


biar betul postpone... ada hikmahnya tu... hanya DIA yg maha mengetahui... semoga uncle kuat semangat dan sihat secepatnya... byk2 mkn buah yg kaya vitC, supaya cepat kebah demamnya...

Uncle berkata...

Dear Taj.
Kita merancang, Allah menentukan. Ni pun dok terbaring lagi ni..

ms.legolas berkata...

nostalgia tul cite uncle ni... n terharu part uncle ngan mak uncle..

odaijini

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas..
Yes it was very nostalgic. Hey, why don't you start yours too? Must be interesting!

PINATBATE berkata...

Uncle..
semuga cepat sihat yer!

Uncle berkata...

Dear Pinat.

Thanks.

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

uncle my aunty also stayed there before pakcik jual daging kt market taman saadon...

saya duduk kt kampung kastam jalan kaki short cut ikut sekolah turun bukit...

padang permaianan tu selalu main juga

nearby ada pondok telefon colour orange...buat telefon ayah suruh ambik kt brown garden

gambar kedai tue plak ada kedai runcit..nenek selalu bg duit beli kismis kota kuning califonia...

kenangan brown garden memang takleh lupa...kt jalan nak masuk brown garden tue ada satay sedap..

kt bakery depan tue apa nama dia..skrang dah ganti restaurant...kat situ suka beli choclate ball...n roti bangali panas2

kt depan post office depan taman brown tue selalu duk makan roti tempayan..masa dulu makanan nie masih belum famous lagi...

i love penang very much...it is totally different from kl..

Uncle berkata...

Dear Husin.
Dia juai dagin kat marrket TS? Yang gerai belah kiri tu ka? Hah3...Kpg Kastam tu kat Haigh Chapparal la tu!
Kat tepi Tangga Batu tulah Uncle punya tadika tahun 1974 dulu..then kedai roti kat Glugoq tu memang Uncle punya fav beli roti benggali.
Post Office Glugoq? Uncle baru bawak mama ambik pencen dia. Yang best tu kerani dia keluaq mai kat reta ambik signature dan bagi pencen mama sekali. Hah tu dia....

Salam sejahtera....... berkata...

Salam,
Gambar Penang Yellow bus tu buat saya teringat masa study kat maktab dulu.Firt time naik bas tu dari Komtar.sy cakap nak turun kat "Gelugor" pada konduktor bas,dia tanya balik turun mana...sy kata Gelugor, dia ulang2 tanya lagi...last2 dia kata..."ooohh Gelugoq,lain kali habaq Gelugoq bukan Gelugo..."

Uncle berkata...

Dear Salam Sejahtera.
Very nostalgic kan? You dekat RECSAM ka dulu? Uncle ada apply nak jadi cikgu dulu tapi Math F9...tu yang tak dapat tu! Heh3...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...