(sorry kiwi cake aku terbalik!)
(sama macam dulang Kak Nab)
(polis dok berkawat sebelum masuk station masing2)
(supian dgn kotak kamarrdin sebelum buat juice)
(basyir dok buat arabic coffee, ni barista aku ni!)
Kepada pembaca semua aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan" dan semoga negara kita akan bertambah maju lagi. Aku doakan. Apakah kelebihan negara kita?
1) rakyat berbilang kaum
2) berbilang agama
3) keadaan ekonomi dan politik lebih stabil dari kebanyakan negara-negara lain
4) hormat-menghormati antara satu kaum dan kaum yang lain
Aku sayangkan Malaysia. Macamanapun aku nak balik Malaysia bila pencen nanti. Situlah aku dilahirkan. Macam-macam kelebihan dia. Tak payahlah aku cerita banyak-banyak. Aku happy sebab masih dapat minum teh tarik dengan Jeffvinder Singh, Senthil, Thomas Tan dan lain-lain kawan aku tanpa ada apa-apa masalah ataupun berperasaan curiga.
Hari ni semuanya berjalan dengan lancar. Aku berskype dengan anak-anak aku dan aunty pagi tadi. Abang masih lagi posa. Yuya aku rasa setengah hari dah senget. Marina pulak, horey-horey. Takpalah asalkan bahagia. Abang bagitahu kat aku yang dia nak handphone masa Raya nanti. Aku kata simpan duit sendiri dan beli. Tapi jangan salah gunakan handphone tu pulak sebab nanti aku ambik simpan. Abang janji...Yuya pun nak jugak, tapi aku cakap Yuya kecik lagi. Kena tunggu lagi 3 tahun! Buat masa ni, pakailah handphone Marina dulu.....Yuya angin....
Pizza aku memang sedap. Especially seafood pizza. La ni aku tengah dok garu kepala yang tak gatal pikir kat mana aku nak jual pizza take away. Location dah ada cuma aku nak cepatkan take-away tu supaya orang yang lalu lalang kat bawah tak payah tunggu lama. Nanti bila dah siap aku cerita nanti.
1-2 hari ni aku taklah jadi kalut sangat. Mai hari Rabu aku akan berlari balik sebab dah nak masuk weekend. Sembahyang terawikh kat Haram baru habis. So la ni, aku tengah dok tunggu guests yang nak makan lepas terawikh pulak. Lepas tu clear, lepas tu set Sahur, sampailah pukul 4.30am. Macam tulah tiap-tiap hari. Setakat ni guests semuanya masih ok. Semua keluar dengan muka senyum. Malaysian Hospitality mesti ada. Makanan sedap dan service bagus. Yang tu penting. Harga pulak taklah semahal hotel-hotel lain. Cuma SR160 untuk Iftar dan SR140 untuk Sahur. Berbanding dengan hotel-hotel lain yang lebih dari SR200 tapi cuma ada 100 orang makan sedangkan aku dapat dekat 700 orang makan. Sekarang ni aku pentingkan volume dulu. Tahun depan bila dah establish sikit, kita cerita lain pulak....Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut hari Kemerdekaan.....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Ogos 31, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
9 ulasan:
salam uncle,
apa ada dalam kotak kamarrdin tu..in the powder form ke?
sedap jus nih!
Tak buleh habaq la KN oiii, nanti habeh depa juai kat marrket kat kuantan nanti! Heh3...
hensem pyamun tarbus pegang kotak oren..hehe..uncle..slemat berbuka dan besahur :) aja aja fighti!!
Dear Siti. Tu budak Syria. Baru start sebulan setengah lepaih. But anyway, apa benda aja-aja fighti tu?
basyir tu makin gelap sebab uncle suruh dia buat kopi, cuba try bagi dia buat kamaruddin pulak.
Basyir tak buleh buat Kamarrdin nanti dia jadi kunin pulak! Heh3...
"aja-aja fighti" = "berusaha" ^_^
ooo yea ka? Baru tao...
Assalamualaikum Uncle,
Berkenan kat kek kiwi nu. Keknya macam key lime pie omputeh biasa buat. Masa kami tinggal di Dammam, Saudi dulu Mak Long biasa kerumah orang Arab sahabat Pak Long. Mereka memang suka makanan manis. Jamu kami minum kopi arab dalam gelas kecik, Bila gelas kosong, cepat-cepat mereka isi semulu, sampai rasa senak perut hihihi.
Catat Ulasan