Rabu, Ogos 12, 2009

Apa nak buat?

(beautiful condominium kat tepi Penang bridge)

(ni Pulau Jerejak yang aku selalu cerita dulu. Aku snap dari dalam bas)

(yuya yang sentiasa ceria)

(aku yang baru try buat auto 10 seconds. La....dah berapa tahun pakai camera baru tahu nak buat!)

(makan hot dog ikea)

(facing the curve)

(semua muka letih!)

Kadang-kadang aku jadi blurr sebab tak tahu apa nak buat. Bukannya sebab apa, tapi memandangkan aku dah nak balik ke KSA, jadi aku rasa rugi kalau aku tak buat aktiviti santai atau jalan-jalan dengan anak-anak aku dan aunty. Hari Ahad lepas adalah satu contoh yang paling baik. Pagi tu aku dan aunty beli saja breakfast ikutkan apa anak-anak aku nak makan. Ambik order malam sebelum tu jadi esok pagi senanglah aku nak beli sebab tak payah tunggu depa bangun tidur. Oh yes, sebelum aku lupa. The day before which was on Saturday, aku pergi ke Ulu Kelang untuk breakfast nasi dagang yang katanya famous sangat tu. Ala...yang dekat dengan Sate Kajang tu...masa aku sampai pagi tu orang taklah ramai sangat. Masuk dan order nasi dagang untuk aku tapi yang lain-lain nak makan nasi lemak. Nasi dagang dia aku bagi 4 out of 10 manakala nasi lemak dia pulak aku bagi 3.5 out of 10. Itu rating aku. Orang lain punya rating mungkin berbeza. Ok back to hari Ahad. Petang aunty hantar abang main bola pukul 3 petang then turn aku pulak hantar Yuya pukul 4.30 petang then jemput Yuya balik pukul 6.30 petang. Balik rumah kami dah tak lalu makan malam sebab tengahari tadi lepas tengok cerita GI Joe kami dah makan Nasi Ayam Special yang aunty buat. Makan sampai tak ingat dunia. Since aku dah terlebih makan, sementara nak tunggu Yuya habis main bola, aku paksa diri untuk jogging sampai 5 round! Lega...


(marina naik kereta)

(alahai anak papa)

(semua senyum paksa!)

(enviromental frindly cups)

(srott...srot....)

Aku tanya kat aunty, highway DUKE tu pi mana? Aunty cakap jom kita try? Aku pun usung satu family naik highway DUKE. Tu yang terlepas sampai kat IKEA tu! Total toll, RM4. Quite okay pada aku yang pakai DUKE setahun 2 kali tapi tak okay pada yang pakai DUKE tiap-tiap hari. Memang parah dan papa kedana! Sampai IKEA, kami terus cari curtain area. Cantik dan simple. Memang aku suka yang simple-simple macam tu. But frankly aku lebih tertarik dengan design dari Elyza. Warna yang menarik dan design yang agak "retro". Mmmm dah order? Taklah...kami suka tengok saja....bagi kami yang tu semua tak penting. Yang penting pelajaran anak-anak. Bukannya curtain ataupun cushion baru! Orang memang ramai maklumlah hari Ahad.

Masa kami duduk kat berek di Alor Setar dulu, rumah kami tersangatlah kecik. Arwah bapak dapat rumah quarters yang besar sikit tapi dia kata tak payahlah, sebab anak-anak semua dah tak dak. Jadi kami pun duduklah menginap kat situ. Ada 3 bilik kecik. Cukuplah untuk kami. Kalau Kakak-kakak aku balik, semua akan bergelimpangan kat depan TV. Seronok pulak rasanya macam tu. Selalunya masa raya kami taklah tukar curtain selalu. Kalau ada pun mungkin 2-3 tahun sekali. Bukan kami tak mahu tukar tapi aku rasa kami kurang duit masa tu dan arwah bapak dan mama kena simpan duit tu semua untuk kami adik-beradik belajar. Jadi dari situ lah aku banyak belajar berjimat-cermat. Kami pun bukannya datang dari keluarga berada!

Jadi malam tu kami balik dari IKEA pukul 10 malam. Traffic jam sikit masa nak keluar tu sebab semua orang berebut nak keluar masa tu. Kadang-kadang seronok jugak keluar malam-malam ni. Dah lama aku tak keluar waktu malam dengan anak-anak. Sampai saja kat rumah dah pukul 11 malam. Anak-anak aku semuanya terbongkang! Aku puas...heh3...

10 ulasan:

kucingorengemok berkata...

kalau kat mekah, family rindu uncle... kalau balik msia, penyamun tarbus kat mekah pulak rindu uncle... untung jadi pembaca blog, uncle kat mana² pun kita boleh follow! :)

Uncle berkata...

Dear KOG.
Ni pun almost everyday penyamun2 tarbus hantar e-mail tanya bila nak balik? Heh3...rindu jugak depa kat Uncle walaupun depa dok kena belasah tiap2 hari!

Yours truly berkata...

salam uncle..
dah sihat ker??
Bestt nya pergi IKEA..saya tiap kali balik sana mesti singgah IKEA, jamu mata..he.he..

ps..kirim salam kat aunty...(cantik laa.)

Uncle berkata...

Dear YT.
Alhamdulillah dah lega sikit. Risau jugak semalam. Tapi temperature masih lagi dalam lingkungan 39. Tinggi lagi ni..jadi memang banyak rest dan minum air saja sampai kembong perut! InsyAllah uncle akan sampaikan salam YT pada aunty..thanks.

UnCLe pEt.. berkata...

msti best kn sesekali blik m'sia, bwk ank2 p jenjln..
lgu ni nk kene p ddk KSA jgk la.. ahaksss..
ni uncle bila nk blik..?? nk tmpang p tgk tunang sat kt jddah.. kui3..

cikgu zainab berkata...

Salam Uncle,
Dah kat Makkah kan...selamat bertugas!

Uncle berkata...

Dear Uncle Pet.
Nak tumpang pi Jeddah? Boleh sesangat, apa salahnya...

Uncle berkata...

Dear KN.
Thanks..

siti berkata...

uiks, ni yg ceq nk marah ni..uncle mai the curve awat tak bgtau ceq??..waaa..nak picit pipi marina n yuya!!! huuu

Uncle berkata...

Dear Siti.
ooo nak cubit pipi yea...tu yang takut nak habaq tu!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...