Ahad, Ogos 30, 2009

8th Day Posa

(makanan arab lagi..)

(chef yang dok buat kunafa live!)

(tabbouleh, salah satu appetiser arab-close up)

(wife Delwar masak kari ikan kat aku, memang horr liao..)

(abdullah budak lounge belikan aku buku belajar bahasa arab)

Dah 8 hari kita posa. Horey! Tak sedar pulak dah lebih seminggu. Ni bermakna aku dah 3 minggu kat sini lepas balik bercuti hari tu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Banyak bilik yang dah check out hari ni. Maklumlah weekend dah habis. Walaupun yang check out kebanyakkannya dari GCC tapi dari negara-negara lain masih banyak yang akan check in.

Aku organisekan satu tempat bagi jemaah dari Pakistan makan untuk Iftar dan satu restaurant lagi untuk jemaah dari Qatar. Indonesian dah start masuk sekarang ni, tak lama lagi penuhlah tu. Macamanapun, output kena lebih sekarang ni. Tadi lepas habis bukak posa, aku dengan budak-budak dok organisekan kerusi tambahan yang baru sampai. Ni untuk aku tambah kat lobby pulak sebab by next week aku akan bukak lobby untuk berbuka posa.

Dalam aku dok termenung pikir nak makan apa malam ni, wife si Delwar hantarkan aku kari ikan Bangladesh. 5 ketul dia kasi aku. First aku ingat nak makan 2 kali tapi bila dah duduk mengadap, mmm, sekali jalan dah habis. Punyalah sedap. Kalau kat rumah aunty yang selalu masak kat aku. Mula-mula dulu abang tak suka makan kari sebab katanya pedas sangat tapi hari tu balik, aku tengok abang makan kuah lebih dari nasi! Dah macam artis, "lebih kuah dari nasi!" Heh3...abang dah besar rupanya, aku selalu lupa!

Malam ni aku rasa letih sikit. Mungkin nak tumbang awal kot malam ni. Paling awal aku tumbang pun mahu dah pukul 4 pagi. Kalau lambat pun 6 pagi macam 2 hari lepas. Badan terasa penat dan otak lagilah penat. Esok aku cari bahan yang lebih menarik untuk aku hidangkan sebagai santapan Sahur pembaca semua. Selamat berpuasa!

10 ulasan:

cikgu zainab berkata...

Dear Uncle,

Kari tu betul2 horr liao...terliur!

Uncle berkata...

Memang horr liao pun....naik balik 2 kilo! Horr liao2!

siti berkata...

uiks, la igtkan sy yg first nk komen..cikgu zainab lagi pantas dan tuntas rupenya..hehe kali ni sy komen pukul habis.bls dendam lama x bc blog uncle yg femes amos nih.
holiao!! kari?? feveret tu..mmg x sah la kalu org penang.hari ni femly plan nk masak mee udang utk juadah bebuka..yumyum..uncle da sihat ka?

Uncle berkata...

Memang KN cepat sunggoh! Siti pon apa kurangnya, sekali mai...hah tu dia!

lifeofaku berkata...

Salam ramadhan ... mesti seronok banyak travel ... pengalaman berada di mesir memang banyak memori indah .... makanannya tak sama dengan mlaysia ... samalah dengan arab saudi .... apa pun salam perkenalan dari saya life of aku ... seingat saya , saya ke link uncle melalui blog jeffrockers .... ok, fursah sa'idah ...

UnCLe pEt.. berkata...

tu diaaaa.. uncle lh gulai ikan..
kene plk ngn temenung greng garing+cbai tumbuk..
sapa lalu pn tobat xprasan dh..
sdaq2 dh tidoq dh.. ahiksss..

Uncle berkata...

Dear LOA.
Terimakasih kerana membaca blog Uncle. Semestinya Mesir menjadi satu tempat igauan Uncle untuk nak kesana..keep on reading!

Uncle berkata...

Dear UP.
Tu la dia, sampai la ni dok tersandaq lagi ni...malaih la pulak!

Omong Mak Long..... berkata...

Adoii Uncle,

Terlioq habis tengok gulai tuh.. Mimpilah malam ni hirup kuah kari sedap

Uncle berkata...

Salam Mak Long.

Memang power kari ikan tu.....bak kata satu iklan lama dulu..."Itu CHAMPION punya!"

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...