Ahad, Ogos 23, 2009

1st day puasa

(thermometer made in china...boleh percaya ke ni?)

(keadaan luar Haram masa nak bukak puasa tadi)

(Adil tengah bersilat dengan ayam)

(horey-horey sambil buat arabic coffee)

(tengah repair printer aku)

Semalam sehari sebelum kita berpuasa, tiba-tiba badan aku jadi seram-sejuk balik. Bukan takut nak puasa, tapi aku dah rasa macam nak demam. Ish...kacau ni! Part yang aku tak suka sekali, bila rasa nak demam dekat-dekat nak masuk Ramadan dengan musim Haji. 2 bulan ni lah condition aku nak kena tip-top tapi masa ni jugaklah dia mai macam-macam penyakit. Telan ubat segenggam....puas....sambil aku berlari anak cari pharmacy beli thermometer made in china. Check punya check, temperature aku berada dalam keadaan segar-bugar....lega sikit...

Tadi masa nak bukak puasa, dalam jam 6 petang, aku sempat snap gambar dari tingkap kedai kopi aku. Saja nak tunjuk keadaan Haram kat pembaca semua. Meriah jugak. Polis ramai, semua pakai mask. Kawasan yang dah jadi hitam tu ialah kawasan perempuan nak sembahyang dan bukak puasa. Diasingkan dari lelaki. Depa pakai abaya, tu yang jadi gelap sikit.

Dalam gundah gulana tu, aku sempat round tengok budak-budak aku punya preparation. Kalut depa bila aku bagi forecast berapa ramai nak makan malam nanti. Adil tengah dok bersilat dengan ayam kat dapur. Satu lagi pulak gambar penyamun-penyamun semua dok prepare arabic coffee sambil dok nyanyi lagu "Sua Suey Kemuning!" Heh3...hampa ingat dak cerita tu?

Last but not least, Omar dengan Inam dok bertungkus-lumus repair printer aku yang semput sebab nak puasa. Lama depa kerjakan printer tu...last sekali dapat jugak depa repair dan aku senyum sebab dapat print forecast aku! Sebelum depa keluar dari office aku yang sekangkang kera tu, aku sempat nyanyi lagu, "You're Simply The Best!" Depa blurr!

Bila masuk bulan Ramadan, aku teringat kat arwah nenek aku yang aku panggil Mak. Dalam mata kelabu tak berapa nampak, sempat jugak dia buat bengkang roti kat kami adik-beradik. Pakai dapur arang lagi! Kelas....Bakar sabut sikit, then voila...bengkang siap...huh terkejut? Actually aku lupa macamana Mak buat, yang aku ingat cuma dapur arang dengan sabut nyoq! In fact aku sendiri pun terkejut. Heh3...

Dulu bila bulan Ramadan, aku selalu akan listkan nama-nama orang yang aku akan hantarkan kad raya. Seronok sungguh. Adalah dekat 15 orang, pakcik lah...makciklah...sepupulah...macam-macam ada...lekat stem 15 duit, esok boleh pos. Then tunggu pulak balasan. Masa dapat tu bukan main seronok lagi. Siap lawan sapa dapat paling banyak. Since akulah yang paling kecik dalam family, akulah yang paling sikit dapat! Masa kat Penang tahun 70 an dulu, aku selalu potong (buat seluar orang Utara kata potong seluar!) seluar kat tepi Kassim Nasi Kandar dekat-dekat Supermarket Gama. Tak tidur lena aku 2-3 malam sebelum tu sebab dok pikir macamanalah gamaknya seluar aku nanti. Aku buat seluar bell bottom siap boleh sapu jalan. Seluar kotak-kotak lagi! Baju lengan panjang kaler merah ang-ang...dah dekat raya bila pergi ambik seluar, malam tu jugak aku pakai round satu rumah. Esok pagi orang pakai baju Melayu, aku pakai seluar bell bottom dengan baju merah menyala tu...macam biasa, Mama ketap-ketap bibir! Heh3...

Since seluar dapat sehelai saja, tiap-tiap hari aku nak pakai seluar tu. Sampai hancur! Bila lagi aku dapat seluar baru? Raya tahun depan pulak! Heh3...sekarang ni aku tengok anak-anak aku pun sama. Seronok bila pergi shopping raya dengan anak-anak. Bila aku berkenan, depa mulut muncung. Bila depa berkenan, aku pulak mulut muncung...last sekali aunty pesan, depa yang nak raya...bukannya kita....aku tersedar balik dan cepat-cepat betulkan balik mulut muncung aku. Maklumlah kat KLCC...nanti orang tengok malu....yang si kecik pulak, alahai...banyaknya baju perempuan. Nasib baik dia kecik lagi, main pakai saja apa yang kami beli. Tu pun bila Wiwit nak suap dia makan, selalu dia cakap, "Tak nak makan, nanti gemuk!" Huh? Baru 3 tahun dah pandai jaga badan? Ok, selamat bersahur yea...aku baru lepas bersahur ni. Makan yoghurt Al Marai 2 peket..."Tak nak makan, nanti gemuk!"

17 ulasan:

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

selamat menyambut Ramadhan. semoga kita semua diberkati-Nya.

Aduh, sayu tgk gmbr masjidil haram yang uncle post tu. bila lah dapat pergi lagi? bertuah uncle dpt sambu ramadhan kat sana.doakan untuk kami sekali ye.

PINATBATE berkata...

Uncle..
masa saya kecik dulu,bila puasa mak belikan kasut sekolah..dua dalam satu,kasut sekolah merangkap kasut raya..tak kisah,seronok jer..
bila dah naik darjah 6 baru dapat selipar raya cantik sebab masa tu dah anak dara sunti,saya mogok malu nak pakai kasut sekolah putih dengan baju kurung warna merah..
lagi satu,baru kurung adik beradik sama jer corak sebab mak beli kain sekodi kut..haha!

dilaOHdila berkata...

salam ramadhan al Mubarak uncle
dah masuk 2 ari arinih. Waktu berbuka mesti kat tempat uncle nu kan. meriah.....nanti tunjuk ler erk. mesti best prezentasion tuh....

Moga cepat sembuh dari demam. nanti unty risau lak tuh....

cikgu zainab berkata...

salam uncle,
lucu betul bab 'testing baju raya tu'! kita org pun cam tu jugak!! bahkan anak2 yg dah "retua" (remaja tua!)...pun dok testing baju raya ker, kasut raya ker, songkok ker, tudung ker...sambil posing2 lagi!!

uncle jaga kesihatan tau...nanti guests susah kalau uncle tak sihat.

tunjuklah hidangan2 tu...KN nak nengoklah jugak..

Uncle berkata...

Dear Carrie Ma.
Memang syahdu tengok gambar Haram, apalagi kalau duduk mengadap Haram. Malam kat sini dah macam Pesta sebab orang tak tidur sampai ke pagi. Tapi bila dah pagi depa tidur sampai ke Maghrib!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
ebab tu Uncle seberapa daya termampu nak bagi anak-anak happy selalu....bila tengok keseronokan depa, Uncle selalu teringatkan keseronokan Uncle dulu. How time flies!

Uncle berkata...

Dear Dila.
InsyAllah hari ni Uncle ambik gambar makanan pulak. Tunggu dan lihat....mesti ngeri!

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya akan ambik gambar makanan hari ni. Terlupa pulak! Macam2 ada KN ooiii...memang menggemukkan...ni yang Marina tak suka nih!

UnCLe pEt.. berkata...

ahikssss.. best dgq cita uncle..
agk2 xmau gemuk mnum laban activa ngn dates ckup la uncle..
kenyang xsngga dh tu.. ahaksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Macam mana nak diet, semalam sebelum bukak posa, Dollah dah kasi rendang ayam 2 ketul, habis.......target 2 kilo ni..

kucingorengemok berkata...

uncle, saya sllu wonder mcm mana staf kat hotel bergilir bukak puasa/serve guests...? ada jadual ke tu? kesian kalau lambat dpt makan sbb nak kasi org lain makan...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Brilliant question. Panjang cerita ni...ok macam ni. Bila azan, jemaah semua pergi masjid. Kami siapkan satu meja kat pantry utk berbuka. Sikit je, air, tamar, sambousek sikit dan soup. Bila azan, semua budak2 termasuk Uncle akan pergi belakang minum dan makan tamar. Then sembahyang Maghrib. Lepas sembahyang tak sempat doa, kami kena lari balik ke restaurant sebab jemaah dah mula datang. Lepas sembahyang dan nak start terawih baru kami buat giliran pergi makan. Usually 20 minutes each. Uncle pun akan makan masa ni jugak....macam tu lah kerja kami...

siti berkata...

ubat segengam? biaq betui uncle..nnt jd mcm sy ni..tersalah telan ubat, x pasai2 kena alergi ubat..smp la la ni tak lega2..aduss..kids zaman la ni mmg tak sama mcm dulu.pndai serba serbi..pndai marina jaga bdn :)
syok bc setiap kali entry mesti ada penyamun tarbus..hehe

Uncle berkata...

Tu la dia...ni rhengkong dok gatai pulak dah...ishy...gatai sunggoh!

siti berkata...

gatai qhengkong..lagu mn nk garu..mesti dah terbatuk2 ni.uncle, take care!

Uncle berkata...

kalau gatai belakang, buleh tonyoh kat dindin....ni gatai ghengkong nak tonyoh lagu mana?

Yati WTL berkata...

Selamat berpuasa

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...