Khamis, April 22, 2010

Ah Beng

(depa ni lah yang buat aku dok melangut tiap-tiap hari tengok Air Asia!)

(aku dan haji rahim)

(haji rahim dan aku)

(aku, azie blogger dan haji rahim kat wonderland seafood)

(makanan yang kami rembat malam tu)

2-3 hari ni cuaca tak menentu. Sat dia panas dan sat dia hujan. Macam tu jugaklah suhu badan aku. Sat naik dan sat turun. Berapa banyak air kelapa aku dah minum. Maklumlah sekeliling tempat ni ada banyak pokok kelapa. Ada yang manis dan ada pulak yang tawar. Jolok sendiri, potong sendiri, tuang sendiri dan minum sendiri. Habis cerita!

Hari ni tengah hari aku pergi makan kat Padang Mat Sirat. Apa nama kedai tu, aku pun tak berapa ingat. Aku sampai dah pukul 2.30pm. Makanan pun dah habis. Ikan pun depa dah tak bakar walaupun orang adalah dalam lingkungan 20 orang lagi termasuk aku. Mungkin ikan dah habis kot...aku ambik nasi selambak, telur, pajeri nenas dan kari bawal hitam. Sayur dah habis. Minum air sarbat. Aku bayar RM4.50 dan aku rasa sangat berbaloi dengan selambak nasi yang aku makan. 4-5 kali jugaklah aku pergi kat kedai tu. Sedap, tapi kalau dah selalu jugak makan kat situ, hmmm aku cepat jemu. Ni kepala otak tengah ligat nak pi makan kat mana pulak bila aku free nanti especially over the weekend. Aku dah tahu kedai "Gulai Kalut" tu. Nanti bolehlah pi cari. Depa kata kat tepi Klinik Govin kat roundabout yang sebelah airport tu. Takpa...takpa...nanti aku pergi cari this weekend.

Semalam aku dok bersembang lagi dengan tetamu aku dari Australia. Tapi yang ni tak sama dengan guests yang aku jumpa minggu lepas. 6 orang adik-beradik depa datang bercuti. Aku tanya depa mai dari mana? Depa kata dari Ipoh! Aku terkejut. Macamana dari Ipoh? Rupa-rupanya depa datang melawat anak menakan depa yang kahwin dengan sorang pompuan melayu kat Ipoh. Dalam hati aku kata, alhamdulillah! Depa bagitahu aku pengalaman menghadiri kenduri kahwin melayu. Depa terkejut bila dapat tahu yang jemputan kahwin tu seramai 600 orang. Ramainya depa kata....aku tergelak. Depa tanya pasal apa aku gelak? Aku jawab yang 600 orang tu sikitlah...selalunya dalam 1000 orang dan kalau kat kampung pulak, ada yang mencecah sampai 2000 orang! Kali ni depa pulak tergelak! Depa cakap yang depa terkejut lagi sebab habis kiri kanan jalan kena tutup. Kalau kat Australia mungkin depa dah kena saman....aku cakap tu biasalah...tutup jalan...aku dulu pun tutup jalan jugak walaupun cuma 150 orang jemputan aku tu!

Petang tu dia melepak minum dan aku join bersembang lagi. Last sekali dia tanya aku nama apa. Aku cakap. Tergeliat lidah dia nak sebut nama aku. Aku tanya dia nama apa? Dia cakap kat Perth orang panggil dia "Ah Beng!" Kali ni aku pulak terkejut. Pasal apa depa panggil nama tu? Dia kata kat sana dia ada ramai kawan berbangsa Tionghua dari Malaysia. Depa sangat rapat dan selalu pergi makan sama-sama. Dia tanya depa, kat Malaysia, apa nama yang sedap? Depa serentak jawab, "Ah Beng...", jadi bermula dari situ, nama dia pun melekatlah Ah Beng. Ah Beng suka makan nasi lemak. Kami janji yang kami akan berhubung melalui e-mail.

Aku teringat kat kawan aku masa form one kat seremban dulu. Nama dia Zamrus tapi kami panggil dia Wak Beng. Tahun 81 dulu rumah Wak Beng lah yang dijadikan iklan untuk cat ICI. Sampai la ni aku ingat rumah tu. Ala...iklan yang rumah cat terkopek kemudian elok balik tu...rumah 2 tingkat. Rumah saja depa shoot...

Cerita pasal shoot pulak, aunty ada talipon aku bagitahu yang Yuya terpilih untuk berlakon iklan World Cup keluaran Astro. Belum finalise lagi. 30 orang budak-budak terpilih tapi cuma 20 akan di short list kan nanti. Shooting start dari pukul 6.30pm sampailah ke pukul 10 malam!Tergolek-golek Yuya katanya. Dia jadi goalkeeper. Kalau terpilih minggu depan kena shooting lagi dan musim WC nanti, keluarlah Yuya kat TV kot...

Semalam aunty ada bagitahu aku yang Yuya tak suka tengok tv. Aku terkejut dan tanya pasal apa? Aunty jawab sebab abang tak ada kat rumah dah 2 minggu sebab latihan pusat olahraga. Yuya rindu kat abanag walaupun Yuya dengan abang selalu dok bergaduh 24 jam...nilah first time abang tak ada kat rumah agak lama. Masa abang darjah 3 dulu dia pergi singapore lawan bola selama 3-4 hari. Tu pun Yuya dah susah hati. Perasaan tu samalah dengan aku masa kecik dulu bila Kak Anne dengan Kak Lit pergi ke ITM Shah Alam dulu tahun 70-an. Aku jadi sedih sebab aku bongsu...kesian kat anak-anak aku!

18 ulasan:

catz berkata...

uncle,

uwaaaaa..kita suka gak mkn kat wonderland seafood tuh..udang lipannnn!!
oh kedai yang kat padang mat sirat tuh 'JOM IKAN BAKAR " kannn??
uncle sebut pajeri nenas dia kita dah bayangkan betapaaaa bestnya pajeri nenas ituu...duk teringat-ingat ni.kang mimpi plak kan..that is kedai mkn yg kita palinggggg suka!
kedai ni kan?

http://catzscafe.blogspot.com/2008/06/jom-ikan-bakar.html

oh..kirim pajeri nenas+ikan bakar plis..pos.
hahahaha.

Uncle berkata...

Dear Catz.
Eh...betullah kat Jom Ikan Bakar. Tepat sekali. Dari hotel tak sampai 10 minit pun...mailah sini....

rezeki berkata...

salam uncle

lps kesian kat yuya , kesian kat uncle pulak hehe

takpelah , nak buat mcmmana , dah kerja , weekend ni uncle boleh fly kejap ke KL

kucingorengemok berkata...

uncle, tak cuba makan kat restoran bukit malut ka? ehh, uncle yang duduk sana kita pulak yang ajar uncle makan kat mana! hehe :)

azieazah berkata...

UNCLE.. saya dah pegi makan lunch kat kedai Jom Ikan Bakar yang UNCLE sebut tu. (esoknya kami pegi). Memang sedapppp...

Sebak lak baca kisah kerinduan UNCLE terhadap anak-anak.. juga kerinduan YUYA pada abangnya..

tapi dalam banyak2 tu, saya tahu kerinduan UNCLE paling tinggi sekali.. tu yang selalu sakit kepala tuh...

My Life berkata...

salam
dear uncle

kesian yuya rindu abg...
kesianm uncle rindu untie.. heehheheheheh

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Macam tu lah pengorbanan seorang ayah nak menyara anak-anak dan isteri! Tsk3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Pernah dengar tapi belum pernah sampai lagi...nanti Uncle cari!

Uncle berkata...

Dear Azie.
Tak habis2 Uncle ni duduk jauh...bilalah nak duduk sama2 macam satu family!

Uncle berkata...

Dear ML.
Uncle rindu kat semua sekali! Heh3...

hazlan berkata...

kalau pajeri nanas saya dah boleh
agak banyak mana uncle letak nasi,,,,macam bukittttt,,,,,itu belum nangka masak lemak lagiiii mau berair biji mata,,,,saya setuju dgn azieazah, uncle yg sakit kepala tengok "air asia" tu sbb rindu la tuuuuu,,ermmmm

dilaOHdila berkata...

salam uncle...
wah uncle dah kurus sekarang...makin ceria (hehe)
suka tgok marina angkut bag tu. lebeh besaq bag dari dia...
Moga uncle happy selalu......

Uncle berkata...

Nangka masak lemak? Nanti kena tanya kat yati la pulak! Heh3...tapi Lan, mana nak cari gulai munggai? Lama tak kena ni...cubit sikit ikan gelama masin...pergh.....lena!

Uncle berkata...

Uncle kurus sekarang sebab banyak berjalan....dari pagi sampai ke malam dok berjalan...nasib baik masa tidur tak jalan terus!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Tingginya abang!! hensem pulak tuuu...tapi apaknya lagi cun...

hazlan berkata...

salam

saya sekeluarga mengucapkan takziah buat uncle sekelarga di atas pemergian bonda tercinta kerohmatullah,,kepada semua pengikut blog uncle marilah sama-sama kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat,,,,Alfatihah,,,,

Uncle berkata...

thanks kn!

Uncle berkata...

Thanks lan...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...