Jumaat, April 16, 2010

Aku pernah muda!

(aku terselit kat belakang)

(aku kat sebelah budak yang pakai tie tu)

(aku berdiri paling kanan sekali!)

(aku pun tak tahu pasal apa aku berdiri paling kanan jugak!)

(aku tersilap masukkan gambar lagi sekali...heh3...maklumlah...melayu mudah lupa!)

Aku pernah muda....walaupun aku masih muda trang tang-tang lagi la ni. Depa yang kata, aku tak kata pun! Gambar ni semua aku jumpa dalam fb kawan-kawan aku dulu. Sorry yea, aku cilok dan masukkan kat dalam ni. Tengok badan...slim gila....tu yang dok menggila kuruskan badan ni. Tapi part rambut aku dah malas nak chat lagi dah. Bila chat dia mai putih...bila chat dia mai putih...letih aku! Aku ada cakap kat aunty yang aku dah malas nak chat. Dia kata takpa..., "Macam George Clooney..." Aku sengeh kerisin! Bintang pilem daaaa!

Ni semua gambar masa aku kat ITM. Apa cita-cita aku masa tu? Nak jadi waiter! Huh ambik kau....sampai ke tua jadi waiter! Apalah jadi kat depa la ni? Tak salah aku cuma tinggal 2 orang saja yang masih lagi kerja kat hotel. Kami lah yang dok terkulat-kulat bagi orang bahagia....semoga kami pun sama bahagia.

Gambar masa aku kat luar negeri dulu masih lagi aku tak jumpa. Dulu aku kata nak scan dan masukkan cerita tapi sampai la ni cerita scan tu masih tinggal cerita! Tapi aku janji satu hari nanti aku akan masukkan jugak. Seronok bila jumpa gambar-gambar lama. Macam-macam kenangan ada. In fact lecturer aku pun dah pencen mengajar dan sekarang ni jadi Executive Chef kat salah sebuah pusat pelancongan yang sangat terkenal. So, kepada Chef Razif, all the best to you. Manakala salah seorang daripada geng aku la ni budak jantan)dah kahwin dengan salah seorang bekas pembaca berita TV3. Cik Ri...also all the best to you!

Dulu sempat jugak kami berjumpa sekali-sekala. Tapi la ni semuanya sibuk, cuma dapat bertanya khabar dalam fb saja. Ada yang kerja kastam...ada yang kerja polis...ada yang tak kerja....amboi macam orang kaya-kaya!

Teringat aku masa kat UC dulu...malam minggu ada fashion show...aku yang tolong susun meja jadi stage kat tengah-tengah bilik..apalah dah jadi kat depa la ni? Jadi pada kawan-kawan aku yang ada terbaca blog aku ni, tolonglah hantarkan gambar lagi ok!

12 ulasan:

aRoL berkata...

salam..untung le uncle dah tua, boleh buat n3 kisah zaman muda. saya muda lagi, kena la tunggu tua baru merasa nak buat n3 cam gini..hehe..

Uncle berkata...

Dear Arol. Uncle memang beruntung sebab sekarang dah tak berapa muda...macam yang selalu uncle dok kata, keinginan memang tinggi walaupun kemampuan dah kurang! Heh3...

rezeki berkata...

salam uncle

wah, seronokkan bila jumpa gambar masa mude2 dulu hehe

byk kenangan pahit manis masa tu
tu yg tgk peace kat foto ats sekali mesti uncle hehehe

masa tu ramos semua boleh tahan, uncle je takde ramos hehe sib baik hitam lagi , kalau muda2 dah putih mcm geoge cloney masa mude hehe

hazlan berkata...

hehehe angka saja tua tapi hati masih muda,,,apa pun all the best,,,

DrSinga berkata...

menten je muka Uncle...
:)

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

all those sweet memories of the past!kadang2 kita tersenyum bila tatap gambar2 lama...KN pun camtu jugak! tapi ada jugak bila tgk gambar2 tertentu..bergenang airmata :(

dilaOHdila berkata...

uncle...alamak. ada lagi gambor muda2 ni
tu macam ada rupa MAZwin lah....hehehhehe

Uncle berkata...

Dear Lan.
Heh3...macam tulah kita ni...sentiasa berhati muda! Woiiii danger sign mana? Saipol tampai kat pintu bilik rumah dia kot? Heh3...

Uncle berkata...

Dear DrSinga.
Menten...heh3....rambut saja tak dan nak menten!

Uncle berkata...

Dear KN.
Alamak, samalah kita ni...especially bila tengok gambar kawan-kawan yang dah tak ada!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Yang berdiri paling kanan tu ala-ala mazlan hamzah...heh3...Long Live Quinary M!!!!!

kucingorengemok berkata...

waaa, dah tua george clooney, masa muda sekali pandang macam mamoothy! (hak dok berlakon filem tamil tu, hehe)

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...