Isnin, April 12, 2010

A short trip

(memang cantik sungguh hotel ni, padan dengan harga dia)

(breakfast sambil mengadap laut)

(jambatan ke tempat breakfast)

(aku terpesona sungguh)

(finally, aku dan iskandar...geng lama kat hilton tahun 80-an dulu!)

Hari Khamis lepas, aku dapat satu lagi jemputan dinner kat MBB. Taklah jauh sangat dari hotel aku. Aku teruja nak pergi tempat ni sebab ada aku cerita dulu yang kawan lama aku ada bekerja kat situ. Kawan lama yang sama-sama bekerja sebagai waiter sama-sama dengan aku di Paya Serai, Hilton dulu. Sama-sama tergolek dog, sama-sama main bola kat padang A&W dan kenangan kami tersangatlah banyak. Dia tak tahu yang malam tu aku akan kesana untuk dinner. Tepat pukul 8.30 malam aku sampai betul-betul kat restaurant tempat dia kerja. Aku dah nampak dia tengah kalut kat dapur sebab guests memang ramai. Dia tengah dok coordinate food antara kitchen dengan service crew. Heh3...macam aku jugak dulu dan macam tu jugaklah kami dulu! Aku cakap kat Captain dia, suruh pelan-pelan pergi dan pesan kat dia, "Hang janganlah dok drama lebih-lebih...". Captain tu pergi sampaikan message aku kat dia. Aku tengok muka dia terkejut. Dia toleh dan ternampak muka aku sambil menjerit, "Hoi Shah....aku dah lama dok tunggu hang!". Kami berpeluk dan berjabat tangan. Lama sungguh kami tak berjumpa. Dia kata memang dia dah dengar yang aku sekarang ni ada kat Langkawi tapi masih tak berkesempatan nak jumpa sebab terlampau sibuk. Kami bersembang sakan dan pukul 10 malam aku mintak diri nak balik hotel dulu sebab aku ada satu lagi appointment dengan guest. To Iskandar, glad to meet you again after all these years...dan yang pasti, tempat dia akan menjadi tempat baru aku untuk melepak!

Hari Jumaat lepas pulak aku ada buat appointment dengan GM di salah sebuah hotel yang eksklusif di Langkawi. Hotel ni baru saja dirasmikan. Tak payahlah aku ceritakan apa nama hotel ni. Tengok sajalah gambar dia...GM dia menyambut kami dengan baik. Habis satu hotel dia bawak tunjuk kat kami. Banyak benda dan perkara yang menarik aku tengok kat situ. Banyak kami bertukar idea. Dia pun dah berpuluh tahun duduk kat situ. Memang menarik hotel tu. Taklah besar tapi eksklusif. Bukan calang-calang orang mampu duduk kat situ. Aku kena simpan duit 3-4 bulan baru dapat duduk semalam kat situ. Suasana masih didalam hutan tapi restaurant dia mengadap laut. Part tu aku seronok. Kalaulah aku ada duit.....mati beranganlah aku!

Petang tu pulak, aku ada satu lagi appointment kat salah satu hotel yang sangat penting kan perihal environment. Famous sungguh hotel ni. Banyak perkara-perkara yang depa buat sangat menarik perhatian aku. Paling aku suka ialah pasal air aircond yang selalu terbuang dan tumpah ketanah. Apa depa buat? Depa letakkan tong air dibawah compressor dan tadah air yang meleleh dari aircond tadi. Setiap pagi, gardener akan kutip air tu dan gunakan untuk mencuci ataupun menyiram apa-apa yang patut! Aku kagum! Tak terpikir pulak aku nak buat benda-benda yang macam tu....

Petang tu aku balik ke bilik dalam keadaan lemah lesu. Tak tahu apa nak buat. Kepala aku rasa berat sesangat.....badan aku rasa letih sesangat.....kaki aku rasa longlai sesangat.....tepat pukul 6.30 petang, aku isi baju sikit kat dalam beg, masukkan toiletries aku ke dalam beg, tutup beg aku, tarik beg aku turun ke lobby pelan-pelan, mintak tolong staff aku bawak aku ke airport, check-in, pergi minum sekejap, 8.15pm ambik flight Air Asia balik KL.....Heh3.....

20 ulasan:

azieazah berkata...

Salam UNCLE... hmmm home sickness? sian..

Btw, dulu saya pernah maklumkan yg saya akan ke Langkawi. Ya, pada 16hb, mungkin tiba di sana pagi 17hb. Apapun saya tidak menjangkakan sebarang pertemuan pun, sbb saya akan pergi dgn kawan2, bukan bawa family...

Jadi jadual saya pasti agak ketat.. Cuma jika ada jodoh, bertemulah kita agaknya, nanti..

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

salam bos penyamun,

artis yang ankel kata tu, erra fazira ker? hehehe..


neway, jarang2 dapat tengok gambar ankel sekarang nih. "kurus" sikit. wkaakkaaka.. aaaih. balik kl terus. kan best kalo saudi pon bleh buat macam tuh. ooo

olive oyl berkata...

salam uncle

jelousnya uncle kat langkawi.............nti ton gi lawat dgn ML..bulan 6 ni insyallah

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Kalau ada masa do let me know. Call me at 016-2417321. Kalau ada masa boleh kita jumpa!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Mungkin yea kot...heh3...kirim salam kat dia naaa....bagitahu kat dia yang birthday dia dan Uncle jatuh pada hari yang sama...9/2.....cuma dia tua dari Uncle! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Let me know if you are coming to Langkawi. Insyallah boleh jumpa! Horey! Haslan mesti jealous sampai golek2!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

patut ler letih sesangat...alasan jer nak terbang balik jumpa aunty...hehehe!

uncle, have a nice time with your family. do take care!

catz berkata...

salam,

hotel apa tu uncle..
waa..bekpes ngadap laut gituuu...
interestingg...
teringin lah..
tgh duk pikir nak duk mana if jadik ke langkawi..
:)

rezeki berkata...

salam uncle

ayat akhir tu yg membuatkan uncle terus hilang letih lesu dan bersemangat semula hehehe

kucingorengemok berkata...

waa kalau makan menghadap laut macam tu, kena ada 1 staf jalan² kat batu tiap² hari kutip sudu-garpu yang jatuh ke bawah, hehe

hazlan berkata...

Dear Uncle,,
kalau boleh buat outing kat hotel yg hebat tu,,huhhhh memang classss,,,pinjam ayat uncle,,,he3

Ms. Legolas berkata...

Dear Uncle,
Kalau ada idea2 sal enviroment share lagi k.. Ms.L pun involve dgn Enviroment kat company ni..infact we are among the 1st company in M'sia yg dpt ISO14000..

by the way, masa Uncle kat Mekah jarang baca Uncle letih lesu..nampaknya makin dekat makin cpt rindu la tu dgn org rumah..he3

Uncle berkata...

Dear KN.
Alhamdulillah. Rezeki duduk sini. At least sebulan sekali boleh balik tengok family!

Uncle berkata...

Dear Catz.

The first was Tanjung Sanctuary and the second was Frangipani. Kalau senang2 duduk kat tempat Uncle pun boleh....apa salahnya, bukannya mahal sangat pun!!!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang rezeki duduk kat malaysia gamaknya, boleh balik sebulan sekali....kalau kat sana payahlah jugak!

Uncle berkata...

Dear KOG.

Kelas.......seronok duduk kat situ. Memang kelas.....

Uncle berkata...

Dear Lan. Kalau Lan duduk sini, boleh Uncle bawak jalan-jalan...dukung pun boleh...heh3...amacam kita pi tengok AB Motel?

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Botol kaca depa potong setengah dan buatkan "lamp shade" yang digantung cantik didepan bilik hotel. Bahan buangan dari kitchen dikumpulkan dalan bath tub lama dan dijadikan baja kompos manakala daun semalu@water mimosa, depa kutip, rendam dalam tepung dn digoreng macam tempura. Lain dari tu, air hujan ditadah dan digunakan untuk menyiram tanaman dan untuk kegunaan toilet untuk mencuci dan membasuh. Kayu lama dikumpulkan dan dijadikan signage! Sangat creative dan inovative!

Ms. Legolas berkata...

wah omoshiroi ne..Alhamdulillah dah ada hotel yg begitu di M'sia.. Ms.L pun byk belajar dari org jepun budaya menjaga kebersihan ni.. kagum dgn sikap ambil berat mrk..bagaimn sampah2 di asingkan dan hari buang pun ada schedule..
masa baru sampai kena tegur juga dgn jiran sbb salah hari buang sampah..perihatin diorg ni..then kalau gi picnic ngan mak angkat, dia siap bw balik rumah sampah lepas makan..
btw, daun semalu yg bila sentuh kuncup tu blh makan ye..buat tempura lg... ni nk kena try ni..

Uncle berkata...

Dear Ms. L
Alhamdulillah. Yang elok kita kena ikut. Uncle pun macam tulah kalau dengan anak2...selalu berpesan kat depa jangan buang sampah merata2....

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...