Selasa, April 06, 2010

No "A's"?

(sunset petang tadi...)

(amacam cantik tak? Tak hujan pulak hari ni...)

(apalah yang aku terminum tadi petang?)

(very romantic..)

(bilalah masa aku nak dapat duduk kat situ?)

First of all aku nak mintak maaf banyak-banyak pada pembaca blog aku yang ada menghantar komen kat aku. Aku dah tekan macam-macam tapi komen-komen tu semua tak keluar-keluar jugak! Aku buntu...tapi pada yang dok ikut blog ni, hantarlah lagi yea...aku janji aku akan tekan betul-betul lepas ni...

Last Sunday aku ada baca Sunday Times pasal budak-budak yang tak dapat banyak A dalam SPM. Sambil dok baca, sambil aku tersenyum. Memang terkena kat atas batang hidung aku. Adakah aku menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh dulu masa diberikan kesempatan untuk belajar di salah sebuah sekolah terbaik di Malaysia? Adakah aku sedih? Adakah masa depan aku gelap? Sekali lagi aku terlentang kat atas pangkin kat bilik sambil mengenangkan nasib aku...macam biasa, tangan kiri aku melintang kat atas dahi. Dahi berkerut-kerut...

Buat kesekian kalinya, aku nak bagitahu kat adik-adik yang aku sayang bahawa A tu tak semestinya kehidupan adik-adik semua akan tetap manjadi A! A tu hanyalah untuk halangan pertama adik-adik....adik-adik masih muda dan mempunyai masa depan yang sangat panjang. Aku pun tak selalu ataupun tak pernah dapat A dalam periksa. Kalau tak percaya pergilah balik kat sekolah menengah aku dan check balik nama aku. Memang sah-sah nama aku terpampang sebagai salah seorang yang sampai la ni dok bercita-cita nak dapatkan A! Masa aku nak ambil SPM dulu, aku dah tahu yang aku takkan dapat grade 1 ataupun grade 2. Aku tahu berapa yang aku boleh dapat. Aku sedar yang aku banyak main dan tak banyak belajar....heh3...at one time aku panic sekejap..kawan-kawan aku pun ramai yang nasihatkan aku untuk belajar. Aku masih tak jugak belajar. Tipu kalau aku kata aku tak risau. Tapi aku risau cuma sebelum masuk exam hall. Lepas aku keluar, risau aku pun hilang! Result aku? Tak payah ceritalah...tak ada satunya yang A! Aku dah agak pun.....

Sebab apa aku cerita pasal ni? Sebabnya ialah bila aku baca newspaper masa lepas SPM hari tu, rata-rata semuanya menceritakan perihal budak-budak yang mendapat A dalam peperiksaan. Tak ada pulak yang aku baca pasal budak-budak yang gagal SPM tapi sekarang berjaya yang diceritakan....Aku kesian kat budak-budak yang gagal periksa tu. Gagal ka depa? Aku rasa tidak...depa ni ada talent lain yang kita tak polish betul-betul...jadi apa kata lepas ni kita keluarkan banyak-banyak cerita pasal orang yang gagal SPM tapi dah berjaya dalam hidup sebagai pemangkin semangat untuk adik-adik kita. Aku suka tengok depa menangis sedih masa dapat result SPM tapi bergelak sakan lepas 20 tahun depa gagal SPM. Bukankah yang tu satu kejayaan?

22 ulasan:

awang berkata...

hahahaha,,,,macam pernah tengok tapi kat mana????
betul macam uncle kata tu,,,apa kata uncle tulis dan hantar B/H sbb uncle pernah kerjasama dgn B/H...tadi waktu duk lepak pun saya dengar seorang Tunisia tengah bagi ceramah kat seorang mamat tu,,,dia kata E dalam peperiksaan tak bermaksud gagal dalam kehidupan,,,sempat juga saya wayang dgn Tunisia tu,,,lalu dia pun bagi buku suruh saya tengok,,,,,,tulisan Jim collins......

Uncle berkata...

Dear Hazlan.
Uncle pun tengah pikir, kat mana pernah tengok? Heh3...I just watched DS Tony Fernandes...dia kata "keep on dreaming...". Kejap lagi nak tidur sebab nak dreaming...heh3...

MohdArshad berkata...

Mualaikumsalam....Insyaallah saya sampaikan pada sahabat2 di Mekah.

Uncle berkata...

Haji, kalau balik kl jangan lupa talipon saya...

cm berkata...

uncle, sy setuju itu..
ramai mereka yang agak nakal disekolah dan tidak cemerlang didalam pelajaran lebih berjaya dalam hidup daripada orang yang cemerlang, walau pun perjalanan mereka agak panjang.
Semua tu rezeki dari Allah!

My Life berkata...

salam
dear uncle

betul ckp uncle.. tak dapat A dalam periksa x semestinya gagal dalam hidup..
tapikan uncle sesetengah org tu memandang rendah pada yg x dpt A dlm periksa

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Did you dream? hehehe...

azieazah berkata...

Kejayaan seseorang itu bukan hanya pada sijil atau pada banyak A’s nyer.

Semakin subjektif erti kejayaan itu, kan?

Pehabaq UNCLE? Lama sungguh tidak bertegur sapa di sini...

kucingorengemok berkata...

pernah tak sesiapa suggest uncle berganding dengan dr fadilah kamsah kasi motivasi kat budak²? sebab kalau tak pernah, SAYA NAK SUGGEST LA NI :)

Uncle berkata...

Dear Cikgu Math.
Saya pun ramai berjumpa dengan orang2 yang macam tu dan saya sangat kagum. Saya harap depa ni dapat jadi penceramah untuk adik2 kita yang kononnya dah gelap masa depan!

Uncle berkata...

Dear ML.
Apa nak risaukan pada orang....yang penting kita sedar kelemahan kita dan sentiasa membaiki diri sendiri. InsyAllah berjaya!

Uncle berkata...

Dear KN.
Tak mimpi apa pun....berdengkur adalah...heh3...

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang betul kata2 tu. Yang penting kita sendiri. Alhamdulillah Uncle sihat. Memang dah lama Azieazah tak jenguk saya!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Ingat2 nak buat album duet la!

rezeki berkata...

salam uncle

saya dulu dapat score A masa SPM subjek sejarah je hehehehe

masa tu dpt pangkat 2 , peluang nak belajar ke u dan kolej bukan mcm zaman sekarang, tapi alhamdulillah

ada rezekinya yg Allah bg kat tempat lain

Uncle berkata...

Dear Rezeki.

Memang betul...rezeki datang dalam berbagai bentuk!

Tanpa Nama berkata...

Dear Uncle,
Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.Ada yang lebih kat akademik dan ada yang pandai kat kemahiran.Semua ada peranan masing-masing di dunia ini.Kalau semua orang xpandai akademik..nanti negara kite xcukup doktor,peguam,ahli perniagaan..dan kalau semua orang pandai akademik sahaja..maka negara kita ni takde chef yang hebat,pemain badminton bertaraf dunia,tukang rumah aka kontraktor,pekebun berjaya..so definasi 'berjaya' adalah subjektif..boleh jadi seorang suri rumah dikatakan suri rumah berjaya kerana berjaya melahirkan anak-anak yang berjaya dunia dan di akhirat..

siti berkata...

tu dia la..dulu kat sekolah takmau dok mengaji rajin2...haha..tu ayat yg sy slalu kena..A kat sekolah mmg tak mencerminkan kita 20-30 tahun lg..tp kalu dah terer dok score A takleh kata pa la.drpd sy yg tak berapa score :p

roosni berkata...

salam,
saya pun sokng agar tuan jadi penceramah dan kumpulkan mana2 orang yang sebelum ni tak dapat A dalam SPM mereka tp berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka,saya kesian tengok anak saya yang no 3 ni tak dpt A sedangkan dia ada minat yang lain

Uncle berkata...

Dear HK.
Memang betul. My point is, cuba cari kelebihan diri sendiri. Kecenderungan diri sendiri dan jangan berputus asa dalam apa juga yang kita buat...

Uncle berkata...

Dear Siti.
Macam yang Uncle selalu pesan. Jangan putus asa. Gagal dulu tu cuma sebagai satu hurdle dalam banyak2 hurdle yang Siti kena lalui...

Uncle berkata...

Dear Puan Roosni.
Bagus kalau dia ada minat sesuatu. Let me know apa yang dia minat? Walaupun mendandan sekalipun. Kalau dia minat bidang perhotelan mungkin saya dapat membantu. Let me know!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...