Isnin, April 19, 2010

Old Boys lagi..

(aku minat kat depa 2!)

(dari tkt 3 plaza langkawi)

(kiri Joe L dan Amran di kanan manakala yang sebelah sini, tu cuma appetiser aku saja...ala...cubit-cubit saja tuh!)

(breakfast dengan geng2 dari australia)

(kepala otak depa memang best gila...depa janji nak mai lagi...)

Hari Ahad lepas aku bernasib baik sebab sempat ambik off. Mulanya ingatkan nak terbang balik KL hari sabtu malam tu tapi memandangkan guests aku ajak bersarapan, aku cancelkan idea gila aku untuk balik cuma semalam....ni semua marinalah punya pasal ni!

Esok pagi tu aku bangun dengan perasaan yang sungguh malas. Lepak kat bilik sekejap, mandi, berkemas dan turun ke bawah sebab aku nak berjumpa dengan geng-geng dari australia. Aku join depa bersarapan. Group ni memang best sebab kepala otak depa memang gila. Depa australians tapi background dari syria, turki dan lain-lain negara islam. Seronok sungguh bersembang dengan depa ni. Ada IT Engineer la, Doktor Tulang la, tukang repair kereta la...Pakar insurance la...banyak yang kami merapu pagi tu. Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. We bid farewell dan depa pun pergi airport.

Aku talipon kat Joe Labu ajak dia jumpa kat mana-mana sambil minum-minum menghabiskan masa hari ahad. JL kata ok. JL kata 11.30am. Aku pun bawaklah kereta sampai ke pekan Kuah. Bila sampai kat jeti, aku terpikir balik, la...kat mana nak jumpa? Cuma janji pukul 11.30am tapi tempat tak cerita pun! Ish...kayu sungguh! Aku talipon JL dan dia kata kat tkt 3 Plaza Langkawi. Aku kata, orait...sampai....aku pusing balik. Sampai kat Pekan Rabu, aku garu buku lali aku sebab aku terlupa nak tanya Plaza Langkawi tu kat mana pulak? Entah-entah dekat Plaza Damas kot? Aku talipon JL lagi. JL cakap bangunan yang paling tinggi kat Langkawi. Tepi Bayview. Kali ketiga aku cakap orait! Heh3...kali ni aku bijak sikit. Aku park kereta dan naik lif. Cuma ada 2 gerai yang bukak kat atas tu. Aku tunggu kat depan Suria Cafe. Lauk-pauk semua dah siap untuk aku. Sementara tunggu JL, aku order teyy ais dulu. Lama tunggu teyy ais, aku duduk kat keresi tepi tu sekejap sementara tunggu teyy ais. Bila siap, budak perempuan tu jerit kat aku, "Pakcik, teyy dah siap!" Pergh....Pakcik dia panggil aku? Takpa...dia buat direct translation for Uncle tu...heh3...bagi sedap hati!

JL sampai dengan sorang lagi. JL introduce kat aku si Amran dan katanya Amran adalah senior aku tahun 76! Mak aiii...senior gila ni! Ni mesti geng belasah orang ni...tapi aku rasa tak, sebab Amran nampak macam muka P.I.P aka Persatuan Islam Pelajar...heh3...lama sungguh kami dok merapu. Aku rasa Uncle J mesti kenal senior aku ni sebab Uncle J pun lebih kurang dalam batch tu jugak! Menurut Amran katanya ada lagi 4-5 orang budak-budak SDAR kat sini dan ini termasuklah Pengetua MRSM Langkawi la ni....heh3.....nanti aku pi buat gila kat sana pulak ajak dia "PIAK" sekali! Heh3...tak lupa katanya sorang lagi adalah dj terkenal yang la ni ada kat pulau ni....jom TT!

Aku tengok depa mula-mula aku dah terkejut. Ish...pasal apa JL pakai baju long sleeve siap cuffling lagi di pagi Ahad yang syahdu ni? Buang tabiat ka apa si JL ni? Amran pun smart jugak...Aku blurr...aku cakap, ni ahad la...awat jadi lagu ni? Depa kata kat aku, "ni Langkawi la...ahad kerja...hang sorang yang cuti!" Aku tersipu-sipu malu!

Lepas farewell kat depa, aku skipping turun lif ke kereta sebab dapat jumpa geng. Kali ni aku lupa nyanyi lagu Amy M.....

10 ulasan:

rezeki berkata...

salam pakcik opsss uncle hehe

seronok jumpa geng2 lama , siapa sangka boleh jumpa kat langkawi kan hehe


penuh pinggan nasi hihi

berat mantain ke naik

kucingorengemok berkata...

uncle, kat ofis ni ada 1 budak sdar (junior sangat lah dari uncle)... tapi dia bukan kaki pukul, dia mangsa kena pukul dulu katanya, hihihi

Tanpa Nama berkata...

seb bek chek pn xbuat keja gilak; blik kg sehari ja.. huahuahua..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang seronok kalau jumpa geng lama2....pinggan memang penuh tapi berat so far maintain lagi sebab dinner tak makan langsung..heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Alamak, mangsa kena pukul? Kesian kat budak tu....Uncle turut bersimpati! Kirim salam kat budak tu. By the way, dia batch mana?

Uncle berkata...

Dear UP.
Uncle dah hampir2 nak balik hari tu!

kucingorengemok berkata...

1992-96, rasanya

Uncle berkata...

Dear KOG.
jauh sangat tu....must be my senior...heh3...

awang berkata...

pelayan tu panggil pak cik memang betul,,,,bukan nya sbb nampak tua tapi sebab yg atas kepala tu,,,,lupa nak cat,,,kalau cat mungkin dia panggil abang,,,,hehehe

Uncle berkata...

Dear Lan.
Dah malas nak chat lagi dah...letih tiap2 bulan nak kena chat! Lagipun la ni dah trend kepala putih...depa kata "elegant..." depa la kata....tak percaya cuba tanya kat Hajah Nini! Heh3....Hajah Nini pulak terbabit dalam kes ni...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...