(mama ada kat sini)
(baru balik dari kubur)
(tok mama dah tak ada, marina tak tahu!)
(selalu dok tanya aku, tok mama pi mana? Aku speachless!)
24/4 aku masih lagi bertugas. Penat ronda satu kawasan aku sampai ke lobby dan sambil bersembang dengan staff-staff yang ada kat lobby, aku dapat satu panggilan dari aunty. Panggilan pada pukul hampir-hampir 6.30 petang tu memang memeranjatkan aku. Aunty tanya samada aku boleh terima panggilan dia. Aku jawab ok. Dengan nada tersekat-sekat, aunty bagitahu yang mama dah meninggal dunia. Kepala aku rasa berpinar. Baru 2 minggu lepas aku balik kl dan berjumpa mama. Memang masa tu aku nampak yang mama dah tenat tapi aku gagahkan jugak untuk balik ke langkawi walaupun hati aku rasa berat. Aku pun tak tahu pasal apa masa tu aku tak sanggup nak tengok mama lama-lama. Mata mama dah tak larat nak bukak. Air mata berlinang kat kelopak mata mama. Aku bagi mama minum air tapi mama tak mampu nak telan. Air meleleh kat tepi mulut mama. Mama terbaring lesu kat katil dirumah kak anne.
Aku balik dan bercerita pada aunty. Aku cakap yang aku sedih tengok mama. Mama tak macam ni dulu. Mama memang cergas dan sangat aktif. Dari aku kecik sampailah aku besar, berkerja, berkahwin dan sampai aku ada 3 orang anak. Aku tengok mama daro sorang yang sangat aktif sampailah mama terbaring lesu. Tiap-tiap kali aku cium pipi mama, mama akan bertanya bila aku akan balik jengok dia lagi. Pelan-pelan aku bisik kat telinga mama yang aku akan selalu menjenguk mama.
Lepas aku dapat call dari aunty, aku jadi kalut mencari flight paling cepat ke kl. dalam masa 15 minit aku dah bersiap dan dah ada kat airport. Staff aku pun kalut cari available flight. Katanya air asia ada tapi pukul 8.15 malam manakala kalau aku sempat, MAS ada tapi cuma tinggal setengah jam sebelum bertolak dan gate serta counter dah pun ditutup. Aku mintak tolong dan cerita yang mama baru meninggal dan aku kena balik cepat ke kl. Staff kat counter MAS faham. Dia bukak counter balik dan mintak tolong kawan dia kat ticket counter terima aku walaupun depa pun dah tutup counter. Aku dapat flight dan depa tolong aku. Polis yang aku selalu jumpa kat airport dan selalu membantu kami pun ada kat situ. Aku bagitahu kat dia dan dia tolong talipon kat staff didalam pulak. Depa tunggu aku. Nasib baik airport sini kecik jadi proses aku nak lari balik berjalan lancar. Dalam pada dok berlari, aku sempat hantar sms kat bos-bos aku di kl. Depa ucap takziah dan suruh aku balik kl cepat dan bagitahu kat aku, "take your time and come back whenever evrything is over!". Aku ucapkan terimakasih pada bos aku dan begitu jugak pada owner yang sanggup bertanya khabar dan ucap takziah. Jadi pada kesempatan ni jugak, aku nak ucapkan terimakasih pada depa semua pasal prihatin dengan kebajikan staff depa!
Aku sampai KL tepat jam 8.10 malam dan terus ambik taxi ke rumah kak anne. Sampai rumah aku tengok mama dan ada kat atas katil dan van mayat dah menunggu kat luar. Ahli qariah dah dok siapkan tempat mandi dan kami anak-beranak dan cucu-cucu mengangkat mama dan letakkan kat atas tempat mandi. Pelan=pelan kami mengikut arahan memandikan mama. Aunty pun mandikan mama jugak. Lepas selesai, mama kami angkat dan letakkan kat depan untuk disembahyangkan. Aku berdiri di saf depan dan sama-sama bersembahyang jenazah. Semasa aku di Mekah dulu boleh dikatakan tiap-tiap hari selepas bersembahyang jemaah di masjidil haram, aku akan menunggu untuk bersama-sama bersembahyang jenazah. Tak sangka kali ni aku bersembahyang jenazah untuk mama!
Lepas sembahyang, kami pelan-pelan letakkan dalam keranda dan bawak mama masuk kedalam kereta jenazah yang dah sedia menunggu. Kami ke tanah perkuburan di Kota Damansara seksyen 9. Pelan-pelan mama diangkat kedalam liang. Tanah dikambus. Tu lah kali terakhir kami tengok mama. Talkin dibacakan dan setelah selesai, kami beredar perlahan-lahan meninggalkan mama.
Sampai dirumah, aku tengok yang abang baru sampai dari penang dengan keluarga dia. Malam tu kami berkumpul dirumah kak anne. Cuba menyelesaikan semua perkara yang perlu. Semua dalam keadaan lemah-longlai dan tersangat sedih. Dalam bersedih, kami jugak bersyukur yang mama meninggal dalam keadaan tenang dan urusan mama berjalan dengan sangat lancar. Mama meninggal sewaktu kak anne, abang aku joey dan kakak ipar aku natrah sedang dok mandikan mama.....
Dalam kesempatan yang singkat ni, aku nak ucapkan terimakasih pada semua orang yang bertungkus-lumus bersama-sama kami, terutamanya pada adik-beradik, kak anne, kak lit, abang, wan, joey, spouse masing-masing, sedara-mara kami yang aku tak sempat nak sebut nama, staf-staf aku, bos-bos aku dari kl office dan hq, owner aku yang sangat prihatin, kawan-kawan bloggers, member-member sdarians dan lain-lain yang tak putus-putus dok talipon dan menghantar sms takziah pada aku dan semua yang aku kenal. Semoga keprihatinan anda semua akan mendapat balasan dari Allah SWT.
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Mei 03, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
38 ulasan:
al-fatihah utk arwah mama.. tke ur time ek ankel..
chek+q stll support ankel.. gv me a call klu ada apa2..
Sedih memang sedih. Apapun banyakkan bersabar. Moga arwah tenang dan dilimpahi rahmat..
apapun Uncle masih beruntung dapat merasai segala urusan, menatap kali akhir. Ada setengah orang, tidak berpeluang sebegitu..
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga...
Dear UP. Thanks...I will call you bila kat kl nanti. Hari tu dok kalut..
Dear Aziezah.
Thanks to you...
salam
dear ucle
saya tahu uncle dan family uncle kuat dan tabah..
alhamdulillah semuanya dipermudahkan....
Salam Uncle..Al Fatihah buat Mama...semoga rohnya letakkan di samping org2 solehin...
salam
dear ucle
saya tahu uncle dan family uncle kuat dan tabah..
alhamdulillah semuanya dipermudahkan....
Dah lama tak jenguk blog uncle exam pressure punya pasal..
Insya Allah arwah mama ditempatkan bersama orang-orang yang solehah..
اللهم اغفـر لها وارحمها و اعف عنها واكرم نزلها ووسع مدخلها
واغسلها بالماء والثلج والبرد
و نقها من الخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس
و أبدلها دارآ خيرآ من دارها و أهلآ خيـرآ من أهلها و زوجآ خيـرآ من زوجها
و قها فتنة القبر وعذاب النار
انا لله وانا اليه راجعون
salam uncle
al fatihah buat arwah mama uncle
semoga rohnya dicucuri rahmat, insyallah
Semoga roh mama tenang di sana - di kalangan mereka yang berbahagia di sisiNya. Salam takziah buat Uncle dan keluarga.
kalau tengok pada uncle saja, we can all honestly say, your mother has done well in her life :)
Salam.
Dear Uncle,
Takziah buat uncle sekeluarga...
Ms.L doakan semoga rohnya di tempatkan di syurga yang teratas..
1 Mei yg lps aruah mak Ms.L genap 2thn meninggalkan kami..
salam uncle,
al-fatihah buat arwah mama uncle.semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Uncle ...
I baru dapat message dari kawan I yang kata your mama dah passed away.
Innalillahi wainna lillahi rajiun.
Semuga roh mama di tempatkan di kalangan roh orang orang yang beriman dan bertaqwa.
salam uncle,
Al-Fatihah buat arwah mama uncle. Semuga ditempatkan bersama-sama golongan para solihin.
Salam takziah dari kami sekeluarga untuk Uncle & family. Semoga tabah menghadapi ujian yang amat berat ini. Semoga "mama" ditempatkan bersama-sama orang yang mukmin. Jangan lupa hantar "bekal" pada mama setiap hari.
Salam Takziah, Boss....Semoga Boss tabah menghadapi dugaan ini....Semoga "Mama" ditempatkan bersama sama org org yg beriman....
Dear ML.
Yes...cuba menjadi tabah...akan terus mencuba. Nasib baik dah umur 42...kalay 10 tahun ?
Dear Haji.
Terimaksih banyak2 diatas doa haji...sampaikan salam saya pada semua!
Dear ML.
Thanks a lot..
Dear Haidar.
Semoga berjaya dalam pelajaran..
Dear Rezeki.
Thanks a lot...
Dear Kak Cik Seroja.
Harapan saya pun begitulah..
Dear KOG.
Thanks to you...
Dear Ms L.
Sama2lah kita berdoa yang terbaik untuk arwah berdua..
Dear KN.
Terimakasih banyak2 for your support!
Dear Ghaz..
thanks to you too and regards to qasyah!
Dear Ibu N Abah.
saya ucapkan terimakasih pada ibu n abah...sama2lah kita berdoa..
Dear DadaIQ.
Thanks to both of you and I just met joe labu for teyy tarik
Dear Zorro.
Thanks and regards to our friends..
Salam Uncle
Ucapan takziah dan sedekah Al fatihah untuk mama uncle. Moga beliau ditempatkan diklangan org solihin. Maaf mamaju lambat ucap takziah.
Dear Mamaju.
Thanks for your kind words...lambat pun takpa...
salam,,,,
harap uncle banyak2 bersabar,,,
Al Fatihah buat arwah mama,,,
Thanks Lan...
Salam Uncle...
salam Takziah buat uncle sekeluarga.
Moga Rohnya ditempatkan disisi org2 yang beriman.....
shahrir, saya sekeluarga ucap salam takziah buat saudara sekeluarga. Semoga roh arwah bonda berada bersama orang-orang yang soleh, amin. Alfatihah buat arwah.
Salam Uncle,
lama dah Taj menulis disini...takziah ya uncle...byk2 sabar...semoga Allah mencucuri rahmatnya ke Bonda uncle...amin
innalillah... salam takziah uncle, really sorry to hear the sad news, my sincerest condolences...
semoga semuanya sudah berjalan lancar, dan semoga roh arwah Mama dicucuri rahmat senantiasa...
Catat Ulasan