Sabtu, Februari 19, 2011

Maestro Don Antonio Blanco

Aku suka melawat museum. Kalau setakat kat Malaysia, aku suka sangat kat museum di Johor. Pasal apa aku suka sangat dengan museum kat johor tu? Sebabnya, aku dapat masuk ke bilik-bilik yang pernah menjadi tempat anak-anak raja dan Sultan beradu. Real! Aku boleh spend masa yang lama membelek dan membaca semua yang ditulis agar aku paham cerita-cerita dan susun atur serta apa-apa saja yang ada kat situ. Kalau setakat cerita pasal keris, tembikar, dulang, kuala sungai, periuk, belanga, tombak, sudu, garpu, dll yang seangkatan dengannya, aku rasa dah tak menarik lagi bagi aku. Itu bagi aku. Personal opinion...orang lain mungkin suka tengok barang-barang tembikar tu! Masa aku sekolah darjah 3 tahun 77' dulu, aku pun minat...dari situlah timbulnya minat aku pada museum....tapi bukannya pada "Pameran Hantu" ataupun "Pameran Chastity Belt" yang pernah dibuat dulu.....again, this is my own personal opinion...I may be wrong!

(tribute...personal visit by mj, awesome!)

Aku sempat jugak melawat ke museum di mekah dan belajar tentang sejarah islam. Menarik sungguh. Aku suka. Aku jugak pernah sampai ke museum di paris, florence@firenze, tokyo, jakarta, bangkok dan beberapa bandar penting lain. Itu merupakan salah satu aktiviti aku kalau aku kemana-mana. Banyak dapat aku belajar. Semasa di bali ni, aku ambik kesempatan melawat satu museum yang dinamakan "The Blanco Renaissance Museum". Cantik dan hebat seperti gallery ibrahim husin di langkawi!!

(sofa blanco mencari ilham dan aku tumpang duduk kat situ sama....heh3...)

Terletak diatas bukit Campuan di Ubud. Dibuka ditahun 1952 dimana Don Antonio Blanco pernah berkarya dan selepas kematian dia, anak dia Mario Blanco pulak yang ambik alih. Kawasan yang hebat. Agak tersorok diatas bukit yang curam. Keindahan seni bina bangunan dan lanskap kawasan sekeliling pemberian raja ubud pada blanco dipergunakan sebaik-baiknya untuk merealisasikan daya kreativiti blanco. Blanco dilahirkan di Catalonia di Sepanyol pada 15/9/1911 tapi membesar di manila. Mendapat pendidikan di National Academy of Art in New York dan berkelana keseluruh dunia sebelum akhirnya membuatkan bali sebagai persinggahan terakhir sejak dari tahun 1952. Jatuh cinta pada keaslian, keayuan, kejelitaan dan sopan-santun seorang penari bali, Ni Rondji, blanco berkahwin dan mempunyai 4 orang anak, Tjempaka, Mario, Orchid dan Maha Devi.

(salah satu sudut kerja dan bilik pameran blanco)

Kemahiran blanco adalah pada lukisannya yang rata-rata bersubjekkan wanita. Aku agak sependapat dengan pandangan blanco yang mengatakan bahwa wanita ini sangat subjektif, sangat mysterious, sangat delicate, sangat unpredictable, sangat dan sangat dan sangat etc...satu ciptaan tuhan yang maha agung!

(beautiful paintings of women displayed..)

Model-model lukisannya adalah merupakan anak-anak perempuan blanco sendiri, isterinya dan juga model-model antarabangsa. Didalam pelbagai pose-pose yang sangat menarik yang lantas menambahkan lagi kualiti pada setiap potret yang dilakarkan dan dilahirkan.

(blanco duduk disini sambil melukis dan kini anak dia mario pulak...)

Masuk ke museum blanco, ada semacam aura tersendiri yang menyelubungi aku. Sesuatu yang aku rasa aku perlu teroka! Lobby gallery ada ruang menonton yang dikhaskan untuk pelancong yang ingin menonton kisah hidup blanco sejak dilahirkan hinggalah disaat kematian dia yang dibuat didalam bentuk drama dan pada masa tu aku tengok ada pelancong jepun yang mengesat airmata dengan brochure museum sewaktu menonton! Aku diusher oleh petugas-petugas museum untuk masuk ke ruang museum dulu. Aku masuk dan mula meninjau satu persatu potret-potret karya blanco. Membaca satu persatu cerita-cerita yang tertulis dibawah kebanyakkan potret dan cuba berimaginasi gaya blanco sambil merungkai kisah setiap wanita-wanita mystery yang direalisasikan.....masa tu aku terasa macam aku ni salah sorang pendukung watak dalam buku Enid Blyton, The Famous Five...heh3...membelek setiap potret yang ada kat dinding.....apresiasi blanco pada wanita sangat hebat.....setiap mimik muka dan segala korner susuk tubuh dibentuk hidup kalau aku bandingkan antara lukisan dan model hidup yang difotokan...aku rasa he's a genious!

(bagi aku yang ni pun menarik...kena dengan keadaan sekeliling dan dibelakang tu rumah blanco dan sekarang mario yang tinggal, mak dia baru meninggal 3 bulan lepas!))

Menuruni anak-anak tangga dan melewati sebuah bilik rahsia blanco pun aku rasa menarik. Sebuah bilik kecil yang mana karya-karya erotis blanco dipamerkan. Kebanyakkan potret-potret ini ditutup dengan dedaun pintu kayu sebagai frame. Bila kedua-dua pintu kayu tu dibuka, karya blanco terserlah....satu penelitian dan gerak-tari jari dan minda yang sangat fokus.

(tersergam museum blanco megah..)

Aku menyusur lagi lorong-lorong berliku yang ada kat dalam museum tu. Masuk ke bilik yang digunakan blanco sebagai tempat mencari ilham. Duduk disofa yang pernah dia duduk dulu dan sekarang anaknya mario dan cuba mendalami fikiran kedua-dua beranak ni, aku rasa, aku terlalu jauh...aku mula membelek buku-buku blanco dan salah satunya ada nota yang ditulis oleh seorang peminat blanco yang bunyinya selepas 3 hari mungkin seperti berikut kalau ditranslatekan didalam bahasa kita...."Pak Blanco. Selamat Sore. Saya ingin meminta maaf pada Pak Blanco kerna mengambil buku ini tanpa pengetahuan Bapak dan para petugas disini! Tujuan saya bukan untuk mencuri tetapi naluri ingin mengetahui Bapak terlalu tinggi untuk saya bendung, lantas sepantas kilat saya mengambil dan menyimpan buku bapak di tas saya seraya berlalu pergi....maafkan saya Pak. Perasaan bersalah masih menghantui saya maka oleh itu, saya mengambil keputusan untuk terbang sekali lagi ke bali dan kembali ke museum Bapak dan memulangkan semula buku Bapak yang saya pinjam tempohari.....Maafkan saya Pak!". Aku senyum sorang-sorang...

(pemandangan sekeliling museum)

Aku ambil buku yang dicuri tu (ikhlas ni...tanpa niat mencuri!) sambil menyelak helaian usang satu persatu....gambar-gambar blanco sewaktu muda, gambar-gambar blanco sewaktu berlakon di layar perak keluaran hollywood, gambar-gambar blanco sewaktu melukis gambar isterinya dibilik hotel di new york sewaktu musim salji, gambar-gambar blanco bersama-sama dengan para pelakon jepun di sebuah studio filem di tokyo serta gambar-gambar penghargaan dari kerajaan-kerajaan seluruh dunia terhadap karya-karya blanco....aku terpesona!

Aku keluar dan menghela nafas panjang. Puas...............sambil menjeling kat tiket masuk yang masih dalam genggaman aku dan baru aku tersedar yang aku bayar harga local, RP30,000 dan bukannya harga pelancong, RP50,000. Ya udah dech!

Bila berjalan keluar dan naik motor cabuk yang aku sewa sebulan, hidung aku kembang dan dagu sedikit menungkat langit gaya sombong dan aku terasa macam blanco......

12 ulasan:

norh berkata...

saya cemburu dengan uncle, meneroka banyak tempat.. semangat nak kumpul duit nih..

p/s: lelaki juga sangat subjektif..

Uncle berkata...

salam norh..
uncle sebenarnya datang sini sebab kerja tapi malas nak tulis pasal kerja dan dalam waktu terluang uncle sempat berkunjung ke beberapa tempat menarik yang ada kat sini...tu lah cerita dia...

rezeki berkata...

salam uncle

nampak gaya kita punya minat yang sama kat muzuim , suka explore bahan2 kat dalam tu , tu yang tak sedar dah berejam kat dalam hehehe



pssss kalau uncle mengaku orang kampung , baru 2000 rupiah je tiket hehe

aunty W berkata...

wow, bestnya museum ni...nak pi! nak pi! nak jugak, nak jugak!(
ikut style yuya. ha2)
Blanco's life & his museum, sama2 unique. umm, pi museum tu memang one of the best activity for the trip. my dream is, travelling around the world, including going to museum! (and shopping around the world, he3)

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Mungkin jugak lebih kurang dari 2000! Heh3...silap cakap kot!!

Uncle berkata...

Salam Aunty W.
Bukan kita dah pergi ke museum kat Ueno? That was also a good one!!!! And the best part, the next day I was admitted to Shinagawa Hospital!!! Heh3.....obviously it was not because of you!!!

dilaOHdila berkata...

uncle
tergeliat lidah nak sebut tajuk ni
uncle mesti fasih kan...hehehe
Uncle boleh jadi penulis. details....mereka yang suka sejarah bagus ni. Good work, uncle

Uncle berkata...

Salam Dila.
Ala...uncle bukannya pandai pun...tergeliat jugak lidah nak sebut! Heh3...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

bestnyer....jalan2 sokmo :))

Uncle berkata...

salam KN.
alhamdulillah...esok balik kl lah...

Kakzakie berkata...

Uncle bijak ikut telo dia tu yg dapat murah. Pengelat betul. Seronoknya dapat paparkan gambar buat tatapan kami.

p/s: uncle tak penat ke jalan tak henti? Hehehe....

Uncle berkata...

Salam Kak zakie.
Apa tak penatnya? 4 hari letih....jumpa dr, dia marah saya, katanya mesti rehat...katanya "EXHAUSTED!"

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...