(perarakan lembu sebanyak 3 ekor)
(anak-anak si mati menangisi pemergian bapak depa)
(mayat dimasukkan kedalam lembu untuk dibakar)
(dibakar)
(penonton yang asyik menonton)
Hari ni ada "Ngaben" orang besar kat sini. 3 orang dikumpulkan sekali untuk di bakar mayatnya. Ingat tak entry aku yang lepas yang ada gambar lembu hitam yang besar tu? Tu lah lembu yang akan dibakar dengan harapan akan membawa roh mayat tadi ke syurga. Apa jadi hari ni? Tepat pukul 10 pagi semua letrik di ubud dimatikan. Tapi pada kedai yang ada generator sendiri dibolehkan untuk menyalakan letrik. Kalau tidak, maka bergelaplah semua orang. Aku yang tiba-tiba tengah dok buat report, terus tak sempat nak buat. Lari keluar sekejap tengok apa yang berlaku. Ada sorang orang sini yang bagitahu aku, orang bali ni, dia kerja, simpan duit, untuk siap bayar duit upacara kematian! Mula-mula aku tak dapat tangkap, tapi lama-lama lepas aku tengok semua upacara depa dan baca tentang adat-istiadat depa, makk...aiiii...memang betul depa pakai duit banyak untuk mati!
Hari ni ada 3 ekor lembu yang dibuat daripada kayu diarakkan dari istana sampailah ke pura. Besar sungguh lembu-lembu ni. Setiap lembu akan diarak oleh lebih-kurang 150 orang. Bila berarak, lembu-lembu ni akan digoyangkan kekiri dan kekanan untuk melepaskan kuasa-kuasa jahat daripada mengikut. Patutlah aku tengok depa bawak lembu tu tadi macam bawak chingay! Kekiri..kekanan...nasib baik tak langgar motor aku! Kereta bomba akan mengikut untuk memancutkan air kepada orang-orang yang membawak lembu tu tadi. Aku tengok depa pun aku rasa letih sebab memang giant lembu tu...Selepas berlarak, lembu-lembu tadi akan berhenti kat pura yang kat depan rumah aku tu. Tempat pembakaran dah pun siap dibuat 2 hari sebelum. Semuanya dibuat dari buluh dan tak pakai paku satu pun!
Mayat-mayat tadi akan semuanya dimasukkan kedalam perut lembu-lembu tadi setiap satu. Mula-mula perut lembu-lembu tadi dibelah supaya mayat tadi dapat dimasukkan. Lepas dimasukkan, perut yang dibelah tadi tu akan ditutup semula. Sekarang siaplah lembu-lembu tadi yang dah ada mayat tu untuk dibakar. Api depa nyalakan dengan kuat. Siap pakai tong gas lagi....tak sampai 10 minit habis lembu-lembu tu semua terbakar. Aku tengok betul-betul kat dalam perut lembu tu then aku nampak kaki mayat tadi masih belum terbakar dan tengah dok goyang-goyang lagi. Pelancong-pelancong lain pun nampak. Kami cepat-cepat ambik gambar kaki tu tapi kamera aku tak sampai...kalau ada muncung tajam tu bolehlah nampak!
Lepas upacara bakar mayat, hujan mula turun. Api masih lagi menyala dan mayat dijolokkan lagi masuk kedalam api supaya habis terbakar semuanya. Masa tu aku dah malas nak tengok sebab hujan dah mula turun lebat sikit. Aku takut tambah demam sebab demam aku pun tak baik-baik lagi ni...apa-apa pun upacara tadi tu membuka mata aku kepada agama-agama lain dan kebudayaan-kebudayaan lain yang ada kat dalam dunia ni...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Februari 10, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
ngeri je tgk lembu2 besar tuh...pastu keramaian macam tuh mmg semua org kena tgk eik..pastu kan uncle.. kenapa kat sana sikit2 off karen..sikit2 off..geram jek baca la..
Salam Kaseh.
Tak payah pi tengok pun tak pa...tapi ramai orang suka tengok pasal ni budaya dan cara hidup orang2 bali....Uncle pulak suka melancung dan experience kan sendiri semua ni....pengalaman menarik dan rugi rasanya kalau Uncle lepaskan peluang ni...
Salam pak cik...
Besar sungguh sapi depaaaaa,,,,
ihihihih,,,,
nal
Salam Nal.
Sebab tu jangan makan minyak sapi sebab nanti jadi besaq macam sapi!!!
uncle, kalau saya, confirm takut nak tengok upacara2 mcmtu.. ni orang cina mati pun saya takut nak tengok, lagi pulak upacara keagamaan mcmtu.. hehe
Salam cibil.
uncle suka belajaq. Suka tengok yang baru. Suka budaya.....baru ada modai nak tuleh!
uncle...
ooo camtu budaya dia urg erk
tu ada 3 ekor lembu bermakna ada 3 urang yang mati ke? ni dia urg jenis yang kaya kaya ke uncle? nampak macam org kenamaan yg mati.....
uncle
jauh perjalanan luas pengalaman
disamping menimba pengetahuan berkaitan kebudayaan bangsa2 lain di dunia
Salam Dila.
Ni memang keturunan raja2 yang upacara besar macam ni. Anak2 dia balik dari europe. Ada yang tinggal di switzerland dan france....
Salam Rezeki.
Tu yang sebenarnya saya suka buat. Belajar dan terus belajar tentang budaya orang!
Catat Ulasan