Ahad, Februari 27, 2011

The Apprentice

Malam tadi abang talipon dan bagitahu suruh jemput dia kat asrama pada hari sabtu pukul 9 pagi. Aku oblige dan pagi tadi, kami sekeluarga ke sekolah dan asrama abang dan bawak dia balik menginap kat rumah satu malam. Abang usung baju kotor sekali walaupun depa dah ada washing machine segala. Masa kat dalam kereta menuju ke tempat kami nak bersarapan, aku dok pikir, amboi abang, jauh beza dengan time aku kat asrama dulu.....dah ada washing machine! Kelassssssss. Kami ke Pelita kat ampang point dan breakfast kat situ. Lega...aku pun dah sebulan tak pekena teyy tarik. Last sekali aku minum kat bali, depa tibai pakai teyy tarik 3in1 yang memualkan tekak aku! Tak boleh nak komplen banyak-banyak kat kedai tu sebab nama dia pun dah nama "Warung Simple!". Sunggoh aih...aku tak tipu ni...Lepas breakfast kami pun balik rumah....Marina punyalah manja dengan abang dia....tu baru seminggu tak jumpa! Pot-pet...pot-pet...macam "Tiada Esok Bagimu.."

(the apprentise)

Kat rumah, abang cari hp dia...contact kawan-kawan dia. Habis setengah hari dia dok belek menatang tu mengalahkan kita pulak yang business juta-juta rupiah ni! Takpalah...aku suka tengok depa 3 beradik dok melawak sama sendiri dan macam biasa, lepas 2 minit, bertengkar sesama sendiri! Biarlah adik-beradik...satgi ok lah tu!

(taiko besar ni.....)

Tengahari pulak kami makan kat rumah saja. Not very heavy lunch but loaded with cholestrol!!! Heh3.....dahlah pagi pun tibai cholestrol....habis lah aku sekali ni...in fact selama sebulan aku kat bali, aku dah berjaya turun 4 kilo. Balik mai sini, alamak, suruh aunty buat asam pedas, aku boleh hirup kuah asam pedas macam sup! Aunty tengok aku heran...aku tengok aunty heran, aku pun tambah heran! Heh3...

(lebih2 posing..takut tergeliat lehiaq satgi...)

Petangnya aunty hantar Yuya ke padang bola untuk training dan aku sempat ber"siesta". Bila terjaga aunty suruh aku pikap Yuya kat padang sebab katanya tadi dia dah hantar!@#$% Aku check agreement, tak dak pulak tulis sorang hantar, sorang ambik! Heh3....pasal aku sayang aunty punya pasal, aku terus ke padang bola....jemput Yuya balik selain berjumpa mak-pak yang lain yang tiap-tiap minggu dok terlenggak kat tepi padang tunggu anak-anak depa main bola. Salam pi salam mai, aku pun balik rumah. Anak-anak bersiap sebab aku bagitahu yang kami nak ke pavillion sebab nak cari boot bola abang yang dah ketat walaupun aku beli saiz 8.5 adidas mercurial kaler pink cuma 3 bulan lepas!!!! Mak aiii...anak sapa lah budak sorang ni...awat kaki gabai sangat?

(the thinker yang tak senyum...apa lah penyakit abang ni? But sayang adik2...)

Malamnya lepas dinner, kami keluar lagi. Macam yang dah dok plan, kami ke pavillion dan terus ke kedai puma sebab abang kata dia nak try puma pulak. Aunty ke puma dan bertanya. Depa kata sini tak jual boots. Aunty tanya, kalau lagu tu, mana nak cari boots puma? Dengan muka tak reti bahasa, dia jawab, "I don't know..". Amboi....comelnya bahasa....ini kalau staff aku kat hotel ni, mahu aku bagi last warning ni! Nasib baik bukan...jadi, malam tadi, kami tak dapat nak cari apa yang kami nak cari. Aku kena sambung esok pulak. Ish...susah sangat ka nak cari Puma? On the way back tu aku teringat yang ampang point dah ada starbucks. Kami terus kesana. Melepak, bersembang anak-beranak dan horey-horey!!!

18 ulasan:

dilaOHdila berkata...

seronok baca artickle uncle ni, tergelak gelak dibuatnya. LAwak lah uncle ni khn...(heheheh)
amboi Marina posink cunnya. Boleh jadi model. Rindu tak jumpa abang kut...adik manja ni

norh berkata...

Uncle punya hotel kat mana? kot2 la saya ada kesempatan, boleh rate performance uncle..he he

My Life berkata...

salam
dear uncle

indahkan bila bersama family

Uncle berkata...

Salam Dila.
thanks for reading my blog. Terharu rasa....hopefully one day we'll be able to meet each other..

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle manalah ada hotel...nak kerja pun depa kata rambut dah putih.....so la ni Uncle juai ayaq jambu 88!

Uncle berkata...

Salam My Life.
Memang saat inilah yang buat uncle rasa sangat bahagia....nanti depa dah mula keluaq rumah, sedihlah uncle. La ni pun uncle sedih sebab abang dah duduk asrama...tsk...tsk...

norh berkata...

ye lah tu uncle..
tapi juai ayaq jambu88 pun best gak kan..saya pun rasa nak tukaq keja hat lebih kurang lagu tu la..

Uncle berkata...

Salam Norh.
let's JV and juai ayaq lengkong kat jelutong, tepi kedai tuak dulu? Heh3.....

JahRera berkata...

as salam sdr uncle,

sampaikan salam yoroshiku kepada wakana-san :]

Uncle berkata...

sALAM jAHRERA.
WILL DO...DIA SUDAH ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

rezeki berkata...

salam uncle

lama kita tak kena tey tarik bersama, nanti kalau ke kl kebetulan uncle ada kat sana , kita pi melepak sama ye hehe

Uncle Lee berkata...

Hello Uncle, just dropped by say hello.
Nice pics. You have a beautiful family there.
Have fun and keep well. Best regards, Lee.

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
InsyAllah kalau dah ada kat kl please let me know...

Uncle berkata...

Dear Uncle Lee.
Thanks for the comment...do drop by when you are free!!!

Kakzakie berkata...

Uncle,

Like father like son. Jangan terperanjat saiz kaki tu. Beras pun entah dah beratus-ratus kilo dimakannya. Belum lagi vitamin itu-ini. Hehehe...

Uncle berkata...

Salam Kak Zakie.
Patutlah dia besar....tapi masa saya form 1 dulu pun macam tu jugak....

Ibu n Abah berkata...

salam uncle...
dari mekah, langkawi dan sekarang bali...
tetaplah akak mengikuti cerita-cerita uncle...
memang bumi ALLAH ini luas... mana-mana boleh cari rezeki...

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah
rezeki memang ada dimana2...sebab tu saya selalu naik angin kalau adik2 pemalaih kata susah nak dapat kerja!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...