Isnin, Februari 14, 2011

Upacara lagi..

(rangda yang dibawa ke pura)

(sarana@kelengkapan upacara yang dibawa ke pura)

(anggota@ahli pura)

(cewek yang tersesat didalam kumpulan nak ke pura)

(kalau tak sempat, beli dvd sajalah!)

Banyaknya upacara kat sini. Aku jadi sampai confuse! Tengok macam sama tapi sebenarnya tidak. Pakaian yang dipakai bagi aku juga sama tapi sebenarnya tidak! Mantera yang depa baca bagi aku sama saja tapi sebenarnya memang tidak! Wahhhh banyaknya!@#

Semalam aku ada bertanya lagi kat staff aku. "Habis kalau terlalu banyak upacaranya, kerjanya macamana?". Staff aku tersengih dan bagitahu yang sebab itulah depa ni semua tak boleh kerja kat office! Kebanyakkannya cuma bekerja kat ladang atau bersawah atau mengukir dan buat kerja-kerja kampung saja. Kalau depa kat office, mahu tutup office tu nanti....kat tempat aku saja aku tengok, selang 2 hari ada saja upacara yang dijalankan. Ada jugak aku bertanya, mana depa dapat duit sebanyak tu? Jawapannya pada aku, duit tu depa dapat daripada duit persatuan. Duit yang dikumpul beramai-ramai dari semua orang kampung. Memang katanya banyak duit yang depa pakai. Lepas satu...satu lagi festival yang depa kena buat...kesian jugak aku tengok kat depa. Tapi anak-anak kat sini suka sebab boleh horey-horey dan kadang-kadang ada yang sampai tak pergi sekolah! Memang horey-horey sungguh depa!

2-3 hari ni panas sungguh cuaca. Nak jalan keluar pun tak ada tenaga aku. Panas lit-lit kata orang! Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku nak pergi tapi memandangkan yang sekarang ni panas nak mampus, aku kanselkan dulu. Tak sanggup aku. Terbakar rambut putih aku! Jadi for the time being, aku lebih banyak duduk in-door saja. Tak keluar mana-mana. Kalau nak keluar pun mungkin petang-petang sikit. Yang semalam tu lain sikit. Aku memang teringin nak makan pasta. Cari punya cari, aku jumpa "Pasta Sedap" di jalan yang nak keluar sikit dari Ubud. Not bad. Ramai mat salleh makan kat situ. Masa aku nak keluar, boleh dikatakan hampir setengah restaurant tu dah penuh. Hebat. Service agak perlahan sikit. Tapi tak apalah...janji makanan depa sedap. Aku teringin sungguh nak makan burger pulak. Kat sini tak dak Mc Donald ataoupun KFC dan jugak Burger King. Banyak sebab yang buatkan depa tak bagi ada jenama-jenama luar masuk ke dalam Ubud. Very good! Nasib baik ada satu Starbucks tersesat kat sini...kalau tidak, boleh pengsan jugak aku!

Kalau nak sewa DVD, berlambak-lambak kedai kat sini. Tapi kalau setakat sekeping RM5, beli terus sajalah...tapi masih ada jugak yang suka menyewa especially mat salleh mat salleh yang duduk lama kat sini. Murah nak mampus...Quality DVD kat sini boleh aku katakan sedikit lebih baik dari kita. New movies pulak tu. Excellent. Malam-malam itulah saja kerja aku. Tengok satu DVD then tidur....actually teringin nak tengok banyak tapi aku kena simpan untuk esok pulak...kalau satu malam tengok sampai 2-3 DVD, alamatnya by 2 weeks, aku dah tak dak apa nak tengok lagi dah! Yang peliknya, local DVD tak jumpa pulak dan memang depa tak jual langsung! Penat aku dok bertanya kat depa. Satu kedai pun tak jual local DVD!

Tiap-tiap hari aku dengar local radio channel. Macam-macam channel aku dengar. Tujuannya cuma satu. Nak dengar kot-kot ada lagu penyanyi kita yang diputarkan. Hampehhhh, tak pernahnya aku dengar satu lagu pun....sedangkan kalau kita dengar radio channel kita pulak, amboi makk, mengalahkan channel IndoSiar....

Esok lusa aku ingat nak ke museum di ubud ni. Banyak museum kat sini dan satu pun aku tak pernah sampai lagi. Busy sungguh aku ni....insyallah nanti aku start jalan-jalan balik. Pasti ada yang menarik perhatian aku nanti. So pada semua, tunggu...nanti aku cerita lagi!

4 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

banyak betul upacara ye uncle!!

Uncle berkata...

Salam KN. Banyak sungguh sampai saya pun dah lost count!

catz berkata...

hi uncle,
amboii..banayk betul acara..tak habis2..upacara adat, upacara kaum, upacara agama..perghh..
dah jadi hantu DVD?
heheh..catz yg tak pernah ada DVD player ni mungkin akan jadik hantu DVD jugak if duk sana..
hehehe..

Uncle berkata...

Apa lagi nak buat malam2 kat sini.....semuanya dah habis by 9pm....except for clubs lah...baik tengok dvd then tidur!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...