Isnin, April 18, 2011

Lovina

Aku dah balik ke KL. Flight was smooth and muka-muka girang dok tunggu aku kat airport. Hmmm, sebulan tak jumpa dan aku cukup rindu kat depa. Anyway, pada hari ahad terakhir aku kat sana, aku sewa kereta lagi. Sekali ni aku ambik Avanza. Manual, sebab sini tak ada automatic ataupun susah nak dapat automatic. Keras betis aku dok asyik masuk gear, tukar gear...masuk gear, tukar gear...

(sempat makan durian waktu di Bedugul otw to Singgaraja)

Aku keluar dari Ubud sekitar jam 9 pagi bersama-sama navigator terbaik aku yang lebih kurang sama macam Allen Oh! Dia punyalah bagus sampai kami selamat sampai balik kat Ubud....kalau harapkan aku, ntah-ntah dah sampai jakarta kot aku bawak! Perjalanan yang sangat lancar walaupun perut aku dok berkeroncong kuat. Tak banyak kereta sebab kebanyakkan ke Besakih dihujung-hujung minggu ni. Besakih merupakan tempat yang dinamakan "mother of all temples in Bali". Memang besar dan menarik temple kat situ. Aku tak berkesempatan kali ni nak kesana. Mungkin next time! Berhenti sekejap dan makan durian kat tepi jalan. Habislah jugak berbiji-biji....masa kat dalam kereta, kami dok control jangan "burp". Hahahahahahah

(bot-bot ni digunakan untuk bawak pelancong ke tengah laut untuk lihat dolphin..)

Lovina merupakan kawasan peranginan tepi pantai dengan pasir hitam. Kalau kat Malaysia, pasir hitam tu dah mesti ada lagenda tersendiri....stretchnya tak panjang dan malangnya ada banyak kotoran kat pantai manakala airnya pulak tak bersih kecuali kalau 100 meter dari pantai, barulah nampak air tu biru dan jernih. Kat tempat jernih tu lah dolphin dok berenang. Aku tak sempat nak tengok sebab katanya, dolphin akan berenang pada awal pagi....Makanya waktu aku kesitu, orang dah tak ramai....tapi aku tengok, mat sallehs ramai dok berenang kat air yang keruh tu! Pemandangan masih lagi cantik. Aku ambik kesempatan ngopi kat tepi beach. Spent about 2 hours kat situ sambil minum-minum dan bergambar. Masa aku tengah dok bergambar, aku nampak yang ada sorang budak pompuan asyik dok perati kat aku....aku tengok dia, dia tengok aku.....aku toleh kiri kanan 13 kali, tangkap budak tu, dan suruh partner aku ambik gambar...budak tu tak menjerit pun....mungkin masa tu aku nampak macam orang!!! Hahahahahah...

(cuba nak dapatkan angle yang baik dengan kamera chebeh aku ni..)

Cuaca sungguh baik hari tu. Aku ambik masa dalam 2 jam jugak memandu dari Ubud ke Singgaraja@Lovina. Mengeliat sana dan mengeliat sini, aku rasa cepat sampai sebab selalunya depa kata dalam lingkungan 3 jam. Maklumlah kereta tak banyak masa aku pi sana. Bayangkan kalau aku pergi waktu senja, pasti gambar-gambar tu akan jadi lebih menarik....yang diambik tu pun dah kira cantik...aku la yang kata...hahahahahah...

(macam serangga yang jalan kat atas air tu...apa nama serangga tu?)

Sepas Lovina yang terletak kat daerah Singgaraja, aku ke Tanah Lot pulak. Tapi waktu ke Tanah Lot, masyAllah...hujan punyalah lebat. Aku sampai, bayar parking dan masuk ke dalam. Nak keluar kereta tak boleh pulak sebab hujan terlampau lebat. Aku duduk dalam kereta sampai 30 minit. Hujan tak mahu stop jugak. Tiba-tiba tingkap kereta aku diketok orang. Ada makcik sewa payung berdiri kat sebelah cermin.... Aku sewa payung dan turun kereta. Lagi setengah jam aku tunggu tapi hujan memang tak mahu berhenti. Last-last aku masuk balik dalam kereta, start engine, bawak dan balik ke Ubud! Tapi ada yang tak kena masa aku balik....aku tak ingat apa benda. Puas aku dok perah otak. Masa SPM tahun 85 paper Add Math pun aku tak pikir teruk sampai macam ni. Lupakan aja lah.......masa nak tidur malam tu aku baru perasan yang payung sewa di Tanah Lot tu aku tak pulangkan lagi kat makcik tu.......Huah!!!!!!!!!!!!!!

b
(salah satu stretch dengan pasir hitam)

9 ulasan:

My Life berkata...

salam dear unkel

romantic view..

Uncle berkata...

Salam ML.
Memang romantic habis...kalau lah ada dengan pasangan.....fuyoo....

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

hehe.. kesian makcik tuh. mesti tertunggu2 payung dia.. hehehe..

cantik tempat! oke lah tuh, kamera chebeh pun.. hehehe.. yang penting art of seeing.hehehe

en_me berkata...

vahh dah balik KL ke uncle.. baru nak pi Bali ghitewww.. uhuhu

Tanpa Nama berkata...

salam,,,pak cik

mak cik tu tentu tercari2 payung dia, penyamun mana kebassss,,,,hahaha


tq: penyamun juga

Uncle berkata...

Salam Pi.
Tak pa nanti uncle pi bagi balik bila pi sana nanti...tah2 makcik tu dok ada lagi melilau kat situ cari uncle...ish...zalim sunggoh aih!

Uncle berkata...

Salam en_me
Tak pa aih, Uncle pi sana balik nanti....masa tu pi lah ramai2...the more the merrier!

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Kalau dah "kepala penyamun...", pi mana2 pun dia kerja menyamun! hahahahahah..

taj berkata...

Salam Uncle....


ngeh3x...ju ajer...hehehe

wohhh ada di KL ye...jom meng-teh...hehe

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...