Khamis, Ogos 04, 2011

Aku jumpa Boutique Hotel!

ni proof yang aku tengah santai..

Bila aku dah betul-betul tak larat, aku akan capai secawan kopi, suratkhabar dan menghala terus ke arah pool. Duduk kat situ sejam-dua sambil baca sunday newspaper, pergh....terasa bahagia betul. Kena pulak waktu tu anak-anak tengah dok berendam, aku la ni dah malas nak swimming. Dulu boleh dikatakan setiap hari aku akan swimming. Aku rasa kalau badan aku masih macam arnold s, mahulah aku berlenggeng kat panas tu....tapi kalau badan macam "tengok badan sendiri kat cermin pun malu", tak payahlah....hahahahahah. 

goggle besar dari orang..

Marina akan terus berendam sampai kecut dengan kawan-kawan dia. Semalam masa nak bukak posa, tiba-tiba marina jerit cakap kat dania jangan datang dekat marina. Aku pun heran apa pasai marina cakap macam tu kat dania sedangkan itulah salah satu kawan rapat dia yang dok ada kat situ! Last-last marina bagitahu kat aku,  "kalau dania datang dekat marina, marina tak tahan nak berenang.......". La....pasai tu ka....last-last aku kata ok boleh berenang dan marina melompat sakan. Lari ke bilik belakang dan tukar baju. Btw, goggle yang dia pakai tu sebenarnya punya dania....dan goggle tu pulak khabarnya kepunyaan makcik kepada dania....marina suka walaupun goggle tu terlampau besar sebab dia kata, "marina suka pink!"

my lovely neighbours..

Kawasan perumahan aku sebenarnya dihuni oleh pelbagai kaum yang bagi aku sangat unik dan indah. Tegur-menegur menjadi lumrah kami yang tinggal disini dan kami kenal semua orang disetiap unit yang ada disini..hubungan kami sangat akrab. Salah sorang neighbour yang agak rapat dengan aku dan selalu kami bertegur-sapa dan bertanya khabar ialah Patrick. Mak Patrick ni tinggal betul-betul atas kepala aku. Mak dia dah meninggal tahun lepas disebabkan oleh barah. Suara dia sangatlah kuat mengalahkan halilintar dikala merong mahawangsa bermaharajalela! Kelebihan dan bakat semulajadi makcik itu diperturunkan kepada anaknya si Patrick tadi. Maklumlah tinggal disangkar burung....ada sekali dulu masa musim kemarau, air bekalan tiba-tiba terputus....satu malam tu suara Patrick lah yang berkumandang menyanyikan lagu-lagu tak puas hati dia! Kalau si Patrick ni jerit, habis 6 block boleh dengar! Tapi 2-3 minggu yang sudah, keadaan agak berlainan. Suara Patrick tak kedengaran.....kereta dia pun tak bergerak....aku heran lagi. Aku tanya Wiwit dan Wiwit cakap yang Patrick sakit. Kasihan aku kat Patrick. Dahlah sorang bapak "mithali" yang menjaga anak lelaki dia sorang...sakit pulak lagi! 2 hari lepas, aku berkesempatan berjumpa Patrick di parking lot dan Patrick bagitahu yang dia diserang stroke! Alamak, biar betul? Even Patrick pun terkejut sebab dia baru saja 35 tahun. Berbadan tegap dan sangat lincah....lama jugak kami bersembang. Dia kata dia pelik sebab ramai yang lagi tua dan gemuk dari dia tapi tak kena macam dia....aku cakap kat dia, pasal dia sorang bapak yang baik menjaga anak tunggal sorang-sorang, pasal tu lah tuhan bagi warning kat dia dulu....kalau dia bukan orang yang baik, mungkin nyawa Patrick dah pun dicabut tanpa warning......kami bersalaman, Patrick angguk-angguk dan balik kerumah dia dengan satu crate Tiger!!!

the lobby..

Tempat ni nama dia Jeumpa d'Ramo dan aku baru terjumpa tempat ni selepas aku terjumpa kawan lama aku di TLG tempohari  yang la ni bekerja kat JDR ni. Very unic sebab ini merupakan 2 buah bungalow yang telah diubahsuai dengan begitu teliti dan diberikan nafas baru oleh tuanpunya Boutique Hotel ini. Semuanya "tastefully done". Aku dijemput melawat dan kali ni aku terima pelawaan tu sebab tempat ni sangat unik bagi aku. Selalu sangat aku dok pi balik-pi balik bangsar tapi tak jumpa pulak JDR ni walaupun lokasinya betul-betul dijalan Maarof!
Bila aku sampai, aku tengok memang tetamu tak akan perasan akan kewujudan hotel ditengah-tengah bangsar ni. Ianya dikenali cuma melalui "word of mouth" sahaja. Sangat famous dengan perkahwinan-perkahwinan artis, majlis bersanding, bertunang dan sebagainya banyak dilakukan disini. Even aku diberitakan yang Yuna dan Zee Avi pernah buat "showcase" depa kat sini dulu sebelum depa meletup! Fafau meet the fans pun dibuat disini. Nikah for Sarah Raisuddin dan ramai lagi artist pun diadakan disini jugak! Wow hebat....mulut aku dah ternganga! 

Tak habis disitu, Robbie bawak dan tunjukkan aku pulak dengan swimming pool yang ada. Aduh.....nice dan rasa terlindung dan dilindungi bilamana pool tu semua dikelilingi oleh tembok tinggi yang memisahkan antara tetamu hotel dan jugak pejalan kaki diluar sana..Bila Robbie tengok aku ternganga macam mulut Jim Carrey, dia kata baik dia bagi aku nganga luas lagi...dia jemput aku naik ke tingkat atas dan tunjukkan aku dengan bilik-bilik yang ada. Wow.......ada 18 bilik semuanya dan terbahagi kepada 3 kategori. Standard, deluxe dan suite! Awesome.....perkahwinan pelbagai kaum telah dilakukan disini. Ada Melayu, dan yang terdekat akan ada "tea ceremony" for a couple. MR. T ada datang kesini dan sangat tertarik dengan tempat ni dan terus booking! Hahahahahahah...aku pun kalau ada duit, nak jugak buat lagi sekali kat sini...baru terasa macam artist! Hahahahahahah, I mean for my anniversary!


the luxurious room..

Ada conference room, ada dining area, ada kitchen yang mana tetamu boleh memasak sendiri disini dan mestilah halal...staff tak ramai. Bila aku ada disitu, terasa macam aku berada dirumah sendiri sebab kasut terpaksa ditinggalkan diluar rumah. Aku bebas walaupun staffnya tak kelihatan. Buku-buku dari pelbagai genre bersusun rapi. Aduh, aku rasa mahal kot tempat ni....tapi bila Robbie bagitahu aku yang harganya cuma RM170++ untuk standard, RM220++ untuk deluxe dan RM320++ untuk suite, lutut aku dah mula goyang.....aku tanya kat Robbie, apa dia buat untuk raya nanti? Robbie kata ada promosi special waktu raya nanti....alamak, kalau bilik semurah 170 ada special rate lagi....berapalah kesudahannya nanti ya? Yang pasti aku akan booking tempat ni kalau ada tetamu aku datang dari luar KL......I will call you Robbie!


4 ulasan:

norh berkata...

cantik...tapi pasai pa gambaq hitam putih?

Uncle berkata...

Salam Norh.
Saja ambik hitam putih pasai nak coba yang baru...kalau ambik kalar, rasanya dah selalu sangat tengok...hahahahahah (alasan...)

Aunty W berkata...

dalam gambar hitam-puteh, your handpone pun nampak cantik! ha3

Uncle berkata...

Salam Aunty W.
Hand phone tu dah masuk category classic dah...hahhhah!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...