Rabu, Ogos 24, 2011

Bila Wiwit balik kampung!


Wiwit hantar leave application kat aku dah lama. Agak-agak 3 bulan sudah dengan muka yang teramat sedih. Mengalahkan orang yang kematian hamster! Masa tu aku tak kata apa sebab tempoh dan jaraknya masih lagi jauh untuk aku buat keputusan. Dalam pada tu aku ada bagitahu kat aunty tentang WW dan kami ada jugak berbincang walaupun taklah seserious sebulan sudah. Topik perbincangan kami banyak berkisar kepada Marina dan Yuya. Marina nak pergi mana kalau WW tak ada kat rumah dan Yuya pulak macamana bila balik dari sekolah nanti sebelum ke sekolah ugama! Basah lencun dahi kami pikirkan perkara yang bukan-bukan tu..Kata sepakat dibuat dan kami pun mula mencongak strategi. Kami pelan-pelan bisik kat telinga Yuya dan Marina strategi kami sepeninggalannya WW. Last-last kami terpaksa cari Tadika Abyana yang abang dengan Yuya pernah pergi dulu. Aku berjumpa cikgu Aishah dan buat cerita welfare aku.....cikgu Aishah dengan hingus meleleh, sanggup terima Marina walaupun Marina tak berapa sanggup nak terima CA! Hahahahahah.....


Azumi terkehele letih sidai baju
 Minggu pertama over the weekend dah start mimpi ngeri. Banyak laundry nak kena buat. Aunty basuh dan aku pulak sidai. Sementara nak tunggu baju dicuci, aunty kemas dapur manakala aku pulak pi "tibai" rug dengan batang penyapu kat depan rumah. Abang cuci toilet bilik aku dan Yuya pulak cuci toilet bilik depa. Yuya cuci sangkar hamster dan Marina tukar air hamster. Bila baju dah siap dicuci, aunty pass kat aku dan aku gantung. Abang masih busy lagi masa tu dok cuci main toilet! Ni bukan kerahan tenaga ni...ni nama dia gotong-royong!  Lepas 2-3 jam, lidah kami pun dah sampai ke lantai sedangkan jam baru menunjukkan pukul 1 petang. Masa ni lah terbayang macam-macam jenis minuman....sirap bandung lah, asam boi lah, cincau lah.....adoooiii aiii.....

Yuya mintak doa kak Wiwit cepat balik!

Kesian jugak aku tengok depa yang bertungkus-lumus buat kerja bagai nak gila. Walaupun macam tu, depa masih bersemangat nak tolong. Especially abang. Abang lah yang bertungkus-lumus pasang lampu raya 4-5 kali sampailah aku puas hati. Walaupun actually aku puas hati tengok dia buat kerja bersungguh-sungguh dan bukannya hasil kerja dia, tapi takpa...dia ada semangat membantu. Itu yang aku kena pupuk. Masa abang dengan Yuya dok pasang lampu raya, Marina pulak tengah dok tarik ekor kucing orang rumah sebelah! Adoi...one thing about Marina, dia memang tak takut binatang. Ular sawa yang sebesar betis aku pun dia letak atas bahu. Beruang pun dia peluk, apalagi kepala kucing orang sebelah rumah tu....Aku pulak sampai la ni masih geli lagi tengok ular walaupun ular tu dah tak bernyawa....pasal apa, aku tak tahu!
Marina kira upah kutip sampah!
Sekali ni aku rasa puas sebab sempat berbuka puasa penuh dengan keluarga dan begitu jugak dengan sahur. Cuma abang saja yang ada di waktu weekend tapi aku bersyukur. Dah lama tak dapat nikmat yang macam ni. Jangan ditarik balik nikmat yang Allah bagi ni...

16 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sekurang2nya tak payah jogging untuk keluar peluh, kan? :)

Tanpa Nama berkata...

rajin sungguh no depa.. blh mcm baba depo kot.. hikhikhik..

rezeki berkata...

salam uncle

apa yg penting, kerjasama hehehe

Nek Rock berkata...

Dear Uncle,

FOCUS Uncle, jangan memacam ingat segala mala air yang berbagai warna tu..kekekeke

Wish Uncle and family a blessed Raya!

azieazah berkata...

Sikap membantu dalam diri anak-anak memang kena pupuk dalam rumah. Dengan kerja2 rumah gitu pun memadai..

Nikmat menjalani ibadah puasa dengan anak-anak dan isteri memang suatu nikmat yang tak ternilai, kan Uncle.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin Uncle.
Semoga Lebaran kali ini lebih ceria dan meriah.

Uncle berkata...

Salam Kakcik. Tak payah jogging tapi dahaganya...adoiiiii aiii.....rasa macam nak telan pili bomba kat tepi jalan tu!

Uncle berkata...

Salam Mr. Sepet.

Part sama macam baba depa tu rasanya memang tepat sekalilah.....fuyooo!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Kerjasama ni diharap akan berterusan sampai bila-bila dan sampai depa besar...saya selalu berpesan pada depa yang adik-beradik kita tak ramai......jadi mestilah kita tolong menolong selalu

Uncle berkata...

Salam NR.
Masih tetap focus walaupun kadang2 rasa macam nak terbabas....focus...100X!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Menjalani ibadah puasa dengan anak-anak dan isteri adalah sesuatu yang sungguh indah bagi saya. Dah bertahun2 tak berkesempatan dan inilah satu-satunya tahun yang saya berkesempatan dari mula sampai akhir insyallah. Dalam 10 tahun lebih adalah kot...

kucingorengemok berkata...

simpati, tapi kelakar jugak, hehehe! berapa lama wiwit cuti?

PINATBATE berkata...

seronok..seronok..! saya pun ikut terjelir lidah kepenatan

Uncle berkata...

Salam KOG.
Omak aiii....WW cuti sebulan setengah!

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.........hahahahahahah

en_me berkata...

salam aidilfitri maaf zahir bathin abang uncle ittewwww.. ehehe

Uncle berkata...

Salam en_me.
amboi aiii...lama tak singgah nooo.....singgah sahur ka ni? Btw, Uncle jugak nak ucapkan selamat hari-hari raya dan maaf zahir dan batin!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...