Aku dah lama teringin sangat nak makan ataupun masak kari yang tak ber"santan". Bukan aku nak kata santan ni tak bagus....santan ni bagus kalau diambil berpada-pada dan berkala....tapi kalau makanan kita dari soup sampai kedesert ada santan dan minyak berlinang, omakk aiii...mahu tersumbat saluran darah aku! Bila aku dah masuk keperingkat umur 40-an ni aku mestilah lebih manjaga pemakanan aku. Jadi dalam kereta masa kami hantar cikgu gandhi balik rumah lepas mengajar yuya, aku ambik kesempatan bertanyakan resipi kari ni pada cikgu. Cikgu kata senang saja.....resipinya semuanya sama. Method of cooking pun serupa tapi dicadangkan aku masukkan buah badam (cashewnut) yang dah ditumbuk atau dikisar lumat kedalam rempah kari dan bahan-bahan lain masa menumis. Selain daripada tu aku disarankan menumis diced tomato sekali. Katanya ini untuk memekatkan kari tadi.
Aroma dia, jangan cakaplah..aku rasa line clear pun jealous habis tengok kari aku. Hahahahahah. Bila dah siap dan aku letak kat atas meja, Semua nak terkam bukak posa pukul 6.45pm sedangkan bukak posa hari tu pukul 7.28pm! Tu dia aih penangan kari ayam tanpa santan..tambah pulak dengan ubi kentang...pergh....super-duper habis! Perut dah berlagu, air liur dah meleleh-leleh sampai ke lantai....sabar...sabar...jangan dok buat malu kat anak-anak....Hah, ni pun satu masalah jugak. Kita dok marah kat anak-anak kita pasal tak posa sedangkan kita sendiri tak posa...amacam? Rasa-rasa pernah dengar tak benda-benda yang macam tu? Anyway, aku tahu yang kita bukan yang lagu tu...therefore, be happy!
Top left clockwise, sauteed mushroom in virgin olive oil, chicken curry w/o santan, banana lassi and salad! |
16 ulasan:
terer la uncle masak... homemade lassi tu terasa sangat sedap oleh saya yang membaca ni...
salam uncle
tadi kenapa n3 ni suku je publish hehehe
Salam Uncle.
Betul juga tu. Santan tu sekali sekala kita gantikan dgn bahan lain pun sedap jugak.
Lama aih tak dengaq orang sebut daun karipoley. La ni dok dengaq orang sebut daun kari ja.
Hebat la UNCLE. Kari Ayam malatop!
Selamat berpuasa, UNCLE.
Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...
Yooo salam Uncle dear,
Bagus bagus, dah kurangkan pengambilan santan ek:)) Nek pun dah tak perlu beli santan instant
Kena cuba ni versi kari Uncle, sebab versi Nek guna yogurt
Salam Norh.
Uncle sebenarnya memang boleh memasak tapi malas nak masak. Jadi kalau tolong2 kat dapur tu memang berminat...mood nak masak full swing belum datang lagi!
Salam Rezeki.
Yang tu tersilap masuk...cuba tengok font semua tunggang langgang...set yang lain, keluar yang lain!
Salam Azieazah.
Memang "da bomb!". Ingatkan boleh simpan sampai esok, rupanya habis sekali mengadap! Pergh.....kena buat lagi ni...
Salam NR.
Guna yoghurt pun bagus jugak....dan yoghurt jugak senang kalau nak buat sendiri! Next time memang ada hati nak buat curry with yoghurt..
salam pak cik
sambil baca pun menitik air leoqqq ahhhhhh,,,,,
tQ: luncai.
Salam Luncai.
Teringin ka?
Banana lassi
Plain Yogrt - 1cup
Water - 2cups
Banana - 1 to 2pcs
Lemon juice (optional) - 1/2 tbsp
Sugar
Honey
Ice cube
All mix togeter with blender. Itu saja!!
Pakai grapefuruits pun sedap jugak.
If use grapefruites or orange, you can cut lemon juice.
Buon appetito!
Eh chop Uncle, badam bukan ke almond?? Cepat jawappppppppppppppppp Nek nak masak kari ayam arini
Salam Aunty W.
Wow recipe terbaik...... I just feel like having maggi goreng la malam ni.....lots of vege and chicken strips.....and fruits.....and let see the result! Masak maggi ajelah yea malam ni! Hahahahahah, my special request tu!!!
Salam NR.
Alamak...eh yea kot.....2 days ago wakana buat kari bawal pulak....adoi makkk.....2 hari I makan lauk yang sama without complaint!
Pssttt Uncle salam:)
Cashew nut - buah gajus or kacang gajus
Almond - badam
Hiksss Uncle ni saja lah kasi Nek terkonfius, ish ishhhhhhh:)
Wahh Untie pun dah *naik sheikh* asik masak kari jer..ekkekee
Salam NR.
La.....saya salah ka? La ni saya pulak kompius! Hahahahahahah...
Catat Ulasan