Isnin, Ogos 08, 2011

Iftar

karipap untuk aku, kuih bakar untuk aunty dan doughnut untuk marina..

Semalam yakni hari ahad, kami cuma berbuka puasa dirumah saja. Malas nak kemana-mana. Since abang pun ada, aku rasa pasti lebih meriah. Sekarang aku mula rasa apa yang arwah mama dan bapak rasakan dulu bila anak-anak tak ada sama-sama waktu nak berbuka puasa. Aunty bersemangat menyediakan juadah berbuka. Semua orang ada permintaan sendiri. Aku nak masak lemak cili api udang, yuya nak masak lemak cili api ayam, abang pulak nak ayam goreng berempah! Itu baru 3 citarasa, kalau nanti ditambahkan pulak dengan Marina? Mahu pengsan aunty nanti! Walaupun penat berpuasa, aunty tetap laksanakan dan penuhi semua permintaan dengan sebaik mungkin. Aunty cuma makan apa yang ada saja.....

air biru untuk yuya!

Yuya tak tahu nak sebut air apa. Dia cuma cakap yang dia nak air biru. Aku pun jadi haru-biru dok mencarikan dia air biru. Nasib baik dalam banyak-banyak gerai, ada satu gerai yang menjual lebih kurang 8 jenis minuman. Termasuklah air biru ni tadi! Abang nak len chee kang dan aku nak air cincau. Bila minum, air cincau aku tak rasa apa.....cincau pun ada 2 helai saja! Setengah jam sebelum berbuka puasa, aku main bola dengan anak-anak aku kat depan rumah. Last-last Yuya complaint sebab dia dah rasa pening kepala! Masa ni aku teringat masa aku dok bersekolah dulu. Aku pun suka main-main masa dekat dengan nak azan maghrib ni. Biar sesak napas tapi masih nak jugak main. Kononnya nak test endurance la tu! Habis main, ngam-ngam masuk rumah dan lap peluh, azan berkumandang....Yuya teguk air biru sampai habis satu plastik.....aunty cuma minum apa yang ada saja...
taklah banyak pun!

Nampak saja banyak tapi sebenarnya tak banyak pun....rendang daging tu yang 2 hari lepas....hahahahahah! Yang lain-lain tu banyaknya salad saja sebab itu yang aunty dengan aku suka meratah. Aku akan makan salad dulu dan last sekali barulah aku jamah nasi. Aku terpaksa buat macam tu sebab kalau tidak aku akan jamah nasi sampai 3 pinggan! Yang ni aku ratah dulu dan bila dah kenyang barulah aku capai nasi.....fuyoo.....semangat nak kurus nih!

aku rasa marina lagi manis dari blue lemon!

Nilah dia rupa air biru yuya tu! Habis satu ampang aku ronda nak dapatkan air biru....Hari ni pun Yuya nak yang sama jugak...tapi hari ni aku akan melencong ke tempat lain pulak. Teringat kat kawan aku yang sama-sama kerja kat rkl dulu sekarang ni dah berniaga. Makanan dia pun sangat sedap untuk piawaian aku. Siang tadi aku dapat call dari sorang lagi kawan yang bagitahu kat aku bahawasanya che lat@ena dok jual laksa dan nasi tomato kat bukit indah! Masyallah....kalau lah che lat@ena yang meniaga, aku memang berani jamin yang makanan dia pasti bagus. Lagipun husband dia pun merupakan sorang "sous chef" kat rkl...ok selamat berpuasa dan berbuka nanti.....

18 ulasan:

kucingorengemok berkata...

marina memang sweet... makin besar makin nampak 'anak orang jepun'nya, hehe

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak cik

Laksa jgn makan banyak sangat nanti kembang orat hehehe, ari tu mkn
laksa leeee yg sakit belakang.

hehehe

TQ: luncai

rezeki berkata...

salam uncle

hehehe berapa kg dah turun???

saya dah 3 kg ni hehehe
tu yang seluar tahun gajah dulu pun boleh pakai balik hehehe

norh berkata...

rendang daging yang 2 hari tu la yang sedap..he he

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
bila anak minta sesuatu memang kita ni sebagai ibu dan ayah akan mencari sedapat mungkin..
Bila dah dapat... semua senyum puas...
Akak masih mengagumi Aunty..
- mendahulukan kepentingan keluarga dari kepentingan diri sendiri...
Tolong ucapkan selamat berpuasa dan berbuka pada aunty ya...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam Uncle,

KN terliur air biru yuya punya tu :)

Uncle berkata...

Salam KOG.
Kalau tengok Pak dia, lagilah "sweeeeet". Hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam Luncai.

Pi pekena laksa Che Lat tengok.....yang kat sana tu kena pukoi jauh la.........

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Tak lah banyak sangat...tu yang malas nak habag lagi tuh.....tapi hopefully dapatlah pinggang ramping bagai kerengge macam tahun85' dulu....sekitar 74kg! Fuyooo.....

Uncle berkata...

Salam Norh.
Kami suka masak kuah lebih...bukan pasai apa, nanti kalau pajeri, nenaih habeh boleh gantikan dengan teloq rebuih pulak....hahahahah!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Saya akan mencari jugak walau dimana pun...demi depa yang teringin nak makan...
Aunty sentiasa buat saya kagum dengan semua yang dia lakukan.....dan pasti saya akan sampaikan salam akak pada dia!

Uncle berkata...

Salam KN.
Saya pun sama......especially bila tengah posa ni!

Nek Rock berkata...

Ehemmmmmmmmmmmmmmmmmm:))

Keep it UP Uncle, makan salad dulu and last baru JAMAH nasi:))

Uncle berkata...

Salam NR.
Saya telan habis semua sayur yang ada...dengan batang2 dia sekali! Very nutricious!

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

semalam baru beli air kaler biru 2..mmg ssh da nk cari...hehehe..cam bdk2 pn ade gak...

-faradia-

Uncle berkata...

Salam to you faradia.
there's always some part in us that makes us a bit like a small kid. Kita serupa!You are not alone.......hahahahhahahah enjoy puasa and berbuka!

Kakzakie Purvit berkata...

Air Biru Yuya memang sedap. Kalau tempat kakak banyak ada. Pasar malam pun ada jual. tapi rasa tak tahulah sama ke tidak...:)

Baguslah uncle makan salad baru nasi. Good idea kakak should follow tapi mesti tak bolehlah. Hehehe....

Uncle berkata...

Salam Kak.
Bila dah start jumpa tu, la ni kat mana2 dok nampak air biru! Semalam pergi pasar ramadan kat Kpg Pandan....amboi...lagi meriah! Idea makan salad dulu tu memang baik kak....last2 saya makan nasi tak sampai secawan.....the beauty is, esoknya pi toilet pun senang! Hahahahahah 2 in 1!!!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...