Rabu, Ogos 17, 2011

pokok cabai ada kaler

Masa aku kecik-kecik dan duduk kat brown garden penang dulu, arwah mama ada sorang pembantu. Dia cuma mai bantu basuh kain sebab mama tak larat nak cuci kain untuk anak-anak dia seramai 6 orang especially yang last sekali yang macam "jemuan" tu! Pembantu ni aku tak tahu apa nama dia tapi aku panggil dia "achee". Ni achee berbangsa india muslim dan bukannya short form dari "archibald" ka apa....Achee dok mai 3 kali seminggu untuk cuci kain dan setiap kali dia mai, dia akan usung sekali 2 orang anak-anak dia yang masih kecik waktu tu. Sorang pompuan dan sorang jantan. Anak pompuan dia, aku lupa nama tapi anak jantan dia Achee panggil "minah cabai". Aku tak tahu pasal apa dia panggil dengan nama yang sangat commercial tu tapi yang tu lah nama yang aku ingat sampai la ni....Katanya orang-orang lama Taman Saadon, minah cabai la ni dah jadi polis pangkat besar dan ada kat penang lagi. Manakala Achee pulak, aku tak tahu cerita tapi aku doakan depa bahagia dan terpelihara selalu. Achee ni lah yang selalu dok cerita kat mama pasai kari, parpu, darrcha, masalodeyy, tairu dan lain-lain dan aku rasa kemahiran mama dalam dok masak kari ni pun atas sedikit sumbangan dari Achee......


pokok cabai kaler blind..

Kat belakang dapur aku, ada aku tanam pokok bendi sebanyak 7 batang, karapoley yang tak naik-naik sampai la ni sebatang, cabai sebatang, pandan sebatang serai serumpun. Pokok bendi aku memang sexy......tak padan kecik dah berbunga cantik dan berdaun hijau lebat....buah baru keluar 2 hari lepas...aku tambah semangat nak siram pokok setiap pagi. Bayangkankan lah bila aku bukak tingkap dapur, berderet pokok-pokok aku yang tengah berbuah tu macam "greet" aku pagi-pagi! Best kan? Tapi yang tak bestnya, pagi kelmarin masa aku bukak tingkap dapur, aku perasan yang kacang bendi aku dah hilang....dan ada kesan-kesan dicuri penyamun...bendi yang sexy tu dah terbelah dengan biji-biji bertabur kat tepi longkang. Aku ambik bowl, aku kutip biji-biji bendi yang bertaburan tu. Sedih aku. Lepas kutip aku simpan untuk aku semai tambah pokok bendi lagi. Pagi ni pun serupa jugak! Satu lagi bendi sexy aku kena rembat! Biji bertaburan kat tepi longkang. Pergh.....hangin! Jiran aku kata kat tepi rumah aku memang ada banyak tupai jadi mungkin bendi-bendi aku kena rembat dengan tupai! Ishhhh tupai ni...nak kena sumpit ni......

ni kat dalam hutan lipur mana tah, aku lupa..

Aku tiba-tiba jadi seronok macam dok naik "syeikh" ambik gambar hitam-putih. Cantik dan nampak classic. Satu persatu aku cari untuk aku jadikan modal untuk ambik gambar. Last-last jumpa daun kering yang jatuh bertaburan kat tepi rumah. Pada pandangan mata kasar orang lain, daun-daun tu mungkin tak ada apa-apa nilai. Tapi bagi aku yang tiba-tiba jadi minat ambik gambar ni, daun-daun tu semua ada life yang aku tak tahu nak terjemahkan macamana. Ada nilai commercial yang cuma aku tahu dan jugak susah aku nak cerita kat orang. Samalah macam aku pi museum blanco di bali tempohari. Kebanyakan lukisan yang ada adalah samada tanpa pakain ataupun cuma separa berbaju. Lama aku melangut dan belek. Belekan yang bukan bernafsu tapi ......adoi aaiiii macamana aku nak cerita ni? Yang reti dan paham aku cumalah Van Gogh, Michaelangelo dll saja. Payah nak gambarkan dengan tulisan. Kalau kat malaysia ni mungkin arwah datuk ib saja yang boleh baca minda aku....hahahahahahahah.....

kat tepi tu ada sungai...kelas...

Aku sebenarnya nak ambik gambar semut tengah berjalan....tapi aku tunggu punya tunggu dia tak mahu jalan. Puas aku usik. Tapi kalau dia jalan, punyalah cepat. Tak dan aku nak ikut! Satu lagi aku suka ambik gambar sungai. Mungkin bila aku dah ada kamera yang tera sikit, aku nak usung pi "shrimppaste hill" kat belakang rumah aku tu...situ banyak daun...situ banyak semut.....monyet pun ada....ular albino pun ada! Mungkin aku tak perasan yang kat tempat tu mungkin "T-Rex" pun ada.....hahahahahahahah!




18 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Dah habislah bendi tu kena kebas ya? Tak sempat la nak rebus dan makan dengan sambal belacan di tepi Bukit Belacan. :)

Nek Rock berkata...

Aik Uncle dah *naik sheikh* ngan segala daun2 fulak..kekekekee

Mmm mungkin utk menghilangkan dari memikir apa aku nak makan waktu berbuka nanti, Uncle focus ke lain ek, lalalalala

Kakzakie Purvit berkata...

Uncle duit banyak nak buat apa? Belilah dslr yg baik. Minat dah ada. Sambil tu teropong tupai mana yg songlap bendi uncle tu. Kakak bimbang tupai kaki dua kepala hitam...:)

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Adoi terseksa batin saya tengok bendi saya kena rembat....lama jugak nak semai bijik dia.....bila tanam, lama jugak nak tumbuh...last2 bendi kena curi...tak angin ka?

Uncle berkata...

Salam NR.
Focus masih tetap...iman pun masih tetap...hahahahahahahah.....

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
DSLR? Pergh.....part banyak duit yang tak tahan tu...anyway, nanti saya collect duit raya...hahahahah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle,

Hehehe....haaih naik syeikh pulok daahh...

rezeki berkata...

kalau lepas masak bendi tu jadi black and white, memang handal chef nya hehehe

Granny Hani berkata...

Sabarrrr...nanti Di gandakan rezeki,insyaAllah..Suka tgok photo black n white gitu.

Uncle berkata...

Salam KN.
Memang dok naik syeikh ni pasai bendi tu nak masak kari nanti! Ni tiap2 pagi saya dok jengok tengok...kalau dapat memang saya buat masak kicap tupai tu....siap letak bendi lagi!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Yang akan jadi kalau bendi tu terbakar rentung...hahahahahahah. So, amacam puasa? Bila nak datang KL?

Uncle berkata...

Salam Hani.
Thanks for visiting. Uncle pun lately suka sangat debgan B&W photos.....retro sikit kot!

norh berkata...

pokok karapoley saya dah nak setinggi saya..he he he

Uncle berkata...

Salam Norh.
Tu dia aih.....tapi sungguh...ada saya cerita dalam entry terdahulu, pokok karapoley saya kat melaka dulu pun memang tinggi dan saya boleh panjat duduk atas pokok sambil tengok budak2 henry gurney main band lalu kat keliling rumah!

rezeki berkata...

uncle

puasa alhamdulillah,

balik kl 2 hari sebelum raya kot, pagi mcm biasa raya kat kl , petang raya berdesup raya kat muar pulak hehehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Call lah bila ada kat KL nanti yea...mana tahu kalau sama2 tak berlari sana-sini, boleh kita pekena teyy...err, lepas bukak posa lah!

azieazah berkata...

Minah Cabai? walaaaaaa.. namaaa!

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Memang nama dulu Minah Cabai. La ni dah jadi inspector! Hahahahahahah...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...