Khamis, September 01, 2011

Horey-horey Raya!

aku dan anak teruna, aku jealous sebab dia makan tapi tak gemuk!
Aku terkangkang lepas beraya sakan di rumah majikan aku. Makan dan makan bagai esok dah kena catu! Ni lah manusia yang lupa dunia! Lepas makan banyak nak mampus, aku menyesal tak sudah sebab seluar yankee aku ketat.....baju slim fit aku dah tak fit......hahahahahahah tak pa, 1-2 hari saja tu...esok aku strict diet lah balik! Mungkin deepavali nanti aku boleh pakai balik baju raya....tu pun raya jugak...1Malaysia...hahahahhah

3 teruna idaman...hahahahhah...

Dah besar rupanya anak-anak teruna aku. Banyak topik perbualan yang kami dah boleh share...."men's talk!". Seronok rasanya bila abang dan yuya mula "open" sikit dengan aku dan banyak bercerita pasal teman-teman depa. Tak lupa aku selalu berpesan agar pegangan kita tak dilupakan dan pelajaran sangat-sangat penting. Selain daripada BOLA! My motto remains....."WORK HARD, PLAY HARD!" Good luck boys!

pergh...sunway parade

Budak kecik yang buat aku hampir-hampir terbabas langgar lampu merah tiap-tiap hari sebab teringatkan dia setiap saat! Aku sayangkan anak gadis aku......aku jugak sayangkan anak-anak teruna aku! Jadilah anak-anak yang baik dan mampu berbakti kepada nusa dan bangsa......(patriotic sikit sebab coincide dengan merdeka!)

aku cair...walaupun tiap2 hari dia buat pasal...
Bab syahdu bila sayang aku cium tangan dan terus mintak duit raya tanpa mengulang skrip cliche...."maaf zahir dan batin..." hahahahahah
QPR? Hmmmmm...

Macamana nak bawak abang ke QPR? He has to go.....he has to do it.....to abang, papa nak pesan, "IMPOSSIBLE IS NOTHING!"

main gasing...

Gasing sekarang dah moden....tak sama dengan gasing pokok jambu aku tahun 1977. Masa tu habispokok jambu Mak Kiss aku hilang.....aku panggil Mak Kiss sebab belakang kereta dia ada sticker "YOU KISS YOU PAY". Hahahahahahahahah dan sampai kesudah aku tak ingat nama dia.ni..Mak Kiss ajar aku mengaji masa kat henry gurney dulu!

nak raya!

Anak-anak aku mengamuk sakan....habis batang penyapu patah 2! Aku kena beli lagi 2!

asam pedas raya!

Asam pedas ayam yang buat semua orang terbongkang pada hari raya ke 3! Melaka pun kalah......

muka sembab sebab kenyang asam pedas!

Aku cakap dah....in fact hari tu depa makan 2 round! Sekali sebelum swimming dan sekali lepas swimming! Errr, termasuklah "yours truly!"

kerabu kacang botoi
.Ini pulak kerabu. Siap hantar kat neighbour...terkejut beruk depa!

18 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Shah...

Selamat hari raya. :)

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Selamat hari raya maaf zahir dan batin juga pada kakcik dan keluarga....semoga berbahagia nooo!

hani@debumelukut berkata...

seronok baca stail penulisan Uncle.Santai gitu. By the way, the 'Asam Pedas' looks so yummy.tahniah pada yg memasak.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

awat tak hantar keranu tu ke rumah KN!

Ibu n Abah berkata...

selamat hari raya uncle....

Uncle berkata...

Salam Hani.
Thanks for reading cerita2 merapu Uncle. Hahahahah...the asam pedas was so so yummy sampai tak bersisa! How's your raya?

Uncle berkata...

Salam KN.
Reason for not sending you the kerabu is because I want you to come and sample the freshly made kerabu at my tiny house...........hahahahahaha, how's that?

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Selamat hari raya jugak pada anda sekeluarga....kesihtan harus diutamakan......maaf zahir dan batin!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle, selamat hari raya maaf zaher baten
apa habaq uncle...
waduh lawa baju marina gegurl ni
uncle raya kat mana taun ni...
tu dia anak teruna ...abang maintain na
kim salam kat untie na uncle

Aunty W berkata...

Raya raya raya! I pun dah naik 3kg only for 3days! OMG...
Okaylah we start diet sama2, kan?
Tapi ada request masak kari ikan bawal pd hari ahad ni...

Uncle berkata...

Salam Dila.
Baju Marina, aunty W yang buat. Uncle nampak pun cantik sebab aunty W buat dengan tekun.....
uncle tahun ni beraya kat ampang saja. Tak ke mana-mana....nak balik penang mama dengan bapak dah meninggal. So rumah tu kosong. Tapi insyAllah Uncle akan balik Penang jugak nanti...

Uncle berkata...

Salam aunty W.
Huh? 3 Kilo? Why so much? What did you eat? Hahahahahahahah...errr, sama lah kita kan.....anyway, from today onwards I am on diet. Btw, sunday lunch don't forget my "kari bawal!!!" Hahahahahahahahahah...

rezeki berkata...

salam lebaran uncle and family


hehehe saya maintain je berat , next week pulun seminggu puasa 6

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
saya baru nak start maintain balik and slowly but surely reduce. Another 3-4 kilos will be just nice for me before start toning again! Hahahahahah.....angan2.....

cikcloudy berkata...

salam singgah.. menariks

Uncle berkata...

Salam cikcloudy.
thanks for the singgah.....will singgah your house too!

Rina Hakimah berkata...

Salam "Uncle"... So happy to see you & family celebrate Raya together..finally!
Rina, Brunei

Uncle berkata...

Salam Rina.
Amboi lama sungguh tak dengar cerita....oh yes...finally we got it!

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...