Jumaat, September 23, 2011

Jangan nak kelentong!


Back to VI on Sunday

Kami sekeluarga selalu menunggu-nunggu hari Jumaat. Selain daripada bersemangat untuk kerja dan pergi sembahyang Jumaat, jugak sebab abang akan balik ke rumah pada petang tu. Kalau abang ada training bola, dia akan balik dalam pukul 6 atau 7 petang. Kalau tak ada training bola, pukul 3 dah siap terpacak kat depan pintu rumah. Malam tu pulak tentulah riuh-rendah dengan suara depa 3 beranak samada bergelak-ketawa ataupun bergaduh sakan! Btw, boot abang koyak-rabak lagi...baru beli 2 bulan sudah!!!

Aunty ada bagitahu aku beberapa bulan yang lepas yang abang nampak sedikit malas bila nak balik ke asrama. Ada saja alasan yang dicari. Tak sihat lah. Kawan-kawan tak best lah...prefect suruh pakai baju tu tapi abang tak ada baju tu lah dan pelbagai alasan lagi yang pada aku sengaja dibuat-buat untuk melengah-lengahkan kepulangan ke asrama. Aku tahu perasaan abang bila nak balik ke sana. Ada pulak tengah-tengah minggu pun dia talipon suruh ambik dia kat asrama sebab badan tiba-tiba rasa panas. Aku tahu semua "tactic" ni lalu aku ambik langkah pemulihan dengan cepat. Aku confront abang terus. But of course bersemuka dengan abang. Walaupun abang baru berusia 13 tahun tapi aku rasa dia suka kalau dilayan seperti remaja-remaja lain. Lebih kepada percakapan orang dewasa, aku mula berecerita pasal aku di SDAR dulu. Macamana perasaan yang sama selalu menghantui aku bilamana aku pulang ke seremban....aku jugak bercerita kat abang yang abang haruslah cepat menyesuaikan keadaan. Jangan duduk bersendirian sebab nanti mula datang rindu untuk balik ke rumah. Bergaullah secara sihat. Banyak bertemu rakan-rakan, mula dengan belajar berkumpulan...sedikit demi sedikit semua perasaan negatif tadi akan terhakis. Pelan-pelan abang angguk kepala....Nah, sekarang ni abang sudah tak bersuara negatif lagi. Hari Jumaat abang pulang dengan ceria dan hari Ahad pulang ke asrama juga dengan wajah happy!Aku tahulah semua tu...pasal aku sendiri dah lalui! Jangan nak kelentong!


Samalah macam aku dulu pada tahun 1981. Masa nak balik ke rumah daripada asrama, aku dah siap plan seminggu...tapi bila nak balik semula keasrama, adoi mak.....terasa sayu semacam. Kaki ni rasa berat nak jalan. Hati pulak teringin nak duduk lama lagi kat rumah! Perkara semacam ni lah yang membuatkan aku cuba mencari sebanyak alasan yang mungin untuk melengah-lengahkan kepulangan aku aku keasrama. Ada saja reason yang akan aku bagi. Badan tak sihat lah....itulah...inilah...Beberapa bulan yang lepas, aunty ada bagitahu aku yang abang selalu tak sihat badan dan tak nak balik ke asrama. Ada lah 2-3 kali dia bagitahu kat aku. Aku diam tapi kepala otak aku dok ligat berpusing. Pikir balik apakah ini "syndrom" yang serupa yang aku alami dulu masa tahun 81......Ada kemungkinan. Perkara semacam ni bukanlah sesuatu yang tidak baik. Ini cumalah "syndrom rindu". Rindu pada kedua papa dan mama. Rindu pada adik-adik. Rindu pada bantal dan tilam sendiri (walaupun 3 bulan tak cuci dan jemur!). Rindu pada ambiance dan environment yang sama. Selain daripada sedikit rasa "insecure" bila berada didalam lingkungan teman-teman yang baru.




Tempat abang buat masa ni

Yuya's burger!

Yuya kuat makan jugak. At one time, selera makan dia lebih daripada aku. Aku heran tengok dia makan. Dia heran jugak pasal apa tak kenyang-kenyang! Aku cakap ada cacing dalam perut.....Yuya gelak mengekek-ngekek tak percaya kat aku! Dia boleh makan 9-10 kali sehari dengan sebahagian daripadanya "full meal". Pergh.....biar betul ni! Dia cakap dia makan nasi lemak kat sekolah. Makan menatang lain pulak kat sekolah ugama. Balik rumah makan nasi sampai berpinggan-pinggan. Waaahhh....aku dah susah hati. Aku dengan aunty ada berbincang pasal perkara ni. Pada orang lain, memang depa ambik mudah. Tapi pada kami berdua, kami nak depa panjang umur....memanglah orang akan kata "ajal maut ditangan tuhan..." Tapi aku rasa kalau kita boleh jaga kesihatan dan penampilan kita, kenapa tak jaga? But anyway, pelan-pelan aunty tukarkan menu. Gula dikurangkan. Minyak dikurangkan. Santan dikurangkan (itulah pasal kari aku tak ada santan la ni!). Semuanya dibuat semata-mata untuk menjaga kesihatan anak-anak.Waktu makan pulak telah ditekankan supaya makan pada waktu yang betul. Kalau dinner pukul 7 malam, tiap-tiap hari kena makan time tu dan tak boleh skip. Kalau skip pukul 7 rasa lapar akan datang pukul 10 malam. Bila datang pukul 10 malam, lagi lah kita melahap. Selalunya double. Semua ini diceritakan pada Yuya. Yuya paham. Lama-kelamaan, Yuya dah boleh control dan la ni kembali ke weight yang sepatutnya untuk kanak-kanak berumur 10 tahun. Berat dah kurang tapi "drama" Yuya terus lebih hebat!

Last Wednesday dia ada training sukan kat sekolah. Excited habis nak masuk lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan acara lumba-lari. Sedar-sedar pukul 12, aunty bagitahu cikgu suruh datang pikap Yuya sebab cedera belakang akibat tersalah landing acara lompat jauh. Aunty kalut pi ambik Yuya. Masa malam tu aku balik, Yuya complaint kat aku yang dia sakit belakang. Aik...sama macam aku! Aku bagitahua kat Yuya kalau macam tu, esok (khamis) tak boleh lah ikut lawatan sekolah ke Putrajaya! Yuya jeling kat aku dan 10 minit lepas tu dia jalan pi balik-pi balik dan bisik kat telinga aku yang dia tiba-tiba rasa sihat!!! Malam tadi masa aku balik kerja, aunty sms aku yang dia nak bawak Yuya ke clinic sebab tak sihat. Dalam hati aku dok kata....last week depa cuti dari Jumaat sampai Ahad....minggu ni Yuya mesti dok try something new.....and true enough, hari ni dia dapat mc....Walaumacamanapun "jangan nak kelentong...". Semuanya dalam poket aku....! Jadi pada kamu semua, Papa nak pesan satu perkara....waalau apapun kita buat, walau dalam apa situasi sekalipun, ".......jangan nak kelentong...!". Papa tahu sebab Papa dah buat lagu tu dulu.....hahahahahahah!

Y.U.N.A (yuya and marina) pizza special!


36 ulasan:

kakcik berkata...

Ke mana tumpahnya kuah.... ;-)

rezeki berkata...

salam uncle



hehehehhehehehheh



sebelum depa buat , kita dah buat dah lagu tu dulu heheheheheheh

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Part tu yang seronok tu. Depa try nak kelentong kita tapi depa lupa kita lagi kuat kelentong!!! Hahahahahah.....

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Saya pasti yang Rezeki pun serupa!!!!! Haahahahahah..."jangan nak kelentong!"

azieazah berkata...

Kawan saya pernah cakap, “jangan nak mohong pada si kaki menipu nih.”

hahahaah lebih kurang macam citer Uncle ler.

Tapi cara mengendalikan masalah emosi anak-anak memang tepat. Lain anak lain cara. Kita parents jer yang faham.

Anak-anak lelaki biasanya kuat makan sebab banyak xtvt. Tapi kalu dah sampai 9,10x makan tu dah pelik sangat tu.

Silap2 orang kata bela hantu raya plak! hahahahahaha

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Saya setuju dengan pendapat AA yakni setiap anak mempunyai character tersendiri dan cara mengendalinya juga lain.

Pasal Yuya tu memang sangat mengejutkan....rasanya cfm kot ada hantu raya! Hahahahahahah!

Ibu n Abah berkata...

uncle...
bila anak2 cuba nak kelentong.. kita sebagai ibubapa yg pernah buat kelentong yg sama... rasa best sangat kan.. dalam hati kita 'budak ni ingat kita terus jadi tua macamni... baik dan tak pernah buat apa yg depa buat...'
bila kita huraikan kelentong depa.. depa punyalah terkejut macam kita tgk cctv perangai depa... part tu yang rasa seronok sangat jadi ibubapa... Kita boleh senyum semula dan rasa 'hehehe... nasib baik masa kecik dulu kita pun kuat kelentong...'

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Hihihi...sejarah berulang!

PINATBATE berkata...

jangan dok klentong naaa!

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle, amboiii malas nak angkat kaki balik asrama dulu-dulu ya..someone told me...kalau kat rumah mak tok, eh ye ke mak tok?...dari jauh mereka dah cam bunyi tapak kaki uncle...hihihi...(jangan marah..anda marah? nanti kena jual...)

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,

bace entry uncle teringat masa blaja kat STPM (sek. men tingi(p) melaka)..dari tingkatan 1-4 mmg sentiasa cari jalan nak cuti lame kat umah..mase 2 astro baru pasang...mtv plak byk cte best..(im a tv addict)..hehehhee...tp klu dok hostel lebih dari 3 minggu...mingu depan 2 mesti demam...demam wndu umah....hehehe...pas2 bile time prep petang...nk gelak ngatok mula la cari alasan aktiviti padang kat sekolah....hehehehe...tp satu best yer dok asrama ni..kita akan blaja bagaimana menangani masalah perangai manusia...so bila da abis sekolah...xde la terkejut sangat bila da keje nanti...heheheehe..

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
Depa kata Yuya tu "replica" saya! Part tu yang saya dok risau sangat2 ni...hahahahahahah!

Uncle berkata...

Salam KN.
Amboi...."...sejarah berulang..." ya...macam lagu SLAM!

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Tu lah dia...depa ingat kita tak tao ka....hahahahah

Uncle berkata...

Salam LW.
Amboi...sapa lah yang buat fitnah tuh.......zalim sungguh depa....tsk-tsk-tsk!

Uncle berkata...

Salam Faradia.
La...cheq dari STPM ka? Adoiiiii...Uncle ada kenai lah sorang budak dari STPM tu dulu...alaaaa zaman skolah.....hahahahahahah!

Tanpa Nama berkata...

w's uncle,

scandal uncle ke kat stpm tue?...hahahahahhaa....standard...kteorg pn byk knal bdk hostel lain...espcially time karnival asrama....hehehehehhe

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
Itu semua kawan-kawan yang kononnya nak bertukar2 kertas periksa........fuyooo!

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

sokong kenyataan kakcik pada awal komen! hahahahahahahahahaha!

Uncle berkata...

Salam Lutfi.
Yang elok2 saja biar tumpah.....hahahahah...

Tanpa Nama berkata...

w's uncle,

jawapan standard cover baik punye....hahahahahahahah....gelak besar saya bile bace jawapan ucle...itu ayat permulaan...hahahahahaha

-faradia-

mr. sepet.. berkata...

lagu pak, lagu anak.. sempoi.. hakhakhak..

Uncle berkata...

Salam faradia.
on a serious note, did you realise that back in 83(SRP) and 85 (SPM), no giliran SDAR adalah sama dengan STF.....Betul atau tidak, Uncle tak tahu tapi my friend Manimaran pun dapat marka dari sana pakai nombor giliran.....hahahahahahah!

Uncle berkata...

Salam Pet.
sedondon........

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,


erm...xtau...sb 85 saya baru lahir....heheehheee...but yes..we like to xchange exam papers...menambah ilmu pengetahuan....


-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia...
Time Uncle memang genuine tukar exam papers....time fara? Hahahahahahah!

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,


my time...erm...saling tukar strategi?...hehehehehe(new words for tkar exam paper)hahahahaha...mule2 tkar xm paper..pas2 tkar alamat..pas2 tkar nub umah....mase 2 mane ade hp lg...bila da tingkatan 3-5 baru ade..mase sape ade hp kire mmg anak org kaya la...hehehe

-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
amboih dah ada hp? Masa time Uncle dok berchenta, masih lagi tuleh surat......fuyoo....

faradia berkata...

w's uncle,

xde la mase 2 xpkai lg...bila datang kl baru pkai...snang parents nk spotcheck...hehehehehe..tradisi menulis surat masih di teruskan...ade kawan2 siap menyamar tukar nama pompuan...takut warden rampas surat...hahahahaha


-faradia-

Uncle berkata...

Salam Faradia.
Currently where are you? Kadang2 Uncle tak terpikir yang dulu tak ada computer tapi masih boleh berhubung!

faradia berkata...

w's uncle,

kan?...dlu ok je xde tenet....xde hp..ok je...hidup je...hehehehe...fara skang kat shah alam..kerja n blaja...uncle kerja mane?...fara confuse...sb setiap entry lain2 tempat kerja..kejap kat langkawi..kejap kl..kejap bali...ke fara yg confuse?heheehhe.....

Uncle berkata...

Salam Faradia.
FYI, Uncle kerja di saudi yakni madinah selama 1 tahun sebelum berangkat dan bekerja di mekah selama 2 tahun. Hotel Al Safwah adalah yang terhampir dengan masjidil haram pintu king abdul aziz dan dari tingkap bilik uncle pun, kita boleh nampak kaabah. itulah dekatnya tempat uncle dan haram. Kemudian uncle dapat offer di langkawi 2 years ago dan itu peluang untuk uncle pulang ke keluarga dan mama uncle passed away after 4 months I came back! Semasa di langkawi uncle dapat offer dari satu company nuk head the hospitality division based in kl. Kami jugak ada plan untuk bukak di bali. Nah makanya, uncle selalu berulang ke bali dan balik kl untuk report the progress. My office is in bangsar now. Hope that Fara tak confuse lagi!!!

faradia berkata...

w's uncle,

part kerja kat mekah n madinah tue mmg xconfuse...yg lain2 tue..ok da faham..wah best la dapat office kat bangsar..da dekat ngan ampang...hehehehe

Uncle berkata...

Salam Fara (if I may call you fara). Sorry pasal nama tu reminds me of my one year junior (btw, dia lelaki tapi nama fara!) who used to play rugby together with me but unfortunately met an accident and died....

Anyway, on a lighter note, yes...convenietly located....and very close to Lady Windsor!( if she reads this!!!) hahahahahah!

faradia berkata...

w's uncle,

yes u may...its easier...sory to hear that...and for ur info...im a bit boyish....hahahaha...kerja pn dalam department lelaki...fara sorg je gegirl...hehhehhe...i believe she is...hehehehe

Uncle berkata...

Salam Fara.
It doesn't matter. Keep in touch and hopefully one day we'll meet. If you happen to be in bangsar, do let me know!!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...