Khamis, September 15, 2011

Pokok Buluh/15454

bamboo garden at the back...

Masa aku kecik dulu, banyak pokok-pokok buluh yang hidup liar dalam perjalanan aku nak ke bukit botak. Petang-petang bila aku nak ke anak sungai di bawah bukit botak tu, aku akan lalu dikawasan pokok-pokok buluh yang tumbuh liar. Ada sorang pakcik yang selalu aku nampak, kayuh basikal dengan pelantar kosong, tapi bila dia balik, pelantar dia penuh dengan anak-anak pokok buluh yang masih kecik. Lama-kelamaan baru aku tahu yang pakcik tu pi ambik rebung yang memang tumbuh dengan melata! Aku pun selalu jugak pi kat kawasan buluh tu. Bukan untuk ambik rebung tapi semata-mata nak tebang buluh untuk dibuat sejenis permainan yang dipanggil "cak-pong". La ni aku rasa dah ramai orang yang tak tahu perihal permainan kampung ni. Tapi ada sekali tu aku dok menonton satu rancangan TV dan tiba-tiba ada satu program permainan yang hampir-hampir pupus cuba dibangunkan semula oleh masyarakat setempat di kampung tu. Aku jadi terpegun dengan documentary tu. Ni betul-betul mengingatkan aku pada tahun 74 dan 75 dulu! Depa panggil dengan nama lain tapi endingnya tetap ada "pong" kalau tak silap aku. Di kampung mana depa main, aku dah lupa sama-sekali!


behind the kitchen..

Bila semangat aku nak menanam bermula, aku akan jadi tak sabar nak tengok result dia. Aku tanam pokok bendi sebanyak 5 pokok dan kesemua 5-5 pokok tu naik. Bila dia mula berbunga, hati aku pun tumpang berbunga! Seronok tak terhingga melihatkan hasil tangan sendiri yang mula mendatangkan hasil. Bangga sambil kembang-kembang hidung! 2-3 hari ni, aku cuma dok meratah bendi yang aku tanam sendiri kat belakang dapur hotel. Tiap pagi aku akan siram dan buang rumput-rumput lama. Semai yang baru dan tunggu depa tumbuh. It gives me great pleasure!

i love bamboo..

2-3 malam yang lepas, aku baru nak masuk tidur lepas menonton program korea yang sangat mengasyikkan. Actually dulu aku heran pasai apa KL aku selalu tengok program korea dan la ni aku dah mula paham walaupun aku bukannya tengok drama depa tapi documentary dan jugak entertainment program korea. Bagi aku sangat menarik! Baru aku mula tutup tv dan bergerak nak masuk ke bilik, tiba-tiba lampu semua terpadam. Adoii.....not at this time!!!! Bila dah tengah malam baru dia buat gila terputus bekalan letrik! Aku tak risau untuk aku tapi risaukan Marina dan Yuya! Aku bingkas bangun dan menuju ke talipon lalu mendial 15454. Operator mangangkat dengan sopan dan particular aku dicatat. Pompuan tu kata dia akan hantar orang check punca kerosakan. Lepas 20 minit, aku talipon untuk mengetahui status pembaikan. Depa kata dah jumpa punca masalah dan akan mengambil maksimum 2 jam untuk baiki. Tapi cuma selepas lagi 20 minit, letrik dah kembali normal. Aku kagum dan berbangga dengan sikap professional depa. Cuma satu yang aku terkilan sebab aku tak sempat bagitahu depa yang letrik dah kembali normal dan ucapkan terimakasih kerana response depa yang sangat cepat! Kudos to TNB!. I should have called them just to inform....issyyy aku ni.....

bunga apa ni?

2-3 hari ni pulak, petang masa aku nak balik kerja saja mesti hujan...hujan pulak bukannya kecik anak! Ni hujan siap dengan ribut sekali. Habis patah tiang-tiang lampu jalan. Jenoh staff aku dok talipon suruh depa pasang balik tiang lampu dsbnya! So far alhamdulillah...the responce sangatlah efficient.

sinilah michelle yeoh dok lompat dalam "crouching tiger"

Dulu aku ada bercakap dengan sorang jemaah dari seberang tambak yang asal sebenarnya ialah dari Malaysia. Dia tanya aku dari mana? Aku kata yang aku dari Kuala Lumpur...jadi dalam ralit bersembang tu aku ada bertanya kat dia samada dia nak kembali ke Malaysia menghabiskan sisa-sisa hidup dia kat tanah tumpah darah dia sendiri......Dia kata mungkin tidak.....aku terus bertanya, kenapa tidak? Dia jawab, "Malaysia selalu letrik terputus.....". Aku sedih..........

16 ulasan:

azieazah berkata...

Masa kecik dulu, kami ada satu rimbun buluh kat tepi rumah. Memang popular dan ramai orang dok mintak nak buat batang mengai.

Tapi kami masa kecik takut nak lalu situ senja-senja sebab mak dok gempaq kata kat rimbun buluh tu selalu ada hantu!

Tapi Rebung Madu buat Gulai dengan Daging Cencang, sedap Uncle!!

norh berkata...

teringat halaman rumah saya..dah naik hutan..esok baru tukang kebun nak mai (tahap tak boleh buat sendiri dah ni)..ha ha

Lady Windsor berkata...

salam uncle, apa khabar? uncle kat mana sekarang? kali terakhir saya dapat tahu uncle di langkawi? dah pindah ke?

saya baru terjumpa uncle di sini...okeh, selamat hari raya untuk uncle sekeluarga

rezeki berkata...

salam uncle

kalau kat bandar tindakan mereka jika terputus bekalan lektrik mmg cepat, tapi kalau saya yang kat tepi hutan ni yang kekadang 1-2 kali setiap bulan terputus bekalan letrik mau makan 3-4 jam hehehe

yang tak tahan tu blackout selalu waktu malam bila time waktu puncak hehehe

mmg tak boleh tidur le hehehe
apa nak buat

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Kerana letrik selalu putus pun tak nak balik tinggal kat malaysia yer..sedih, hampa dengan cakap orang yang mcam tu..masalah kecil sgt...bukannya tak ada letrik..Banyak perkara dan benda lain yang sangat baik di Malaysia ni..kann..

Uncle berkata...

Salam Azieazah.
Depa mintak nak buat batang mengai? Hahahahah...sounds familiar! Saya pon sama.....

Btw, awat nama dia Rebung MADU? Takdak nama rebung lain ka? Rebung DARA ka? Rebung TERONA ka???????

Uncle berkata...

Salam Norh.
Rajin lah tu......rajin panggey orang mai tebang!!! hahhahahahahah....saya pon lagu tuh! "You are not alone...."(ikot lenggok lagu MJ!)

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.
Amboi...Uncle ingatkan adik-beradik Lady Gaga! Thanks for reading. Currently I am in Bangsar sebelum berangkat ke Bali lagi soon! Langkawi dah tinggal kenangan! Drop by for a cup of coffee, call me!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Lain kali pakai generator kat tepi hutan tuh....hahahahahah...waktu puncak? Waktu puncak tu boleh tukar....hahahahahah....

Uncle berkata...

Salam Nadz.
Memang saya pun sedih bila dia kata lagu tuh.....tapi saya tibai dia balik walaupun kami berada di mekah waktu tu!

Lady Windsor berkata...

Oopss...u in bangsar? Y don't u buzz..u know I'm in jalan riong...okeh in case tersesat, Mai pekena pull tea aar.. lady gaga is my kakak tiri...mwahahaha!

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor!
OMG! What a small world..... don't tell me that you are with enn-esss-teee or bee-hehshhh! My office is in jalan maarof. Tepi jalan dekat Mandagi (tukang jahit baju tu!). Ingatkan isnin atau selasa nak ke floristika....hahahahahahah...amacam dah dekat kan? LW, my number is 016-2417 321.....just call whenever you feel like calling....

Lady Windsor berkata...

Salam uncle..hihi..yeahh what a small bangsar meh...owh itu mandagi ker? i kat bucu floristika jer...okeh will roger u then..hv a nice day!

Uncle berkata...

Salam Lady Windsor.
Great...let me know!

mr. sepet.. berkata...

nk men capelom jgk..!!

http://red73738.blogspot.com/2011/08/dubai-voyage_503.html

Uncle berkata...

Salam Pet.
Cheq ingat jugak ka.....

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...