Sabtu, Disember 03, 2011

Hubungan di tempat kerja..


Minggu lepas aku berkesempatan membawa anak-anak aku dan aunty berjalan-jalan kat The Gardens. Aku dah lama tak kesana, mahu bertahun jugak kali terakhir aku menginjakkan kaki disitu. Dulu TG pun belum ada lagi kalau tak salah aku dan yang ada cumalah Mid Valley. Yang buat aku malas nak ke MV tu ialah untuk masuk dan untuk parking. Selain itu aku jadi letih berjalan dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Oleh kerana letih nak berjalan pergi dan balik, makanya aku lebih gemar ke KLCC yang bagi aku untuk berjalan kat situ aku cuma perlu naik dan turun saja! 



Seronok bawak anak-anak berjalan sebab banyak kerenah depa yang dapat aku lihat. Sorang nak yang itu, sorang lagi nak yang ini dan satu lagi nak benda lain pulak....last sekali kami bersetuju pergi makan kat food court di robinsons...lega sebab banyak pilihan selain daripada tempatnya yang bersih! Ada makanan Iran, ada makanan Jepun, ada makanan Korea, ada macam-macam jenis makanan yang kita cuma perlu pilih saja dan bayar!


Kesempatan yang sebegini aku rasa sangat healthy untuk aku melepaskan stress yang sentiasa ada dimana-mana. Nahh...inilah yang aku nak bagitahu. Cerita sikit tentang perkara ni. Dalam entry yang lepas-lepas ada aku bagitahu yang aku akan bercerita sikit pasal perhubungan ditempat kerja dan aku rasa ini sangat penting untuk semua orang. Ramai orang yang tidak dapat membezakan rakan sekerja di tempat kerja, keluarga, suami/isteri dirumah dan sebagainya. Menyalahkan pasangan kerana tidak memahami adalah suatu "escapism" yang senantiasa dijadikan alasan untuk menjalinkan hubungan ditempat kerja..sangat menyedihkan apabila pekerja ini tadi disogokkan dengan kenaikan pangkat, bonus dihujung tahun dengan hanya meluahkan perasaan diatas kesedihan, kesunyian dan sebagainya, bos-bos ini tadi mula memasang perangkap. Bos-bos ditempat kerja mencari kesempatan. Pantang ada pekerja yang ingin meluahkan perasaan ataupun yang dilihat bermasalah, mereka mulalah memasang perangkap yang selalunya tidak disedari oleh mangsa.


Para pekerja memberi alasan bahawa kerja yang menimbun menyebabkan mereka menghabiskan lebih banyak masa di pejabat, Walhal ini sebenarnya tidak berlaku jika kita pandai menguruskan masa dengan baik dan mempunyai disiplin kerja yang sangat baik! Mereka menghabiskan masa untuk menyelami hati budi masing-masing. Sangat menyedihkan...lebih menyedihkan lagi apabila bos itu tadi sudah mempunyai isteri dan keluarga manakala pekerja wanita itu pula sudah bersuami dan mempunyai anak-anak yang mengharapkan kasih-sayang ibu mereka! Anak-anak ditipu.....suami atau isteri yang dirumah juga ditipu....ada saja alasan diberikan seperti overtime.....office dinner...farewell party.....office outing dan sebagainya...walhal mereka berdua yang datangnya dari pejabat yang sama sedang menghabiskan masa berdua dengan mengambil cuti setengah hari!


Aku bercerita disini oleh kerana aku pernah melihat perkara-perkara sebegini berlaku didepan mata aku. Ada yang aku nasihati dan ada juga yang aku transferkan keluar. Tak kurang pasangan mereka menalipon aku untuk bertanya perihal suami/isteri mereka yang mereka rasa agak berlainan ketika dirumah! Aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan juga adik-adik diluar sana agar menjauhkan diri daripada hubungan terlarang sebegini. Kecualilah adik-adik masih bujang trang-tang-tang yang tu aku tak boleh nak cakap banyak tapi aku rasa masih boleh dinasihati. Ada staff aku dulu yang aku cakap, kalau ada affair, jangan dibawak ke hotel. Ini girlfriend pergi lunch break, boyfriend pun nak jugak sedangkan pada waktu yang sama tenaga dia diperlukan.


Kepada adik-adik (yang sudah berkahwin) yang membaca entry ni, Uncle nasihatkan, segeralah bertaubat. Lihatlah ke mata pasangan masing-masing betapa adik-adik adalah merupakan harapan pasangan dan harapan anak-anak....jangan dimusnahkan kerukunan rumahtangga adik-adik yang telah sekian lama didirikan. Keseronokan berkasih-sayang sebegitu adalah sementara. Adik-adik akan terus berfantasi...akan terus hayal.....dan apabila berada dirumah, adik-adik akan hilang tumpuan pada suami/isteri ataupun anak-anak. Adik-adik akan terus berkhayal...mengusung mobile phone sampai ke toilet, mencuri-curi menghantar sms, chatting secara rahsia dan paling menyedihkan kalau adik sampai sanggup mengambil cuti menipu suami/isteri/anak-anak yang ingat adik-adik ketempat kerja sedangkan adik-adik tidak! Selalunya pasangan adik-adik akan mampu menelah yang "sesuatu" sedang berlaku. Apakan tidak setelah bertahun-tahun makan dan tidur bersama, takkanlah pasangan tak dapat melihat perubahan sikap adik-adik? Nauzubillah adik-adik...jangan lakukan itu semua...Uncle mintak tolong sangat-sangat!

 

Apabila hubungan terlarang ditempat kerja berlaku, ini bermaksud adik telah meruntuhkan sendiri institusi perkahwinan adik. Adik telah memusnahkan harapan pasangan adik dirumah. Adik menghancurkan kepercayaan dan rasa hormat anak-anak dirumah. Untuk mendapatkan kepercayaan semula amatlah payah. Kadang-kadang bertahun dan ada juga kes yang adik terus tidak dipercayai lagi. Jangan begitu adik. Jangan jadikan diri adik sampai terlalu murah begitu! Banyak jugak berlaku yang perkara ini berlanjutan sehingga kepada perceraian. Uncle mintak dijauhkan perkara sebegini daripada berlaku...


Kepada adik-adik, Uncle ingin berpesan jauhi hubungan sebegini kerana ianya membawa lebih kesengsaraan daripada kebahagiaan. Sayangilah keluarga.....sayangilah pasangan masing-masing dengan perasaan tidak berbelah bagi. Ingatlah pada janji yang adik-adik buat sewaktu mula berkahwin dahulu! Have a nice weekend people!

18 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

suatu peringatan bukan saja buat yang muda, tapi juga yang tua agar jangan nak mengatal hehehe

sebenarnya, semua berbalik kepada hati dan juga kejujuran dalam alam berumahtangga bagi yang dah berkahwin

banyak sebenarnya kes2 seperti yg uncle utarakan ini berlaku dan sedang berlaku dan akhirnya membaca kepada pertelingkahan yg akhirnya diikuti dengan perceraian dan yang menjadi mangsa ialah anak2 yg tak berdosa

psss bila uncle mengecat ... hehehe

Lady Windsor berkata...

Tazkirah yng sangat bermanfaat uncle. Kalau single sama single lain citer kan...tapi banyak kes bujang tersangkut dgn laki orang, isteri sama suami orang...sigh!

Wahh shopping sakan naa satu family...amboi yuya tu tekunnya makan...hihi

Lady Windsor berkata...

Ooppss lupa, upper pic: very nice! Kat mana tu uncle? Nampak muda sangat both of u.

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
First sekali pasai last sentence tu...sangat menarik!!! Hahahahahah....saya cat pakai ICI weatherbond tahan 3 minggu....kat tepi2 tu dah naik lalang puteh! Hahahahahah...memang saya rasa topik ni sangat relevant buat masa ni....dan saya berdoa agar kita tak terjebak didalam perkara yang memudaratkan dan "tidak beretika" itu! InsyAllah!!

Uncle berkata...

Salam LW.
Tiba2 teringatkan topik yang lain dari lain ni.....hmmmm...semoga kita semua dijauhkan dan dipelihara Allah!

Actually hari tu Uncle pi cari canvas dan arcrylic paint kat sana...tu yang pi makan kat food court tu....bukannya shopping pun...tapi beli barang untuk hotel!

Uncle berkata...

Salam LW.
Thanks sebab kata gambar tu menarik. Masa tu Uncle dan Aunty pi tengok Yuya pi selection bola U12 untuk sekolah taman nirwana. Dulu abang main untuk team tu...la ni..Yuya pulak mencuba nasib...hopefully he gets in as first 11...esok Yuya ada tournament di Subang Jaya MPSJ pulak.....maka kami sekeluarga akan berkampong kat SJ dari pagi sampai ke petang! We are giving 128% support to the kids!!!

Lady Windsor berkata...

Owh ya ke esok Yuya ada selection...ok I bagi 72% more so that he has 200% support ya...go Yuya... Cakap kat Yuya kakak LW wish him luck...( ahahaha sorry I perasan jadi kakak, ke dah tahap makcik Yuya oiii) hikhikhik!

ummi_khalish berkata...

salam ukhuwah..terima kasih uncle atas nasihat yg sangat berguna ni...:-)

ps:syahdu tgk si abg suapkan si adik tu..suapan penuh kasih syg...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

tazkirah yg sangat baik, tq uncle
moga kita muhasabah diri utk menjadi yang terbaek dan sempurna mengikut kehendakNYA.....

Marina comel

Uncle berkata...

Salam LW.
Amboih aihhh...kakak noooo....tapi tak pa...dah memang muda trang-tang-tang.....memang patotlah dipanggey kakak! Anyway, Yuya kalah tadi tapi dapat selamatkan 3 tendangan penalty! AH PEK pon kalah wooo...

Uncle berkata...

Salam Ummi_Khalish.
Terimakasih kerana membaca. Seytiap nasihat yang Uncle sampaikan disini adalah pertama sekali ditujukan kepada diri Uncle sendiri. Uncle selalu berfikir, kenapa kita mahu menghancurkan kerukunan rumahtangga yang kita telah bina bertahun-tahun tadi....adakah alasan "sunyi" itu memberikan kita kelonggaran untuk menjalinkan hubungan terlarang di pejabat?

Uncle berkata...

Salam Dila.
Heran sungguh...Uncle masih tak dapat masuk blog dila...

Pak Marina pon comey jugak! Hahahahahah...

kucingorengemok berkata...

i can imagine this being an article in a magazine... dan bawah tiap² gambar ada tulis "gambar hiasan", hehehe

Uncle berkata...

Salam KOG. Nak masukkan dalam majalah MASTIKA beserta dgn cerita2pasai jin...

dckeyjamil berkata...

suka baca apa yg uncle tulis tu...eh hari ni selak berita harian tup2..mcm ku pernah nampak wajah ni..hehehhe uncle 1 family nampak biru ah......kim salam sama arman...

Uncle berkata...

Salam dckeyjamil.

Yes...kami jadi biru hari tu....Arman ada lawan bola disaksikan oleh pegawai2 AFC hari ni di Bukit Jalil. 2nd time in a week. Aunty kena hantar awal2 pagi tadi...hangin dia sebab sampai lambat kat office! Hahahahahahah...

Tanpa Nama berkata...

Isteri br pregnant kt umah...suami dh goyah...jumpe rakan sekerja yg br knl (ejen insurans keje mereka)...janda bgetah...terus lupa yg di rumah...lg bile si janda bgedik n perasan diri diminati org...mula wasap...lama2 berani hntar gmbar xbkaitan...xthn godaan mintak menikah...punah ranah jiwa isteri...kezaliman blaku kpd isteri yg sedang mbawa zuriatnya dlm kndungan...sedihkan

--kejadian yg bnr2 blaku...

Uncle berkata...

Salam Tanpa Nama.
Harapan Uncle agar ianya hanyalah hayalan. Tetapi malangnya itulah 'realiti' yang kita sendiri tak suka melihat. Minta dijauhkan Allah SWT. Kuatkan diri, ingatkan keluarga, ingatkan anak2....semoga kita berjaya menghidari sandiwara dunia ini!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...