Khamis, Disember 01, 2011

Paint for Fun

Karya hebat kanak-kanak!

Semalam Uncle jadi sibuk tak tentu arah. Sibuk pasal menguruskan program "Paint for Fun" untuk kanak-kanak berumur dibawah 10 tahun....therefore, Marina pun qualified walaupun hampir-hampir disqualified! Hahahahhahah...Planning untuk buat program ni kami rancang dalam tempoh tak sampai seminggu untuk cuba memenuhkan tuntutan anak-anak di sepanjang cuti sekolah yang nampak gayanya macam tak berkesudahan! Pening Uncle bila 3 orang anak-anak dok ada kat rumah. Lari lintang pukang Marina dengan Yuya bila kena sergah dengan Abang. Jerit, pekik, melolong , menangis semua jadi satu. Marina la ni dah pandai pasang ps2. Lagi lah kecoh! Nasib baik Yuya ada training bola setiap pagi di sekolah dan Abang menyusul sebab nak membantu Cikgu Mat dan Cikgu Fauzi train budak-budak bawah 12 tahun mempersiapkan diri untuk tahun 2012. Abang membantu coaches tu sebab terhutang budi dengan 2-2 orang cikgu dan sekolah taman nirwana yang banyak membantu abang dalam pelajaran dan sukan! Well...papa and mama are very proud of you abang!

Cantik kalau diletak di dinding..

Barbalik pada cerita "Paint for Fun" tadi, Kami dibahagikan kepada beberapa group. Ada yang kerja pi beli barang-barang melukis walaupun dia sendiri tak kenal batang berus dengan batang chopstick! Ada yang kerja administration yang terpaksa buat banyak kerja-kerja untuk registration dan penerimaan wang yuran dan ada jugak yang ditugaskan untuk memasak serta menghias....Aku kena beli barang-barang melukis. Jadi aku pi beli di The Gardens kat kedai "The Art Friend" tingkat 4 Robinson kalau tak salah aku. Banyak aku borong...cuba aku tak beli sekali dengan cashier depa! Hahahahahahah....Aku yang serba-serbi tak tahu pasal melukis ni la ni dah jadi pandai sesangat kalau ada orang tanya harga canvas....harga berus...dan harga arcrylic paint! Hebatkan?

Arcrylic paint boleh beli di "The Art Friend" The Gardens...

Masa disekolah dulu aku tak pernah teringat yang aku ada melukis kat kain canvas mahupun drawing block. Semua hasil karya aku terpampang didinding kelas dan bilik termasuklah bilik air! Kawan-kawan aku tengok dan tak paham apa aku lukis.....tapi bila aku pikir-pikir balik, apa bezanya karya aku dengan karya-karya Van Gogh, Picasso, waima allahyarham Datuk Ibrahim Husin sekalipun.....tapi aku percaya yang aku ada bakat melukis dan "hanya jauhari mengenal maknikam!"

Bakal pelukis hebat dunia!

Pertandingan melukis untuk kanak-kanak yang kami anjurkan tu mendapat liputan sebuah akhbar terkemuka. Jadi disini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih diatas jasa baik pihak penerbitan yang bertungkus-lumus datang ambik gambar dan jugak tolong buat cerita sikit untuk pertandingan dan kativiti kali ni. Sambutan tu jangan cerita lah...makkk aiii ada lah dalam 60 orang kanak-kanak yang serbu tempat aku. Berlari manja kami sekeliling kawasan nak organisekan benda-benda ni semua! Ada jugak yang mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membantu....Aikkk, tak achi naaaaaa......hahahahahahah...

Ada banyak lagi series yang akan menyusul!

It was soo successful yang kami secara tiba-tiba dah mula merancang untuk mengadakan pelbagai series lagi termasuklah "Bake 4 Fun!" sebagai serie ke-2 dalam projek kami untuk kanak-kanak ni.....semuanya dalam perancangan. Kalau kami planning seminggu dah jadi berjaya macam ni, apalagi kalau planning berminggu-minggu! Hopefully it will become better! And you know what? Hadiah pertama akan mendapat penginapan percuma bersama keluarga seramai 4 orang di SUITE! Fuyooo.....hebat...hebat......dan gambar-gambar yang menang nanti aku akan letakkan di "Kids Corner" di salah satu sudut di hotel ni! Dan mungkin jugak aku akan cuba convincekan board untuk membeli canvas board yang lebih besar supaya aku dapat letakkan di easel sebagai pameran! Fuyoooo...fantastic!

Dari lukis kat dinding baik lukis kat kanvas!

Sebenarnya program ni tercetus bila aku dok pening kepala dok pikir mana nak cari paintngs yang "NAIVE" untuk aku letakkan dibilik yang mana aku akan buat "kids corner" later on....plan aku ni aku ceritakan pada board yang aku cuma nak ajak anak-anak kami saja satu petang, lepak kat tepi pool, sambil makan-makan pasemmboorrrr ka, sambil budak-budak dok contiang-contiang kertas....So total is about 5 small kids saja. Bila plan ni diceritakan pada Board, owner kata, awat tak buat besaq sikit? Nahhh........tup-tap tup-tap yang mai sampai 60 orang! Fuyoo......malaysia meriah! Jadi to all kids and parents out there.......2nd serie is coming to you soon! Have a good day people!

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ha... tu dia! menggalakkan sungguh. Apa-apapun tahniah kerana berjaya merealisasikannya. :)

Lady Windsor berkata...

aii pasemborrrgg ja kaa...darchaa apa hai..kihkihkih!

cantik naa contiang-contiang depa tu...naive art expressionnya yang sangat berseni..kalau atur semua tu memang hotel uncle jadi artistic hotel, boleh i usha anjung sri ka pi tengok tang tu...mau ka?

apa-apa hai kalu nak bakaq kek, roger naa...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
terimakasih la kakcik oooiii....ni satu saya nak tanya...awat yang susah sgt nak comment dalam entry kakcik? Coba tgk sat!

Uncle berkata...

Salam LW.

Sapa kata tak maoooo....mai lah...maiii.....Uncle belanja pasemmborg...errr part darrrcha tu dah kenen2 aunty...dia kata line clear! Nanti siap, satu bungkuih Uncle pi sua!

shami2 berkata...

Salam uncle.

Gambar yang dilukis saja ka, mana gambar pelukis2nya ..hehe

Uncle berkata...

Salam Shami2.
Uncle terlampau sibuk sampai terlupa nak ambik gambaq depa...bila depa dah balik baru teringat nak ambik gambaq...tu yang depa semua tak dak...

Lady Windsor berkata...

Uiii line clear ka...kalu lagu tu mai dua bungkuih la..hahahah over la pulak kan...aarr kim salam auntie naa...yuya tu semalam malu2 aaih, ingat nak usik dia lebih2 sket.., marina chomel, abang cool!

Uncle berkata...

Salam LW,
Amboih...2 bungkuih saja ka......ingat nak bagi 3! Hahahahahahahah.....just kiddin'...insyAllah Uncle pi buat delivery nanti...tunggu kat pagaq naaaa......errr, nak pi sana naik bas nombor brapa dan turun tang mana?

Aunty W berkata...

cute pictures.. supprizingly that pictures are very artistic!! I love it. btw mana marina punya lukisan? he3

Uncle berkata...

Salam aunty W.

Kids painting are very "NAIVE!". That's my idea of holding that competition. I don't like the idea of adult painting like kids...it's just not real!!!!

Lukisan Marina I put aside because I was one of the judges....tak kena kalau lukisan dia being shortlisted knowing that I was part of the people making decision!

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, bas mini nombor 31 jalan riong, turun dekat balai bomba sebelah kilang keghetaih china depan tu dok ada taman bunga besaq Floristika, sebelah kanan tu pulak dok ada kebab ronggeng...hik!

Uncle berkata...

Salam LW.
Nanti Uncle cari kat mana nak dapatkan bas mini...agak2 kalau jalan dari jalan maarof, berapa hari berapa malam baru sampai?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...