Jumaat, Februari 24, 2012

Laura Fygi Live in KL


Posing maut

2 malam yang lepas aku berkesempatan menyaksikan satu konsert penyanyi hebat dari Holland yang berketurunan Egypt yakni Laura Fygi. Aku suka suara dia, aku suka melody yang dia bawakkan dalam bentuk jazz dan aku ada beberapa koleksi album dia. Jadi bila aku subscribe dengan MPO dan diemailkan program-program terbaru depa, aku cepat-cepat tengok konsert apa yang akan diadakan. Tengok-tengok LF nak datang KL untuk konsert selama 2 hari. Aku pakat dengan aunty dan bagitahu kat kakak aku yang sama-sama meminati penyanyi ni. Kami dapatkan tiket di Box Office.

Tepat jam 8 malam kami terpacak kat depan MPO. Sambil dok minum kopi di concourse, aku ditegur oleh seorang lelaki. Kami bersalam dia dia kata yang rupa aku tak berubah! Dia masih kenal aku dan begitu jugak dengan aku. Nama dia Hashim dan kami pernah sama-sama kerja di RKL dulu. Dia sebagai Senior Butler manakala aku pulak di VC. Sekarang Hashim cuma menjaga VVIP yang berkunjung ke konsert hall di MPO. Well done Hashim!



Eldest sister Kak Anne

Announcement dibuat menandakan konsert akan dimulakan tepat pada pukul 8.30 malam. Ramai VIP yang aku nampak dan dalam celah-celah tu ada jugak beberapa celebrities yang datang termasuklah Othman Hafsham dan isteri, Datuk Yusni Hamid dan Salimah Mahmood. Masa minum di concourse tadi depa duduk di meja sebelah kami. Sempat melihat sekali imbas tanpa menegur sapa.

Tepat pukul 8.30 malam LF muncul dipentas dengan pakaian hebat dia. Menegur audience yang datang dan tanpa melengahkan waktu, terus memulakan repertoirenya yang kebanyakkannya kami dah hafal. Enjoy dengan muzik dari The Big Band MPO, suara gemersik LF membuatkan aku terpukau. Terasa berada di Sydney Opera House. Tapi aku rasa kita pun equivalent dengan other big concert halls di seluruh dunia!

Sambil aku asyik dok dengar lagu-lagu yang dialunkan, aku terpandang beberapa kelibat familiar diatas stage. Obviously 75% musicians adalah dari luar negara tapi yang menakjubkan aku ada 25% adalah muka-muka familiar Malaysian musicians yang aku kenal sangat secara personal! Pertama sekali yang main sax. Nama dia Ahmad Shah. Beberapa tahun dia sign contract bermain di RKL Lobby Lounge. Sorang pemain sax yang bagus si Ahmad Shah ni. Jugak pemain clarinet yang sangat hebat! Sewaktu 20 minute interval, aku keluar dan menuju ke tandas VIP. Orang ramai....semuanya VIP.....masa aku masuk, aku tengok, makk aiii.....orang besar tu ada, orang besar ni ada.....semuanya dengan hal masing-masing.....aku terkebil-kebil mencari tempat sesuai. Tiba-tiba aku dengar satu suara kuat menegur aku dari sebelah tepi. "Abang.......Abang.....!" VIP-VIP tadi termangu-mangu. Suara tadi memanggil lagi dengan nada yang lebih tinggi. "Abang...lama tak jumpak...!". Aku toleh dan ternampak Shah. Kami bersalam walaupun dia masih belum sempat mencuci tangan! Kami bertanya khabar....orang sekeliling tengok aku....pergh.....sampai musician MPO pun kenal aku ni.....powerrr tuh.....heheheheh...maklumlah, toilet VIP.....kalau musician hebat dah kenal aku dan tak kenal orang lain, maksudnya...aku lagi VIP dari VIP-VIP yang lain tu lah....hahahahahahahah! (Gelak sombong lagi bongkak.....ala-ala Mahmud June atas vespa!). Aku cakap kat Shah, eh pianist tu macam kenal lah...Michael kan? Shah angguk kat aku dan confirmkan yang pianist tu ialah Michael Veerapan. Seorang pianist terbaik negara yang dulu didalam group Asiabeat Percussion sama-sama dengan Louis Pragasam dll. Aku kenal Michael Veerapan sebab contract music dia main kat Hilton dulu aku yang buat. Aku anjurkan Malaysian Jazz Festival di Hilton dulu. Kemudian aku tanya Shah lagi, eh drummer tu muka pun familiar....Shah jawab, "Ish...apa pulak abang tak kenal....tu lah anak Jose Thomas....". Aku kenal rapat Jose Thomas ni sebab dia pun sign contract main music kat tempat aku dulu. Dia pakar sax dan horn. Hebat Jose Thomas ni...tiap-tiap malam aku akan suruh dia main lagu Kenny G dan dia akan tiupkan untuk aku! Classic betul! OMG......what a small world! Shah mintak diri untuk naik ke stage dan kami sama-sama keluar toilet. Aku tersentak bila mana aunty tanya kat aku, "sudah?" Aku geleng-geleng kepala dan pusing masuk dalam toilet balik.....aku lupa tujuan asal bila dah jumpa dengan kawan! Hahahahahahah.....

Aunty dan Kak Anne, awat kaki depa jadi lagu tu?

Suasana dewan filharmonik sungguh gah. Susun atur kerusi empuk pun memberi kesempatan kepada aku untuk betul-betul menikmati muzik terbaik. Tiada "echo" langsung dan tiada masalah teknikal berlaku. Semuanya sangat professional. Cara interaksi LF dengan audience pun sangat bagus. Very professional and polished! Sewaktu LF menyanyi aku terlihat kepala orang-orang lain didepan aku agak terlentuk-liuk mengikut alunan muzik LF. Aku pun begitu. Jarak antara stage dan kerusi paling belakang tidaklah jauh. Hall tak nampak besar mana tapi menampung full capacity seramai 850 orang. Mainan lampu stage sungguh mempersonakan aku. Waktu tu teringat aku pada show KABUKI  yang aku tonton dengan aunty di Tokyo suatu masa dulu......waktu berasmara....hahahahahahah...


On a blind date!

Aunty pakai baju baru yang kami sama-sama pergi beli minggu lepas. Tiba-tiba dia nak kaler pink. Dan aku bersetuju sangat dengan opinion dia. Aunty ada fashion sense yang lebih baik dari aku. Dia tahu color tone apa yang sesuai dengan kulit dia ataupun aku. Makanya, when it comes to our clothes, aunty lah yang akan decide apa warna dan style yang kena dengan aku. And usually dia tak salah....btw, kemeja yang aku pakai tu dia yang pilih kaler. Kolar keras gila sebab petang baru ambik dari kedai. Oh yes....to those who are interested nak buat nice suits, shirts or trousers, kindly go to Liew. Taylor aku kat Wisma Cosway tingkat satu, naik escalator, sebelah kanan. Sangat baik dan aku suka dengan hasil kerja tangan dia. Semua suits aku dan kemeja aku, Liew lah yang buat.  And yes.......my dear readers.....I don't get any commission......tu rezeki Liew...wink! hahahahahah!

Mat Pitt and Angelina Julin!

Aku rasa kalau Uncle Pet ka, Lotfi Mekah ka...Awang ka tengok gambar aku kat atas tu, lain tak dak...depa mesti jelezz....apa taknya....ni pasangan hollywood.....Mat Pitt dengan Angelina Julin...hahahahhah!

The DIVA, Laura Fygi signing CD

Masa keluar concert hall tu, aku pun pi lah beratur sat kat line yang dah disediakan. Tak berapa lama lepas tu, LF datang berlari-lari anak dan duduk di bangku yang dah disediakan. Aku berada dalam nombor  15 atau 16 in line masa tu dan bila aku sampai, LF cuma boleh sign saja dan tak boleh bergambar. Takpalah...aku cuma suka-suka saja nak beratur dan dapatkan signature dia....anyway, semalam masa aku pi kat ampang point beli baju sukan marina dan track bottom yuya, aku lalulah kat satu jedai jual cd ni dan di situ ada poster David Sanborn yang akan buat concert pada bulan March nanti di KLCC. Dia main clarinet. Bila tengok David Sanborn, aku teringat pulak kat Dave Koz. Sorang lagi pemain clarinet dan saxophone yang ternama dan sebaris dengan Kenny G. Dave Koz ni pulak adalah artist jemputan aku masa di Hilton dulu sewaktu aku organised kan Jazz Festival yang Michael Veerapan semua datang tu. Ada satu lagi jazz pianist hebat dari Singapore nama Monteiro. Kalau google mesti dapat pianist ni. Anyway, cerita pasal Koz ni, aku sempat duduk-duduk dengan DK sambil minum lepas "showcase" dia. Banyak yang kami sembang walaupun aku tak reti main alat muzik selain daripada ketuk 2 belah tempurung kelapa! Hahahahahahah....sembang punya sembang, dia keluarkan cassette (masa tu cassette lagi) dan sign exclusive untuk aku. Hahahahahahah....sampai la ni aku ada lagi cassette tu. Kalau aku cerita kat orang, mati-mati depa kata aku sign sendiri! Hahahahahahah....

With Sheila

Masa aku turun tangga lepas dapatkan signature tu, aku dengar ada orang panggil nama aku. "Shahrir...Shahrir....". Aku harapkan LF yang panggil tapi kali ni sora jantan! Aku cari dicelah-celah orang ramai tu dan aku terpandang sorang lelaki tinggi dan sorang pompuan tak tinggi dengan kaki terginjat-ginjat dok gamit sambil panggil nama aku. Aku kenal sangat dengan orang ni. Azri kawan aku yang sama-sama ke jepun dengan aku dulu kini bekerja dengan Petronas. Bila aku sampai kat dia, dia suruh aku tunggu pulak dan cakap ada someone special yang dia nak introduce kat aku. Tunggu punya tunggu, datanglah penyanyi "Sinaran" menyapa aku. Sheila pandang kat Azri dan cakap, "Oh...inilah Shahrir yang you bagitahu kat I tu....oh...inilah wife dia yang you cerita depa jumpa masa concert Zainal Abidin Konsert Hijau di Bunkamura, Tokyo tu...". "La ni baru I dapat jumpa you Shahrir..." Aku diam dok terkejut lagi....hahahahahahah...Sheila sambung..."nanti I ada buat konsert dengan Zainal dan akan panggil both of you as our special guest...you tunggu Shahrir!" Pergh........aku rasa pemezz sungguh aku malam tu.....sampai kat dalam toilet pun orang kenai aku....tambah lagi dengan Sheila pulak tu......pergh.....confirmed.....aku famous......hahahahahahah...have a nice and productice !@#$% weekend people!

10 ulasan:

azieazah berkata...

UNCLE memang femes! Kita jelez tauuuu....

awang berkata...

salam, pak cik,

hahahaha bukan nak jelezzz, tapi no komen pasai angelina joling,, mmg pak cik popular lebih dari vip,
apa pun taniah sebab dapat special guest dari dato' shila majid....

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,

Mwahaha kelaszz tau couple Mat Pitt and Angelina Julinn...when east meet west...kebabomm! Well congratulation uncle..LF hebat...Dan uncle/ auntie pun hebat..hokay I bodek, eh chop tidak! I teringat quotation motivasi "...apabila kita berada di kalangan mereka yg hebat dan positif, kita juga akan menjadi seperti mereka..."
So bila I baca entry ini...whoaaa I can imagine when our jazz queen yg teruja jumpa uncle...

Okeh, pls tell auntie her fashion taste is great!:)

Uncle berkata...

Salam Azieazah.

Jelezz jangan tak jelezz...hahahahahah

Ibu n Abah berkata...

ekekeke
Part 'Matt Pitt' dan Anjelina Julin tu yg tak boleh nak tahan gelak...
Dulu panggei Mat Pitt tu.. kira jatuh saham semua...

Uncle berkata...

Salam Awang.

Dah tao dah memang Awang akan jelezz punya...kat kuantan mana nak dapat lagu ni...

Uncle berkata...

Salam LW.

Betul seperti yang dikata...Uncle suka kata2 tu dan itu penting untuk adik2 kita diluar sana....

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Ishhh kita pon ada jugak pasangan hollywood....cuma tak commercialize saja! Hahahahahah

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle,

Jelez.. ni Sheila kenal Uncle... hahaha.. saya ni peminat Sheila dari muda sampai tak berapa muda dah ni, beli album, pegi tengok konsert, but still Sheila tak kenal saya.. hahaha.

Uncle berkata...

Salam ANON 2.25ptg.

Ada jugak sheila yang tak kenai Uncle....yang tu "SHEILA MAMBO!" hahahahahhah....alah...actually SM pun tak kenai Uncle.....dia kata lagu tu saja nak ambik hati lah tu.....PR purpose!!!! Anyway, Sheila, Zainal, Amy and Jamal will kick off their mega concert in march and end in june! Last venue is Stadium Merdeka!! JUMPA DISANA!!!!!

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...