Selasa, Februari 07, 2012

Warung Eropa

Pemandangan indah

Aku tak pernah gemar memandu ke Kerobokan apabila sampai di Bali. Jalanrayanya yang sempit dan bersimpang-siur membuatkan aku selalu tersesat. Kawasan ini sangat mashur disebabkan oleh beberapa perkara. Salah satunya ialah penjara Bali yang mana ramai jugak penghuninya datang dari Malaysia kerana masalah "narkoba". Kalau aku ke Kerobokan, land mark untuk aku senang mencari atau dicari ialah di penjara ini. Kalau aku cakap penjara, rata-rata orang yang akan menjemput aku tahu dan tak pernahnya tersesat. Selain penjara, kawasan ini juga terkenal dengan hotel-hotel bertaraf 5-6 bintang yang bakal ataupun telah dibuka apatah lagi vila-vila mewah kepunyaan orang kaya-kaya.


Banyak hotel2 baru dibina disekitar ini

Sewaktu di Bali ini aku sempat berhubung dengan sorang rakan sekelas aku semasa di Cesar Ritz Switzerland dulu bernama Tania Arlene. Wanita java berasal dari Surabaya ini telah aku kenal sedari tahun 1994 lagi sewaktu kami sama-sama sedang belajar di dalam bidang perhotelan. Sekembalinya Tania dari Switzerland, dia tidak pulang terus tetapi menyambung pelajaran ke Culinary School Cordon Bleu di Perancis untuk mendalami ilmu masakan. Tania sangat gila memasak dan ini dapat aku lihat dari kesungguhan dia sewaktu disana dulu. Festival masakan Asia yang kami sama-sama uruskan akan diketuai oleh Tania dibahagian dapurnya. Ternyata masakan Tania telah mendapat pujian masyarakat seluruh dunia pada waktu itu walaupun beliau baru mencapai umur 18-19 tahun!

Beautiful sunset..awesome!

Kepulangan Tania ke Surabaya bukan saja dinantikan keluarga malah tawaran kerja telah datang mencurah-curah. Tania memilih untuk berkhidmat di Westin Surabaya dan memanjat anak tangga satu persatu sehinggalah mencapai jawatan tertinggi di bahagian Food and Beverage yakni sebagai Director of F&B! Bukan senang untuk seorang anak tempatan mendapat jawatan yang begitu besar di bahagian yang dikuasai sepenuhnya oleh masyarakat eropah. Tetapi penat-jerih Tania terbayar sudah!

Interior

Dengan sedikit wang terkumpul, Tania mengorak langkah berpindah ke Bali dan melakukan pelbagai kerja tanpa rasa malu dan aku kaget apabila Tania memberitahu aku yang dia pernah menjual ice cream untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar. Menyewa sebuah rumah kecil Tania bekerja keras sehingga dapat membina sebuah warung kecil menjual makanan Java yang disukainya. Anak-anak disekolahkan di international school dan beliau terus bekerja siang dan malam. Dari sebuah warung kecil dan dengan sedikit simpanan, Tania berjaya membeli sebidang tanah kosong yang dijual murah selepas pengeboman di bali dulu! Dia mula mengorak langkah dengan membekalkan bakeries untuk sarapan kehotel-hotel berdekatan dan kini setelah beberapa tahun, telah mula menampakkan hasil apabila hasil buatannya kini telah ditempah hotel-hotel besar sekitar Kerobokan. Seawal jam 5 katanya van-van hotel akan penuh menunggu dihadapan warungnya untuk mengambil danish, croissant dan lain-lain yang dimasak segar!
  
Tania Arlene, wanita gigih!

Aku sangat teruja untuk berjumpa Tania apabila diberitahu yang pemandu peribadinya akan menjemput aku di hotel penginapan. Tepat jam 10 pagi selepas aku bersarapan di hotel, aku mendapat panggilan dari Pak Agung yang datang menjemput aku. Aku dan rakan bergegas turun. Kami dipandu laju kerana katanya Ibu Tania sibuk seharian ini dengan tamu specialnya tanpa dia tahu yang tamu special ibu Tanianya ialah aku! Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa cuma 30 minit menjadi 1 jam 30 minit kerana kesesakan lalu lintas. Sesampai kami di Warungnya yang dipanggil dengan nama "Warung Eropa" aku terpana dengan kehebatan reka bentuk dan hiasan dalaman yang kesemuanya adalah hasil rekaan Tania. Ruang resto yang mampu memuatkan seramai 80 orang berserta dapur yang luas dan bakery yang lengkap mengzahirkan citarasa wanita gigih dari Surabaya ini. Kami bersalam erat dan mula bercerita kisah-kisah nakal di sekolah dulu. Bertanyakan perihal rakan-rakan lain yang berselerak diseluruh dunia, bercerita mengenai keluarga, bercerita mengenai kareer masing-masing dan sebagainya.

Pintu masuk dari kayu jati

Selepas makan "crispy duck", "gado-gado" dan "creme brulee", Tania mengajak kami ke satu kawasan yang sedang dibangunkannya. Tania juga merupakan pengusaha hartanah yang besar di Bali. Projek-projek villa penginapan miliknya ditunjukkan pada aku satu persatu. Didalam usia yang baru menjangkau 36 tahun, Tania ternyata hebat! Villa-villa miliknya memang gah. Senibina pereka tersohor dari Italy serta ide-ide dari beliau agak membingungkan aku. Wanita yang dulunya "naive dan fresh" kini merupakan seorang wanita berjaya! Tania membuat satu panggilan mengejut kepada Pierre Moerland (boleh google nama ini) yakni seorang Vice President Sales and Marketing bagi syarikat pemaju dari Qatar bertanyakan samada Pierre mempunyai masa untuk bertemu kami. Pertemuan di atur pada pukul 6 di Warung Eropa. Tania tersenyum pada kami sambil menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jari kanannya. Kami masih mempunyai waktu selama 2 jam lagi sebelum bertemu Pierre. Membuang waktu dengan acara "ngopi" di tepi pantai adalah yang terbaik! Tepat jam 6 petang Pierre terpacul di hadapan Warung. Kami berjabat tangan dan terus bercerita. Bicara kami tak akan berhenti disitu kerana akan bersambung lagi sekembalinya aku ke kuala lumpur dan pierre ke kota singa!

Pintu masuk dari luar

Kami sambung bercerita dan perbualan tak berhenti disitu. Tania mengajak kami ke Cuban Bar berhampiran yang katanya baru dibuka sebulan tapi hasil jualannya telah mencapai target 6 bulan! Wanita gigih ini memang dikenali. Ramai yang datang bertegur sapa dan aku tak terkecuali...perbualan bertambah rancak dengan secawan cappucino untuk aku!

Bahagian bumbung dihias indah

Banyak kisah-kisah lama dicerita semula dan ramai rakan-rakan kami telah merantau keseluruh dunia membina empayar perhotelan. Dari Australia, India, China, Amerika, Perancis, Germany, Spain  dan pelbagai pelosok lagi. Semua mengejar cita-cita. Aku kini di fasa ke-2. Begitu juga mereka yang lain!

Hiasan patungan menarik

Tetamu-tetamu di Warung Eropa pula bukan calang-calang orang. Hampir kesemua celebrities dan orang-orang ternama di Indonesia apabila berkunjung ke Bali tidak akan melepaskan peluang merasai masakan dan hidangan hebat "Crispy Duck" yang resipinya dicipta sendiri oleh Ibu Tania. Ayam gorengnya yang direndam dan direneh dengan air kelapa muda menjadi salah satu menu asli terbaik di Bali kalau bukan di seluruh negara. Jika dilihat pada foto dibawah, kita dapat melihat bahawa Bunga Cinta Lestari (BCL) dan Ashraf Sinclair adalah pengunjung tetap disini setiap kali mereka ke Bali untuk bercuti. Mereka kenal rapat. BCL dan AS kenal rapat dengan Tania Arlene. Tania Arlene kenal rapat dengan aku.....jadi secara tak logiknya, BCL dengan AS juga kenal rapat dengan aku!!!!!!!

Lihat betul2...BCL sama Ashraf Sin.. juga pernah berkunjung

Foto dibawah yang tertulis dengan pen hijau adalah merupakan politician terhebat Indonesia sekarang ini yang juga merupakan majikan kepada Safee Sali yakni Pak Bakri. Jika dia juga pernah berkunjung ke sini setiap kali ke Bali, apa lagi yang perlu aku ceritakan tentang salah seorang teman rapat aku ini.......Oh ya, rancangan masakan yang dihoskannya telah disiarkan di ANTV 2 minggu sudah!

Tulisan nama hijau itu ialah Pak Bakri....boss besar Safee Sali
Kata Tania, Warungnya ini akan diperbesarkan lagi dengan tambahan tingkat atas sebagai ruang makan keluarga manakala dibawahnya akan dijadikan Piano Lounge. Aku terpegun dengan perancangan restonya dan aku juga sangat terpegun dengan villa-villa mewah miliknya. Aku dijemput menginap di salah sebuah villanya malam tadi tapi aku tak bersedia. Pakaian aku semuanya di Ubud. Villa yang dimaksudkan itu menepati citarasa aku apabila dibawa melawat disebelah siangnya. Swimming pool besar di depan villa dan bathroomnya yang besar serta tatarias kamar mandinya yang sedikit nakal menepati citarasa aku yang juga masih lagi sedikit nakal! (wink!).
Disahkan bagus oleh para tetamu

Pertemuan dengan Tania di Bali ini akan bersambung lagi mungkin di Bali ataupun di Kuala Lumpur ataupun ditempat-tempat lain diseluruh dunia mengikut kepada keperluan  dan jika tidak untuk usahasama, pertemuan-pertemuan dengan alumni Cesar Ritz yang lain bersama keluarga masing-masing, sedang dirancang!

Tak akan terlepas pandang!

Kepada teman aku sejak dari tahun 1994 ini, Tania Arlene, aku tahu yang dia akan melangkah lebih jauh didalam bidang yang diceburinya dan aku juga tahu yang beliau akan lebih berjaya setelah mampu mengharungi fasa pertama didalam kareernya. Nah...kepada yang akan berkunjung ke Bali dan ingin merasakan kehebatan masakan rakan aku ini, sila hubungi :

Tania Arlene
Warung Eropa
Petitenget Street No 9D
Kerobokan
Bali
email: warung.eropa@ymail.com

Besok insyAllah aku akan pulang ke KL........have a nice public holiday people!!!

12 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

cantik dan class sungguh interiornya dengan konsep sebegitu buat pengunjung pasti akan datang lagi

apa yg saya kutip hari ini dari n3 uncle ini , untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan perlu usaha yang berterusan

insyallah

Uncle berkata...

Salam Rezeki.

Benar...stay focus dan jangan jadikan percakapan negative itu sebagai halangan tapi tukarkan kepada cabaran yang tidak boleh diulangi! Pertemuan saya dengan Tania juga membuka peluang dan mata saya kepada dunia yang lebih luas!

Lady Windsor berkata...

Wallaahh..krim bruleenya itu pasti enak dan lezat...cheewahhh i pun dah tercakap ikut slang Bali aa Uncle...kan sebab Uncle bersiaran dari Bali gitu kan...kehkehkeh..

Ke Bali satu family kah?

Okeh, apa-apa hal..tak kira apa jadi...i nak p makan nasi mandy. darchaa...krim brulee, kabab dan pai sayur enak di Warung Uncle 815 suatu hari nanti...pastikan warung itu wujud ya...dan seorang pekerjanya adalah LW...sebagai tukang report...kihkihkih!

Uncle berkata...

Salam LW.

Taklah...this is a business trip...december nantilah kot kalau nak usung satu family pun....kena kumpoi duit ni...warung Uncle nanti juai cup noodle....hahahahahah..

Lady Windsor berkata...

apaaa? cup noodle....tak boleh! tak boleh!

hehe...okeh selamat berholiday...

Uncle berkata...

Salam LW.
Apa? Holiday? Kerja la kak......berjumpa Tania tu selain daripada bertemu teman lama jugak bertujuan untuk opportunities yang ternyata membuahkan hasil! Nanti mailah holiday naaa.....satu malam dalam RM1200 ja....hahahahahah

Lady Windsor berkata...

Haa holiday kat mana tu dengan rega RM1200? Bali kah atau Jeumpa? Macam pakej menarik saja...hehehe

Uncle berkata...

Salam LW.
Sini lah di bali ni....tu rega semalam tu...hahahahahahah

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

saya tak pernah sampai bali sebab tak tau apa yang menarik kat sana. bila baca entri uncle ni & entri2 sebelum ni pasal bali, mmg teringin nak jejak kaki ke sana.

untung uncle ada ramai kwn yg boleh diharap bila jejak kaki kat mana2 pun.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

lama KN x catat apa2...hehehe...tp datang ngendap2 ada tauuu

Uncle berkata...

Salam Carrie Ma.
Sampai ke la ni Uncle masih berhubung rapat dengan kawan-kawan dari SDAR, Cesar Ritz dll lagi. Net working is important...keeping in touch with friends too! Dan alhamdulillah mana2 Uncle pergi pun didunia ni akan ada penyamun yang Uncle akan jumpa. They are either my seniors or my juniors...

Uncle berkata...

Salam KN.
Amboih...ingatkan dah lupa...maklumlah dok sebok jaga cucu.....

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...