Rabu, Februari 15, 2012

Special tribute to Cikgu Gandhi


Yuya dok "drama" tu...

Dah lama aku nak bercerita pasal cikgu gandhi ni. Ni sorang lagi wanita cekal yang sangat aku kagum. Entry yang lepas aku bercerita pasal Tania, kawan lama aku masa kat "sana" dulu. Manakala kali ni aku nak tulis pulak pasal CG ni pasal aku rasa kecekalan wanita ini sedikit-sebanyak telah mampu memberi inspirasi kepada aku untuk menjadi seorang yang lebih tabah.

Cikgu Gandhi berasal daripada keluarga sederhana. Kesederhanaan itu mengajar Cikgu Gandhi sentiasa bersederhana didalam apa-apa juga tindakan dan kehidupan beliau. Aku bernasib baik diperkenalkan kepada Cikgu Gandhi ni melalui seorang lagi guru yang aku terminate kerana tidak menunjukkan disiplin yang baik kepada abang dan jugak kepada kami. Setiap kali ada tuition, setiap kali tu lah dia bagi alasan yang sama yakni "traffic jam" sedangkan dia sebenarnya pergi mengajar anak murid yang lain ditempat lain. Yang tu aku kategorikan dengan istilah "tamak". Mungkin nak kaya cepat! Sebelum aku terminate yang lama, aku tanya dia samada dia ada kawan lain yang boleh di recommendkan kat aku. Lama dia ambik masa dan last-last sekali, dia bagi nombor talipon cikgu gandhi ni....Pertemuan diatur dengan cikgu gandi. Lama kami bersembang bertanyakan latar-belakang masing-masing ala-ala aku nak recruit staff baru nak kerja hotel...Aku nyatakan pada Cikgu Gandhi apa expectation aku dan dia jugak bagitahu kat aku apa yang dia mampu dan akan buat dalam melatih anak-anak aku dan mengajar depa dalam pelajaran yang sama-sama kami setujui. Alhamdulillah, Cikgu Gandi melaksanakan tugas dengan amat baik sekali dan kesemua anak-anak murid Cikgu Gandi mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat A didalam kesemua mata pelajaran. Cikgu Gandi ni tak suka ambik murid ramai-ramai. Dia sangat mementingkan kualiti daripada kuantiti. Semuanya one-to-one dan very personalise! By the way, Cikgu Gandhi jugak mengajar bahasa malaysia!

Lepas ni cikgu gandhi naik angin...hahahahahah...

Cikgu Gandhi merupakan seorang ibu tunggal yang juga merupakan pesakit cancer. Selain daripada menjadi seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak lama dahulu, beliau bertungkus lumus cuba membesarkan anak lelaki tunggal dengan sebaik mungkin. Siang dan malam Cikgu Gandi hanyalah diabdikan kepada melakukan kerja-kerja tuition dan menjaga anak lelaki yang kini sudahpun menjangkau umur 16 tahun. Itu semua diceritakan kepada kami. Beberapa bulan sekali Cikgu Gandhi akan menaiki bas untuk ke sebuah hospital untuk suntikan kimo. Apabila ini dilakukan, Cikgu Gandi akan menalipon kami untuk menangguhkan kelas ke hari lain kerana badan menjadi terlalu lemah katanya. Ini berlanjutan sehingga ke beberapa hari. Kami memahami sangat kesusahan dan kesukaran yang Cikgu Gandhi hadapi. Beliau bernasib baik kerana anak tunggalnya itu merupakan pelajar pintar. Anak tadi sedar akan kesukaran ibunya lalu bertindak mengikut Cikgu Gandhi kemana saja Cikgu Gandhi pergi mengajar. Selalu datang ke rumah aku dan dia sama-sama melakukan tugasan sekolah dimeja yang sama dan apabila keletihan akan berbaring disofa rumah aku. Terlelap disofa aku selepas melakukan homework menguatkan telahan aku bahawa anak tunggalnya ini akan berjaya suatu hari nanti. Aku juga berharap yang anak tunggalnya itu akan mampu membalas segala jasa baik ibunya dan terus menjaga sepertimana beliau dijaga. 

Untuk datang kerumah aku, Cikgu Gandhi akan menaiki bas ataupun berjalan kaki sebanyak beberapa kilometer semata-mata untuk tidak membazir wang! Aku terguris rasa bila mengetahui perkara ini lalu bertindak menghantar Cikgu Gandhi pulang sampai kerumah setiap kali beliau selesai mengajar! Kalau aku tak berkesempatan, tugasan menghantar Cikgu Gandhi pulang akan digalas oleh aunty. Ini telah kami pesetujui dan lakukan hampir 2 tahun. 

Dihujung minggu pula Cikgu Gandhi banyak menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja amal dengan mengajar anak-anak setempat yang tidak berkemampuan beberapa matapelajaran penting. Cikgu Gandhi sangat humble. Pernah aku diajak kerumahnya untuk sama-sama makan tengahari sempena Deepavali. Kami sekeluarga pergi kerumah Cikgu Gandhi untuk makan tengahari. Katanya kami special. Jadi waktu itu cuma kami sekeluarga saja yang ada disitu selain Cikgu Gandhi dan anak lelakinya melayan kami. 

Cikgu Gandhi yang sangat dedikasi..
Riak wajahnya sewaktu mengajar banyak menunjukkan ciri-ciri seorang ibu, guru dan mentor yang baik kepada anak-anak aku. Apakah cara untuk aku membantu Cikgu Gandhi selain daripada menyambung kelas-kelas tuition anak-anak aku daripada abang dua tahun dulu, menyambung ke Yuya kini dan Marina akan datang? Aku berharap agar sumbangan aku ini (dengan menyambung kelas-kelas tuition anak-anak aku) mampu meringankan sedikit-sebanyak bebanan Cikgu Gandi! Kepada Cikgu Gandhi, aku nak ucapkan selamat maju jaya, jaga kesihatan dan semoga masih mampu untuk membantu anak bangsa Malaysia yang memerlukan expertise seperti yang beliau ada. Anda merupakan seorang model terbaik bagi aku, seorang ibu yang cekal membesarkan anak.....serta seorang isteri yang setia dan tabah walaupun sudah kehilangan suami.....To Cikgu Gandhi, this is my way of paying respect to you!

14 ulasan:

kakcik berkata...

Berair mata kakcik membaca catatan ini.

Ibu n Abah berkata...

Aduh terharunya...
masih terasa hiba yang sangat dalam...
Semuga cikgu gandhi akan tabah menjalani kehidupannya..

Lady Windsor berkata...

Salam uncle,
I baru dok pikiaq bila nak p jumpa CG tapi dua tiga haghi ni ada halangan pulak...sat gi kalau I dah baik I habaq kat uncle naa pasai nak p jumpa CG ni...

Uncle berkata...

Salam Kakcik.

Terimakasih tak terhingga saya ucapkan pada Kakcik kerana mata Kakcik berayaq....bukan pasai tulisan saya tapi pasai Kakcik dapat sama-sama merasakan penat-lelah, ketekunan serta kecekalan CG ni. Kalau Kakcik nak tereyak, apalagi kami sekeluarga yang setiap minggu bertemu dengan CG!

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Kadang-kadang saya dok complaint yang saya penat, saya merungut yang saya tak cukup duit dan saya mengeluh yang saya tak punya masa untuk diri sendiri.....alangkah keciknya saya kalau nak dibandingkan dengan CG ni....

Uncle berkata...

Salam LW.

Saya akan sangat berbangga kalau ketabahan dan kecekalan CG ni dapat dikongsi bersama oleh orang lain dan dijadikan sebagai contoh terbaik untuk diikuti. Bertemu dengan CG ni, kita akan terkejut sebab dia tak pernah nampak susah hati walaupun kita yang sihat ni susah hati bila tengok dia tak susah hati!

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, gambaq tu dah cantik, nampak macam clear ja. Ada gambak CG sorang tak? Yuya pun posing ok je, kalau gini saya dah boleh roger CG dah ni...

Uncle berkata...

Salam LW.

Gambar cikgu sorang tak ada masalah dan akan saya usahakan. InsyAllah!

Nora berkata...

berat mata memandang, berat lagi bahu dia yang memikul..semoga usaha uncle untuk meringankan beban CG diberkati Allah swt..

p/s: Uncle, I would like to invite u to my wedding day on 11 mac ni.. mai la uncle, boleh balik tanjung skali.. uncle email saya address ye, saya poskan kad :)

Uncle berkata...

Salam Nora.

Uncle cuma nak membantu tanpa mengira siapa dan apakah latar belakang depa....kita hidup berbilang bangsa dan agama...niat Uncle ikhlas...

Tentang hari yang nak "yak-yak-yeay" tu Uncle tak berani janji...pasai kalau nak pi mamu nak kena usong mami segala.....kalau dak satgi "mami jarrroommm" muncong satgi...mamu pulak gigit jari! Hahahahahahah...nak antag mai kad ka? Fuyooo......ni...darrrchhaaa ada?

Lady Windsor berkata...

Salam uncle, ok terima kasih ya...esok saya akan call CG utk appointment kalau boleh jumpa dia pada Isnin...

awang berkata...

Salam, pak cik

syahdu dgr cerita cg nii, Apa pun Moga usaha pak cik ,dlm membantu cg di berkati Allah ,,,tapi kalau pasai darcaa tu yg tak tahannn, pajeri nanas tak nak ke?

Uncle berkata...

Salam LW.
Silalah talipon CG. Uncle rasa cerita dia akan menjadi inspirasi kepada ibu-ibu lain yang rasa hidup depa dah sesak sesangat. Semoga bila lepas baca pasal CG, depa akan rasa tak sesesak mana pun....Uncle tak terkecuali!

Uncle berkata...

Salam Awang.
Terimakasih kerana Awang jugak bersimpati dengan CG. Ini bermakna yang Awang adalah seorang yang "sangat normal" dari segi perasaan....

Awat tak dak pulak? Malam ni memang aunty nak buat pajeri nenaih...semalam dah beli nenaihh sebijik kat marrrket! Tak payah tunggu kenuri! Hahahahahahah...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...