Nampak macam sedap..iaran lari merata-rata bila polis datang menyerbu!
Posa di Madinah, KSA
Ramai kawan-kawan aku heran macamana lah budak yang perangai "baik" macam aku ni boleh terlajak ke Madinah....Setiap kali depa tanya, setiap kali tu aku jawab, "I'm the chosen one!". Last-last depa pun dah terbiasa dengan aku di Madinah. Posa di sana adalah kali pertama aku berposa di tanah arab. Orang kata, "alah bisa tegal biasa". Lama-kelamaan, aku dah makan tamar dan teguk laban 2 gelas sebelum kalut semayang maghrib. Berbuka puasa di Masjid Nabawi sangat menyeronokkan sebab dari lepas waktu asar lagi akan kelihatan orang ramai berbaris panjang ditepi jalan untuk mengambil habuan sedekah dari dermawan. Ada yang datang dengan motor, ada yang datang dengan kereta, ada yang datang dengan van dan tak kurang juga yang datang dengan lori! Plastik-plastik sapra akan disusun panjang berupa saf disatu kawasan didalam masjid dan orang ramai akan berkumpul disitu. Makanan cumalah tamar, laban dan kopi arab. Bagi aku yang selalunya menyental nasi, aku hairan macamana dengan laban, 2 biji kurma (tamar@kurma juga mempunyai jumlah gula yang tinggi dan mampu memberi tenaga dengan segera) dan secangkir kopi, perut terasa kenyang dan aku kembali bertenaga! Suasana sungguh meriah. Para peniaga pulak berkeliaran dikejar polis! Yang seronoknya lepas 10 minit depa mai balik meniaga macam biasa! Pada waktu ni aku berkesempatan berjemaah di Masjid Nabawi sebab hotel yang mempunyai 650 bilik tu masih diperingkat akhir untuk dibuka. Buka 2 bulan selepas tu sewaktu musim haji! Alhamdulillah aku sempat sebulan berpuasa di Madinah!
|
12 ulasan:
saya start baca blog ni masa uncle dok mekah tu la, tah apa khabar penyamun² staf uncle kat sana tu ye... macam² kelaku!
selamat hari raya to uncle, aunty & budak² jepun ;)
Uncle...
Terringat akak sewaktu uncle masih bekerja di Mekah... Seronok betul akak baca pengalaman uncle kerja dan berbuka di mekah...Mmg menanti2 entry terbaharu uncle mengenai cerita uncle di mekah waktu tu...
UNCLE,
Suisse tu kat mana? France eh? or Switzerland? Banyak pengalaman Uncle
berposa di merata tempat sangat menarik sekali. Pernah tak Uncle berposa
di Jepun tempat Auntie?
Salam KOG.
Terimakasih kerana masih membaca walaupun saya tidak lagi berada di Makkah al Mukarramah. Penyamun2 tu semua masih ada ditempat yang sama. They like routine though! Unlike me!!! Kami masih lagi berhubung dan depa selalu bertanya bila saya akan kesana untuk Umrah ataupun bekerja lagi disana. Kak Anne kesana beberapa bulan lepas dan dia dijaga rapi oleh Usop Santorian dan penyamun2 lain walaupun package Kak Anne tanpa makan dan minum...hahahahaha....Kak Anne tanya, "Shah, what have you done to them? They treated me so so...well!". I just kept quiet...itu rahsia saya dengan associates saya! Wink!
Salam Ibu N Abah.
Saya pun heran, dalam busy2 lagu tu, masih sempat lagi buat entry setiap hari! Pergh...sampai naik kematu otak! Thanks again kak for reading my "merapu entries all these while!". Keep on reading...please......("Please" gaya Marina...dengan kepala disengetkan dan kedua2 tangan letak di dagu kiri ataupun kanan...cair saya kak!) Hahahahahaa.....
Salam Azieazah.
Betul telahan Azieazah. Suisse tu ialah Bahasa Perancis untuk Switzerland manakala Svizzera pulak bahasa Italy, Schweiz pulak bahasa German untuk Switzerland dan obviously Switzerland tu bahasa Inggeris. Di Jepun? Alamak belom lagi lah berkesempatan berposa disana! Ajaib kan?
Hello Uncle, Wow! I have not eaten pasembur 26 years! Last had in Penang.
I balek kampong, tentu dua pinggan, ha ha.
Nice pics.....
Have a nice day.
Lee.
Selamat hari raya & maaf zahir batin Uncle..
Dear Uncle Lee.
I looooooove reading your blog....love it3X! Hey next time you come back, let me know ha....I belanja you pasemborr best in ampang.....till night also dreaming of pasemborrrr! So syiok one!
Salam Yours Truly.
"Terimakasih...ku ucapkan...oh kepada mu...."(ikut lagu Kuala Lumpur alunan david arumugam of The Alleycats)
salam pak cik
masa pakcik kat langkawi tu , tentu mamber pak cik pun tak posa , sbb tu dia selalu beli makanan, hahaha
Salam Awang.
Kawan Pakcik tu memang tak pernah posa......isshhh sapalah kawan Pakcik tu. Tapi sat-sat tadi dia ada talipon Pakcik dari Kuantan...orang besaq dia la ni....hebat sungguh kawan2 Pakcik!
Catat Ulasan