Shark attack!
Pagi Ahad yang sendu, seperti biasa aku akan ke marrket dengan makcik, yang membonceng kat belakang. Sampai kat pasar, kami terus ke gerai menjual barang kering. Beli ubi, bawang, belacan dan lain-lain kemudiannya ditinggalkan disitu. Jalan ke depan, aku ke gerai ayam. Beli 2 ekor, tulang ayam 2 portion (untuk buat chicken stock) dan tinggalkan jugak kat situ. Ah Kong tukang jual ubi dan bawang dah tahu. Sam tukang jual ayam dah tahu. Aku bergegas ke gerai ikan pulak. Ikan temenung@kembong RM10 sekilo. Kira murah lah tu....aku beli 2 kilo sebagai stok just in case kalau tiba-tiba nak buat laksa pulak! Ikan banyak minggu ni dan kebanyakkan gerai yang aku tanya, rata-rata depa kata akan tutup pada raya pertama dan kedua nanti. Ok tak pa lah...depa pun nak raya jugak! Dalam pada tu, aku terus ke gerai menjual telur. Aunty Leng dah menunggu dengan 20 biji telur berharga 38 sen setiap satu. Dah naik sikit dari 36 sen! Kadang-kadang telur ni sampai 40-50 bijik seminggu kat rumah aku. Kalau tak goreng, direbus. Kalau tak dimasak, cukup setakat sandwich telur untuk bersahur! Tu yang jadi banyak! Tambahan pulak, abang yang balik dihujung minggu suka membuat kek. Lagilah cepat habis! Hahahahaha.....bila dah habis membeli, aku akan buat satu pusingan lagi untuk kutip makanan-makanan seperti ayam, sayur dan barang-barang kering yang aku dah beli tadi. Tak larat aku nak usung semua sekali gus masa mula-mula membeli! Aku tiba-tiba teringin nak makan kari kepala ikan untuk berbuka puasa. Jadi, aku berpatah balik ke gerai ikan dan membeli satu kepala ikan merah yang dibelah dua berharga RM15 sekilo. Makcik yang akan masak nanti malam dan aku sorang yang akan makan sambil sedut, "seroooot...serooottt..." kepala ikan tu....heaven! Bila aku nak makan kari, otak aku mesti teringatkan arwah mama. Ramai yang berguru dengan arwah mama. Termasuklah abang-abang aku semuanya. Makanya, abang-abang aku memang pakar memasak walaupun depa masak hanya untuk keluarga sendiri dan adik-beradik yang tahu depa pandai memasak! Jangan terkejut kalau ke rumah abang-abang aku dan melihat yang depa lah yang selalu berada didapur! Hahahahahaha....even anak-anak depa pun akan suruh pak depa masuk dapur!
Dikesempatan yang tak seberapa ini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku yang selama ini tak jemu-jemu membaca cerita mengarut aku ni dan jika terdapat apa-apa salah dan silap samada sengaja ataupun tidak sengaja sekali lagi aku dengan rendah hati ingin memohon maaf. Terima lah ucap "Selamat Hari Raya" daripada aku dan keluarga. InsyAllah jika ada waktu di musim Raya ni, aku akan tuliskan entry baru! "Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin, People!!!!"
|
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Ogos 05, 2013
Dah nak Raya woooo.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
Salam
Sg wang dan bukit bintang dulu tempat berendut masa memuda dulu hehehe
Mmg lama famous amos tu kat situ
Kesempatan kedatangan syawal ini, saya juga ingin menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf zahir dan batin atas segala salah silap
Moga syawal ini membawa kebahagian dan kegembiraan buat uncle, auntie dan anak2 juga
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat uncle
Sekeluarga....
Selamat Hari Raya "uncle" & family.
btw...what does SWP mean? a shopping mall kat Bukit Bintang ke
Cheers
rina
salam pak cik
selamat hari raya maaf zahir batin
dari penyamun sekeluarga
hehehehe
awang
Selamat Hari Raya Uncle...
:)
SWP dan BB sekitarnya adalah juga tempat taj n adik beradik shopping tuk raya...dan juga lepaking kami hehehe
pertama kali taj rasa famous amos adalah di SWP jugak,,,
Salam Rezeki. Selamat hari raya serta maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada Rezeki sekeluarga. Semoga bertambah rezekinya! FA tu memang fower dari dulu lagi. Spot yang sama jugak lebih 30 tahun...beropa lah depa bayaq!
Salam Ibu N Abah.
Saya juga ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sepanjang berinteraksi melalui blog ni...semoga persahabatan berkekalan. InsyAllah. Salam saya pada Abah di rumah!
Salam Rina.
Sekali lagi selamat hari raya dan SWP tu Sungai Wang Plaza lah tu...hahahahaha
Salam Awang.
Selamat hari raya dari Uncle sekeluarga pada Awang sekeluarga....aiii...sebok sunggoh sampai sms pon tak jawap!
Salam Taj.
Kannnnn memang Famous Amos tu membawa banyak nostalgia....bila Uncle lalu sekali lagi dengan abang dan explain kat dia yang papa dia selalu dok beli kat Famous Amos situ, berkerut dahi dia.....dia kata, "is this the best mall during your time?" Uncle angguk kepala...hahahahha
Catat Ulasan