Khamis, Oktober 03, 2013

Aku happy!

Komuter KL-Sg Gadut RM6.60

Sekali lagi aku ke Sungai Gadut. Mungkin ramai tak tahu ataupun tak pernah dengar nama Sungai Gadut ni. Sewaktu aku belajar di Seremban dulu, ura-ura untuk sekolah bertukar ke tapak yang baru telahpun terdengar. Kami tahu yang kami tak akan berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke kampus baru tapi memadailah dengan kampus kecil kami di Sikamat yang rasa aku sudah 'cukup rasa' sebenarnya. Ada padang bola yang juga merupakan padang ragbi, ada padang hoki, court tenis, court bolakeranjang, dewan makan dan dewan besar serta beberapa blok yang menempatkan kelas kami dan beberapa lagi merupakan asrama. Setiap bilik atau dipanggil dormitory mempunyai seramai 20-26 orang pelajar yang tidur di katil bertingkat (macam mangkuk tingkat) tetapi bila aku menjadi senior, bilik aku cuma ada 16-18 orang sahaja di D7. Antara katil, dikepung lagi dengan rentangan kain-kain pelikat membentuk kawasan eksklusif yang dipanggil "cube". Adik-adik junior tidak akan berani menjengah ke dalam walaupun hanya dibayangi oleh kain pelikat nipis yang hampir terkoyak! Lantai pula dilapik dengan tikar getah yang dibeli di bandar seremban dan diusung pulang ke asrama oleh adik-adik yang telah ditugaskan! Harga dikira mengikut kiraan kaki. Malulah kalau senior yang terpaksa mengusung pulang! Jadi kali ini kembalinya aku ke sekolah walaupun kampus yang berbeza, telah mengembalikan aku kepada tempat aku belajar berdikari. Tempat aku menimba ilmu selama 5 tahun sejak berumur 13 hinggalah aku berumur 17 tahun. Mana mungkin aku lupakan sekolah yang banyak mengajar aku erti kesabaran dan muafakat. Sekolah yang mengajar aku lebih banyak menyimpan rahsia daripada membocorkannya. Sekolah yang membentuk aku menjadi sangat berdikari dan mampu menempuh cabaran dimana sahaja aku pergi di seluruh dunia. Sekolah yang melahirkan ramai pemimpin negara kecuali aku! Hahahahahaha.....Kini secara tiba-tiba aku rasa terpanggil untuk membantu adik-adik aku didalam bidang yang amat aku sukai yakni sukan. Aku sedang merancang sesuatu. Tidak besar tetapi memadai untuk aku sebagai membalas jasa 5 tahun aku disana. Aku rasa inilah masa terbaik untuk aku curahkan sedikit ilmu dan pengalaman yang aku ada khususnya untuk adik-adik aku yang berminat!

JDR

Majalah HIJAB keluaran Oktober ada menceritakan sedikit tentang Jeumpa d'Ramo. Mereka memberi 2 mukasurat khas untuk kami. Terimakasih daun keladi. Selalu-selalulah tulis lagi! Dah lama kami tak keluar dimuka mana-mana majalah. Aku rasa kali terakhir ialah sewaktu Datuk Siti Nurhaliza ziarah untuk melakukan photoshoot keluaran HariRaya AidilFitri yang lalu. Tetapi setelah majalah HIJAB memberi ruang kepada kami untuk kembali menonjolkan diri, tiba-tiba rezeki untuk ditemuduga datang...walaupun bukan untuk menemuramah aku tetapi syukur kerana mereka ingin menemuramah pemilik tempat aku bekerja ini bagi menceritakan perihal 'boutique hotel' yang diusahakan. Alhamdulillah dan terimakasih kepada akhbar-akhbar berkenaan. Kami di JDR sentiasa berbesar hati apabila diberi ruang sebegitu! Matlamat kami hanyalah satu, yakni memberi kepuasan maksima kepada semua tetamu dalam dan luar negara yang menginap disini dengan layanan-layanan personal kami yang tiada tolok bandingnya....sekali lagi alhamdulillah. This is in fact a TEAM effort!

Aku percaya!

Aku percaya dengan kenyataan tersebut. Kenapa tidak? Setiap pagi gerai ataupun kedai yang menjual nasi lemak, roti canai, nasi berlauk dan nasi dagang akan menjadi tumpuan masyarakat. Kadang-kadang aku tidak terkecuali tetapi akhir-akhir ini, alhamdulillah...aku mampu menahan nafsu makan. Semuanya demi kesihatan. Aku sedih melihat anak-anak kecil dikerah makan nasi setiap pagi kerana katanya tanpa nasi otak tidak akan cerdas dan kita akan tidak bertenaga. Ada kebenarannya kerana karbohidrat menjanakan tenaga. Tetapi jika karbohidrat terlampau banyak dan tidak dibakar atau dicernakan dengan betul, ia akan berubah menjadi 'gula' dan ini bakal menyebabkan penyakit kencing manis! Aku tambah sedih bilamana mendengar cerita ataupun melihat kenyataan-kenyataan di FB yang menunjukkan hidangan yang dimasak untuk orang tersayang adalah kebanyakkannya berlemak dan bersantan serta berminyak! Jika begitulah cara kita sayangkan keluarga kita, maka cepat-cepatlah berbuat sesuatu kerana pasangan kita tak akan hidup lama!
 
Lihat saja dikantin sekolah. Apakah makanan ruji disetiap kantin sekolah diseluruh negara? Sudah pasti nasi lemak. Aku tak kata yang makan nasi lemak itu tidak baik tetapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah kita harus bijak menilai apa yang kita nak makan ataupun minum. Cuba kita lihat disekeliling kita. Rata-rata yang akan kita nampak ialah yang berbadan gempal. Apakah mereka tidak risaukan kesihatan? Apakah mereka tidak risaukan penampilan mereka dikhalayak ramai? Aku sangat-sangat sedih bilamana ramai yang akan ketawa bilamana topik diet atau bahayanya makan berlebihan diutarakan. Seolah-olah ia satu topik yang sangat menggelikan hati!


Setiap pagi..

Dah lebih setahun aku ke gym. Bermula dengan bulan Ramadhan tahun lepas. Sebelum itu aku sering sakit belakang, demam, selsema dan banyak lagi. Banyak kali aku ke klinik Gomez mendapatkan nasihat dan ubat-ubatan. Semuanya hanya mampu bertahan selama beberapa hari sahaja. Aku marahkan diri sendiri. Bila tibanya Ramadhan tahun aku, aku nekad untuk melakukan sesuatu terhadap kesihatan diri aku. Kedua ibubapa aku meninggal dunia diusia yang bagi aku masih awal disebabkan oleh penyakit 'rangkaian' seperti kencing manis dan sewaktu dengannya. Aku tahu yang ajal dan maut itu ditangan tuhan. Tapi apakah kita hanya harus berserah kepada takdir tanpa berusaha melakukan sesuatu? Jadi bertolak daripada itu aku sering ke gym. Dulu sewaktu mula-mula, aku cuma ke gym sebanyak 3 kali seminggu. Tetapi lama-kelamaan aku jadi sangat teruja bila sakit belakang aku beransur baik, demam aku berkurangan, selsema aku hilang, sakit tekak aku pun baik. Kini aku ke gym hampir setiap pagi selepas subuh. Sampai jiran sebelah rumah pun aku dah tak jumpa lagi! Mulanya aku akan berada di gym pada pukul 7.15 pagi selama sejam. Kemudian waktu aku bertambah awal, menjadi pukul 7 pagi tetapi kini selepas Yuya selepai peperiksaan UPSR, aku terus keluar rumah selepas subuh kerana gym dibuka pada pukul 6 pagi! Alhamdulillah, kesihatan aku bertambah baik. Itulah sebenar yang aku cari. Wang ringgit yang banyak tidak dapat membeli kebahagiaan jika kesihatan sentiasa menjadi masalah. Duit berjuta-juta tiada maknanya jika kita hanya terlantar dihospital tidak bergerak. Jadi disini, aku nak mengambil kesempatan ini mengajak pembaca, rakan-rakan dan sesiapa sahaja ikut bersama-sama menjaga kesihatan agar hidup kita lebih bermakna! Lead a healthy lifestyle people!

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Betul tu. Tiada gunanya duit bertingkek2 kalau kesihatan tidak memuaskan...

Kakzakie Purvit berkata...

Tabik spring kakak dgn kegigihan uncle:-

1. utk menabur budi di bekas tempat belajar
2. menjadi pengusaha sykt berbentul hospitalization
3. riadah utk sihat

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Demi kesihatan tubuh badan, saya sanggup lakukan apa saja......banyak sudah kejadian yang tak diingini saya tengok disekeliling kita. Anak2 masih kecil. Jadi saya tak mahu sia-siakan....

Tentang sekolah lama saya pulak, keinginan untuk membantu dari segi keringat sahajalah yang mampu saya lakukan. Jika tidak, hilang kesinambungannya..."once a sdarian always a sdarian". Dan pada kami, walaupun umur sudah menganjak jauh meninggalkan zaman remaja, tetapi apabila kami duduk bersama, kami masih tetap 17 tahun!

Uncle berkata...

Salam Kakcik.
Tapi itu bukan bermakna saya ada banyak duit kakcik! Hahahahaha...Itu hanyalah peringatan kepada diri sendiri dan para pembaca bahawasanya kesihatan itu amatlah penting sekali!

Al-Manar berkata...

Kami di patai timur kalau tak makan nasi dagang tak sempurnalah. Makanlah seberapa banyak tidak menjadi gemuk. Kalau tak percsaya lihatlah betapa langsingnya kami disini!

Lady Windsor berkata...

Assalam Uncle
hari ni cukup sebulan I jadi penganggur terhormat. ingatkan dah blah dari situ ada la juga masa nak rehat, rupanya sibuk berganda-ganda hehe...nanti kalau I buat roti I p singgah JDR naaa...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...