Khamis, Julai 02, 2015

14th day puasa di Mekah tahun 2009

14th Day Posa

                                                                                       (shukri paling kanan)

                                                                         (mata tak nampak pulak la ni..)

Hari ni memang aku flat sungguh. Tak berdaya rasanya. Badan entah kemana, otak entah kemana. Ni pun macam dok melayang ja rasa. Aku dapat panggilan dari sorang kawan yang datang dari Riyadh. Kebetulan pulak dia ada kat Mekah ni buat umrah, so aku pun macam biasa, on saja bila diajak minum. Kami duduk bersembang sambil dok minum teh ais yang orang Kedah cakap, "maneh melechaih". Lepas habis bersembang aku pun mintak diri naik keatas balik hotel.Baru nak naik escalator, ada sorang yang badan besar tegur aku. Alamak, sapa pulak ni? Aku kan tak berapa kenal orang..dia tengok muka aku, dia senyum. So pasal dia dah senyum, aku pun terpaksalah senyum jugak! Baru balance..Tiba-tiba, dia sebut, "Shahrir, Uncle Chilli's!" MasyAllah..aku memang terkejut tengok muka dia dok mengadap aku kat Mekah. Shukri ni dulu Management Trainee aku kat PJ Hilton, tahun 92-93.Masa tu dia baru balik dari Europe, dia pi buat Hotel Mgmt dan kerja sama aku kat UC tu. Lepas aku tinggalkan UC, Shukri pulak dinaikkan menjadi Manager kat situ. Dah hampir 16 tahun kami tak jumpa, tiba-tiba jumpa pulak kat Mekah. Shukri terkejut tengok aku dan aku pun terkejut temgok ZShulri. Dia heran macamana aku boleh ada kat sini sebab dia tahu berapa punya baik aku ni dulu! Dia pun macam aku,cuba lari daripada perkara-perkara yang tak berapa elok apabila setiap hari terpaksa bergelumang dengan pelbagai cabaran bekerja di Pub dan Bar! Lama jugak kami bersembang dan aku bawak dan tunjukkan Shukri hotel Al Safwah dan tempat aku selalu pekena teh. Shukri dah 100% berhenti dari bidang perhotelan dan menjadi kontraktor di Sungai Petani la ni. Aku doakan semoga dia berjaya. Sebelum dia balik, aku sempat snap sekeping gambar buat kenang-kenangan dengan Shukri.

Pagi ni aku bangun macam biasa, aku timbang berat dulu. Pergh...dah turun...aku dah jadi 74.8kg...horey! ada lagi 0.8 nak turun. Kalau seminggu ni aku telan Indo Mee sepeket untuk Iftar dan sepeket yoghurt al marai untuk Sahur dan minum air sebanyak 5gelen, memang sah berat badan aku akan menjunam menjadi 74kg yakni berat badan idaman aku. Sama macam zaman aku dok berlari dengan Carl Lewis dulu....actually masalah aku ni, berat badan cepat naik. Tengoklah masa aku balik KL hari tu...naik sampai 4 kilo! Ni kalau aku sorok gula 4 kilo hari hari tu, mahu kena lokap seminggu ni...

Tapi kusangkakan panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengah hari,bila aku terserempak dengan Dollah pulak kat kitchen.Dia senyum kat aku sambil cakap, "Pak, malam ni saya bikin lontong spesial untuk Bapak..." Oh tidak....."there goes my diet!"

15 ulasan:

cikgu zainab berkata...
Salam Uncle,

watch your weight!
Uncle berkata...
Yes I'm watching.....and KN you too watch out pasai article sulung dan mungkin the one and only katanya akan keluar kat Berita Harian bahagian ugama on Monday 7th.
Uncle berkata...
Yes I'm watching.....and KN you too watch out pasai article sulung dan mungkin the one and only katanya akan keluar kat Berita Harian bahagian ugama on Monday 7th.
cikgu zainab berkata...
Dear uncle,'article ' apa tu?
ms.legolas berkata...
Hi Uncle,
7hb ni keluar paper ye.. wah makin glamour uncle ye..lepas ni kalau buat filem ngan si mamat Burma yg qiut tu mesti leh jd famous gile..heh3.. mmg kelakar betul cite uncle gi umrah ngan dia tu..
leh senang lak dia jumpa balik keta dia ye..Alhamdullilah anyway uncle dapat juga mengerjakan umrah mlm tu..

Semoga Allah beri kita kesanggupan utk mengerjakan lebih byk amalan baik di bulan yg mulia ini..

regards,
ms. legolas
Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...
hehehe.. kacau betol cik dollah kita. terpaksalah makan kan.. hahahahaha
UnCLe pEt.. berkata...
akhir nya aku pasrah..
14 mngkuk lontong aku sebat jua.. ahiksss..
smpai xsahur le ek cita nya pg td..
btw.. congrats fr tomorrow uncle..
Uncle berkata...
ala....ada la cerita sikit...bacalah nanti on Monday 7th...
Uncle berkata...
eh bukannya cerita apapun...cuma share pengalamanan ja....itupun kalau keluar! Buat last minute dia cancel! Heh3...

Kereta tu memang senang jumpa sebab depa dah selalu kena tarik!
Uncle berkata...
Dear Lotfi.
Please give me more detail of the function. Berapa hari? Dari pukul berapa sampai pukul berapa? Berapa coffee break, nak 1 ka 2? Siapa punya function? Bila date dia? Siapa contact person?
Uncle berkata...
Dear UP. It's not tomorrow...it's day after tomorrow which falls on Monday, 7th.
perantau.tt berkata...
tulah kan betul.. hang dah kurus aku nmpk.. mmg kurus pun.. azli pun sama.. i wonder why.. dgn felda d saji kt bwh hotel.. anytime je klu nk ngap.. hehe..

eh piza dua bungkus.. hehe
dilaOHdila berkata...
Pergh!!!uncle
kejap jek dah banyak turun ni
kalau sambung posa lagi sebulan....memang sah untie tak kenal nanti (hehehehhehe)

Uncle
closeup donut tu memang best
shuntek angle....wow!!!!!
Uncle berkata...
Dear PTT.
@ saja? awat tak 4 ka? Ambik semua topping sekali....heh3...nama PTT tu, teringat Uncle masa kecik2, kat dalam majalah GG ada PST aka Professor Serba Tau! Heh3...
Uncle berkata...
Tambah lagi sebulan? Pergh, posa 6 pun selalu terlepas....close-up donut? Tiba2 jadi cantik...donut pun heran!

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...