Khamis, Julai 16, 2015

Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya!


(Disini aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog aku. Tujuan aku mengulang cerita di bulan Ramadhan ini hanyalah kerana ingin mengenangkan kembali kisah-kisah lama yang masih terasa baru berlalu. InsyAllah selepas ini aku akan menyambung dengan cerita-cerita kehidupan aku seperti biasa bersama-sama dengan keluarga!)
                                                                      (marina yang aku sayang)

                                                                            (semua yang aku sayang)

                       (marina tak tahu yang dia nak hantar aku pergi airport, abang dgn yuya dah tahu!)

                                                               (ulang tayang gambar birthday aunty)

                                                                    (ulang tayang - di PD tahun lepas)

Pertama sekali aku nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua serta Maaf Zahir dan Batin. Hari ni aku memang parah. Hari ni aku habis awal, lebih kurang pukul 11 malam sebab dah tak ada sahur. Lepas semuanya ok dan aku dah pesan kat penyamun-penyamun semua pasal apa nak buat, aku pun pergi minum kopi 2 cawan, jalan longlai nak balik ke bilik. Baru nak balik bilik, ada guest Malaysia talipon tanya nombor bilik aku. Dia sedekahkan 2 helai sejadah dan sehelai scarf. Aku rasa scarf tu mungkin untuk aunty kot....aku ucapkan terimakasih berbanyak-banyak pada guest tadi tu. Itu penghargaan dia pada aku. Selalunya orang bagi penghargaan sebab penerima tu dah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Jadi, aku rasa, mungkin tugasan aku dah berjaya kot...sebab tu guest tu bagi. Aku rasalah...kalau tak berjaya, aku janji yang aku akan bekerja dengan lebih kuat lagi....sebab aku masih muda trang-tang-tang!

Aku jalan balik bilik dengan longlai, aku tekan butang lif dengan longlai, aku bukak pintu bilik dengan longlai, aku salin baju dengan longlai. Aku cuba nak tidur, pusing kiri nampak muka aunty, pusing kanan nampak muka abang, pusing depan nampak muka yuya, pusing belakang nampak muka marina! Mata dok terkelip-kelip...memang sah aku tak boleh tidur. Esok Raya. Depa beraya tanpa aku lagi...parah ni. Aku termenung kat atas katil sorang-sorang....bilalah, aku nak dapat beraya dengan depa ni....la ni dah pukul 2.30 pagi. Bermakna kat KL la ni dah pukul 7.30 pagi. Mungkin dah nak sembahyang Raya ni. Anak-anak aku macamana? Ooooo tidak.......

Pelan-pelan aku bangun, muka monyok macam selalu. On kan laptop, tengok gambar-gambar lama, bukak blog orang lain, baca sikit, tak ada mood. Bukak blog sendiri. Baca sikit, lagilah tak ada mood! Sms kat aunty, dia jawab. Aku cakap skype sekarang? Dia kata ok. So sementara dia prepare, aku sambung merepek dipagi Raya ni. Nampak gayanya memang sah aku tak tidur ni. Nanti dah nak masuk Subuh. Then sembahyang subuh. Lepas tu aku terus turun pergi check breakfast terus aje lah....malas nak tidur lagi. Nanti aku ambik gambar banyak-banyak kat sana nanti. Then pergi sembahyang Raya kat Masjidil Haram. Lepas tu perang sikit dengan guests aku semua.

Aku dapat kopi Cap Hang Tuah sepeket besar. Lama aku tak minum. Sapa yang bagi? Ada sorang lagi guest terbaik aku dari KL bagi. Selalu jugak dia sms aku walaupun aku tahu dia sibuk dan berpengaruh. Dia tanya khabar. Jadi dah mestilah bila dia datang, aku jaga dengan baik..macam tu lah tugas aku dah lebih 20 tahun ni. Dok bagi orang happy saja. Bilalah aku nak happy pulak! Aku akan happy bila guest dan orang keliling aku happy. Bila depa puashati, aku lega dan seronok. The feeling is just great bila orang ucapkan terimakasih kat aku. Tak payah bagi duit ka, bagi tikit free balik kl ka, bagi lamborghini sebijik ka, cukuplah dengan ucapan terimakasih. Maka dengan itu, aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin" pada semua dikenali dan tak dikenali semoga hubungan silaturrahim kita berkekalan....

6 ulasan:

IMCurtain berkata...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.

p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
Kuey-san berkata...
Salam Aidilfitri Uncle.

Dah memang gaya org jauh di perantauan; Skype di pagi raya!

Kami pun sama! Kuantan - Glasgow
Maaf Zahir & Batin

:)
Uncle berkata...
Thanks.
Uncle berkata...
Dear Kuey san.
Macam tu lah orang kaya-kaya...heh3...skype sana-skype sini...20 tahun dulu tak pernah Uncle imagine nak jadi macam ni!
rina berkata...
Salam Uncle

Selamat Hari Raya Aidil Fitri... to you, Aunty and the kids.

Don't be sad... You have done a great job by making ppl happy. Aunty and the kids, I am sure, do understand what your job demands of.

Take care.

Rina
Uncle berkata...
Dear Rina,

you made my day! I hope they do understand.....susahnya......tsk...tsk...tsk...

Selamat Hari Raya yea!

6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat Uncle, Aunty, Abg, Yaya dan Marina.

iryantyismail berkata...

asalamualaikum uncle..selamat hari raya...comelnya marina....

Uncle berkata...

Terimakasih Ibu n Abah diatas ucapan selamat tersebut. Saya memohon maaf kerana lambat membalasnya. Ini baru sempat duduk dan tengok blog...Begitu juga dengan kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Iryanty.
Terimakasih dan saya doakan agar Iryanty sekeluarga diberikan kesihatan yang baik sentiasa. InsyAllah.

Etuza berkata...

http://madey09.blogspot.my/
blog terbaik bagiku..Satu Perjalanan..

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Etuza.
Terimakasih! Singgahlah lagi..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...