Isnin, Julai 06, 2015

19th day puasa di Mekah tahun 2009

19th Day Posa


(Pada waktu itu aku memang busy gila. Pertengahan Ramadhan, aku dah mula menghampiri 1000 tetamu setiap hari. Prosesnya adalah seperti berikut: Hari aku, tetap bermula pada pukul 9 pagi. Masuk ke pejabat dan melihat booking untuk iftar dan sahur. Check dengan Dir of Sales jika ada apa-apa penambahan tetamu. Check dengan Front Office Manager apakah ada group yang akan sampai lambat selepas iftar? 11  pagi kami ada department head meeting. Selepas department head meeting yakni pada pukul 12 tengahari, aku adakan meeting dengan FB Department pulak. Ini penting untuk memastikan yang semua tetamu mempunyai lokasi tetap utuk makan. Selepas Zohor pemeriksaan dibuat didapur untuk pastikan makanan sentiasa mengikut menu, resipi dan sentiasa fresh. Kemudian aku check di Room Service pulak untuk mengetahui berapa banyak order yang kami dapat untuk dihantar makan/minum ke bilik. Selepas Asar kami mula akan menjadi sedikit sibuk. Semua pekerja telah masuk bertugas. Aku harus pastikan yang semua bahagian bersiap sedia. Briefing dengan pihak dapur, briefing dengan pihak stewarding serta briefing dengan pihak restaurant. Semuanya selesai sekitar 6.30 petang. Maghrib merupakan waktu puncak. Semua berebut makan tamar dan minum kopi di lobi sebelum ke masjidil haram. Jam 8 malam aku diserbu seramai 1000 tetamu dalam jangka masa satu hingga satu setengah jam. Waktu Isyak dan terawikh kami sibuk untuk mengemaskan restaurant dan kesemua kawasan yang dipakai untuk iftar termasuklah kawasan lobby! Selesai jam 12 malam. Aku naik ke bilik, update blog, minum kopi dan rehat selama setengah jam sebelum turun untuk melihat sahur yang bermula jam 1-4 pagi. Jam 4.30 pagi aku pulang ke bilik dan tidur jam 5 pagi. Itulah rutin harian aku selama sebulan di bulan Ramadhan tanpa henti. Kami bekerja seperti itu tanpa cuti mingguan. Jam 9 pagi aku dah pun terpacak di pejabat mengulangi rutin yang aku cerita awal tadi! Hahahahaha.....)






Sorry. Malam ni memang aku busy gila. Lari sana, lari sini...jumpa VIP sana, jumpa VIP sini...tunjuk bilik sana, tunjuk bilik sini. Esok aku janji aku buat entry elok sikit. Bukak posa makan gado-gado Dollah. Sahur pulak makan meehoon goreng kat D'Saji...habis lah diet aku! Ni lah entry paling pendek dalam dunia aku rasa. Sorry yea...by the way, baju raya Morocco aku dengan kasut kunin ang-ang dah sampai. Nanti aku nak tayang satu Mekah. Horey! "Selamat Berpuasa!"

12 ulasan:

cikgu zainab berkata...
Dear uncle,

bab lari sana, lari sini leh kalahkan usin bolt! (check spelling)...boleh burn calorie.
kucingorengemok berkata...
tak sabar nak tengok gambar baju morocco dengan kasut kunin tu! mesti banyak makcik morocco berkenan nak buat menantu besok (hep! aunty marah nanti)
DadaIQ berkata...
Salam Uncle,
Dah improve ker food dekat D'Saji? harapnyer getting better and better. Teh tarik and roti canai memang best. Banyak lagi yang dia orang boleh improve to make them as famous as D'Saji dekat KL. Today Faiz 'merdeka" sebab dah habis UPSR. Hepi lah dia...

Selamat Berpuasa dan Berbuka,
UnCLe pEt.. berkata...
xsbaq nk tgk bju raya ngn kasut raya uncle.. ahiksss..
Uncle berkata...
Nak burn calorie macamana KN ooiii....sat-sat lontong, sat-sat gado-gado...bertambah calorie ada!
Uncle berkata...
Dear KOG.
Memang cun melecun...nampak macam Omar Sharif pun ada...nanti Nyamuk sampai, Uncle pakai, suruh dia ambik. Amacam?
Uncle berkata...
Hari ni apa nak makan kat D'Saji? Beriani Johor? Mee Sup, Heh3...banyaklah pulak. Anyway, bila nak datang lagi?
Uncle berkata...
Tak sabaq yea....nak tengok yea....takpa, nanti Uncle ambik. Lepaih tu kita tayang satu Pokok Sena! Heh3...
rina berkata...
Can't wait to see yr Moroccan dress.. Hihihi...I suggest Uncle pose catwalk in that Moroccan dress especially for yr blog readers.

Wa caya lu!

Cheers,
Rina
UnCLe pEt.. berkata...
jgn lupa guaq, gjah mati, langgaq ngn kola nerang sama..
depa suma dok tgu ksut kunin ang2 uncle tu.. ahiksss..
Uncle berkata...
Dear Rina.
Tak boleh tunjuk lagi...Bagi suspense sikit!
Uncle berkata...
Ish...macamana yang tu semua boleh lupa?

2 ulasan:

iryantyismail berkata...

kuning ang ang tu kuning apa uncle ? :-))

Uncle berkata...

Iryanty Ahamad

ang-ang tu digunakan oleh masyarakat Hokkien apabila menerangkan sesuatu yang berwarna terang. Merah ang-ang...= merah menyala...kuning ang-ang = kuning terang! Dan begitulah seterusnya!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...