Rabu, Februari 11, 2009

"...kulihat hijau..."

(karapoley dengan pandan yang hijau)

(pokok mangga dan pokok besar, selalu orang datang pikat burung kat situ)

(yeay pokok aku dah dewasa...)

Ingat tak entry aku pasal pokok yang aku tanam kat depan rumah dulu? Pagi tadi baru aku perasan yang pokok tu semua dah besar panjang. La....pokok yang tergantung tu dah panjang dan dah terjuntai daunnya ke bawah...pokok sebelah dia walaupun tak terjuntai tapi daun dah melebar sikit. Itu tandanya aku berjaya menjaga pokok-pokok aku dengan baik dan bagi cukup makan...(macam aku jugak yang sentiasa cukup makan!). Gambar yang kat sebelah tu pulak pokok karapoley aku yang dah aku cantas 475 kali tapi tetap naik subur menghijau. Sebab aku ambik gambar karapoley, malam ni aku nak masak kari ikan tenggiri. Actually bukan aku yang masak..heh3..

Cerita pasal pokok karapoley ni, teringat aku masa dulu-dulu, circa 1977 dan masa tu aku kat darjah 3, SR. Banda Hilir Melaka. Ala...sebelah sekolah SFI dengan Convent tu...belakang dia kan MHS....aku ingat, aku ingat..Aku tinggal kat Henry Gurney Telok Mas Melaka. Ala..yang aku naik bas Makcik Zaharah pergi sekolah tu...yang sebelum tu main chaptey sampai peluh-peluh tu..."masih kah kau ingat...!". Nak dijadikan cerita, kat belakang rumah aku ada pokok karapoley. Masa tu kecik sesangat macam tak cukup makan. Jadi tiap-tiap hari kami jaga. Jirus air lah...jirus air ikan lah..biar kucing aku berak kat situlah..macam-macam kami buat. Time tu yang ada kat rumah cuma hero-hero aje sebab kakak-kakak aku dua orang tu kat KL. Makin lama makin besar. Makin lama makin besar pokok tu. Masak dan makan kari jangan ceritalah. Almost everyday..sampai orang-orang kat keliling rumah pun datang ambik karapoley. Famous gitu..Memang besar pokok tu dan sebelum main bola kat belakang rumah, aku, aman dengan betuk (apa jadi dengan aman dan betuk)akan panjat pokok tu dulu. Lepak-lepak sambil cerita pasal masa depan yang tak tentu hala..aku ingat lagi Dak Aman nak jadi askar, Dak Betuk nak jadi polis dan aku....macam biasa, tak tahu nak jadi apa...ni aku cuma nak bagitahu yang pokok tu memang besar sebab kami 3 orang boleh lepak kat atas pokok tu. Ni real ni...bukan fantasi...Pokok Karapoley tu kalau si Steven Spielberg atau Night Shamalan tengok mesti dia buat cerita misteri....serious tak tipu..bawah pokok tu boley siap buat pondok lagi ala-ala tempat pemain simpanan bola kat tepi padang tu. Ala....aku pacak 4 tiang kat tepi lepas tu letak pelepah kelapa. Habis cerita...sekejap-sekejap tumbang, sekejap-sekejap tumbang!

Teringat pulak aku masa arwah Bapak duduk kat Pulau Jerejak dulu. Kalau tak silap aku Rumah-rumah pegawai terletak kat "Camp 4" (sekarang ni dah jadi Jerejak Resort and Spa kot..). Kat depan rumah aku ada pokok yang janggut panjang berjuntai tu...mama selalu cakap malam-malam hantu suka bergayut kat situ. Then aku tanya mama...kalau siang hantu tak bergayut ke? Mama cakap hantu tak bergayut siang-siang sebab nanti orang nampak..aku pun jawab ooooooooo macam tu ka? So, since malam-malam aku tak boleh bergayut kat pokok tu sebab hantu nak bergayut, aku pun ambik shift siang untuk bergayut kat pokok tu. Memang seronok. Rasa macam Weissmuler pun ada (tu tarzan first batch tu, Weissmuler tu!). Sampai boleh lupa makan kalau bergayut kat pokok tu. Memang betullah cakap mama. Ada hantu...sampai lupa nak balik! Then ada pulak kat depan tu kami tanam pokok tembikai. First time aku tengok pokok tembikai. Selalunya makan terus...pokok dia menjalar. Sebab terlampau excited, belum sempat besar buah dah hilang...heh3...Memang berhantu pokok janggut tu...ni pun kalau David Teoh tengok mesti buat filem seram ni....heh3...

6 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam Uncle..lama tak komen.ada baca juga! itu tangan ada hijau nampak..lama cuti. bila pulak uncle balik ke Makkah? ataupun ke destinasi lain pulak??

Uncle berkata...

Kak Nab.

Ni balik serampang 2 mata...Mama saya sakit. Sekarang saya bawak tinggal dengan saya dan since Mekah masih lagi low season, Saya ambik kesempatan cuti lebih untuk jaga Mama. Ostoeporosis, kencing manis, darah tinggi dll. Kadang2 nangis teringat anak-anak dan cucu-cucu walaupun kami ada sekeliling. Tu yang saya berat sangat sekarang. I'm the youngest in the family.

Uncle

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

sebelah karapoley tu uncle tak mention pokok nama apa..saja nk habaq, nama dia lidah mak mertua..hehee

Uncle berkata...

Dear Siti.
Yang tak habaq tu pasai tak rgeti. Tu yang betoinya..thanks for the info. Amboi nama..ngeri...

Uncle

PINATBATE berkata...

Salam Uncle..
nak mintak tolong carikan kerja my sedara boleh tak? Dia ni dah 5-6 tahun jadi tukang masak tabung haji masa musim haji tapi lately dah tadak kerja dok menganggur..serious ni..nak mintak tolong carikkan kerja line masak memasak ni...please..

Segala pertolongan didahului ucapan Jazakallahu khairan kathira.

Uncle berkata...

I need more detail please....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...