Jumaat, Februari 06, 2009

Lumba Lari...

(Abang kat lorong 1 dapat nombor 2. Kalau kat lorong 9 mesti dapat nombor 10!)

(Abang panic tunggu giliran, macam aku panic cari kakak aku dulu!)

(Penonton dan penyokong Abang penuh satu stadium. Heh3...)

(Memang style stadium ni...world class!)

Masa aku kecik-kecik dulu, aku memang kuat lari...masa darjah satu kat Francis Light Penang tu waktu rehat aku kelam-kabut cari kakak aku yang selalu dok tunggu aku kat luar kelas (dia tunggu result MCE masa tu, 75'. Dia kat St George's). 5 minit sebelum start rehat mata aku dah dok melilau cari dia. Depa kata "loq liaq-loq liaq" (tu pergerakan anak mata yang kekiri dan kekanan dan mungkin keatas dan kebawah!). Tak nampak batang hidung dia. Aku panic. Bunyi saja loceng, aku terus kalut lari keluar kelas straight pergi canteen sebab dia selalu tunggu kat situ. Sebab aku panic, aku tak nampak tali rentang kat padang yang depa pasang supaya budak-budak tak lari atas padang yang rumput sejemput tu. Zapppp.....tali kena kat leher aku. Terlentang aku atas padang...nangis sikit kot...baju sekolah dah kotor. Kakak aku yang tengah tunggu kat canteen tapi kat meja lain, dah nampak. Aku ingat, sebab aku dah kira sampai kat finishing line siap ada tali macam pemenang selalu sampai, aku kira aku dah menang lah...memang number one in the world...

So nak dijadikan cerita, Abang cakap kat aku dia dapat wakil sekolah peringkat daerah untuk acara lontar peluru, 80m berpagar, 4X100m dan 4X200m. Pergh macam aku dulu jugak...so aku dengan bangga dan kembang hidung, pagi tu bangun awal. Lepas solat terus hantar Aunty pergi kerja then melencong ke Bukit Jalil Stadium cari Abang. Parking kena RM2. Cis...kalau pergi dengan Harley aku kan senang! Aku sampai pukul 9 pagi. Tunggu punya tunggu acara Abang tak start-start lagi. Aku tanya kat Abang dia cakap pukul 2 baru start. Huh? Pukul 2? Adoi mak.....matilah aku kat sini...apa nak buat? Nasib baik aku bawak newspaper 2 then novel satu. Habis newspaper tu aku ulang baca 3X. Iklan kempis perut pun aku dah hafal, apa lagi "Felisa Cosmetic Seni Kecantikan...." (Yuya selalu dengar iklan ni kat Era).

Aku melilau lagi cari tempat makan. Kakak cleaner tu cakap kat luar dekat stesen keretapi. Oh yea? Aku jalan ..... aku order makanan favourite aku, "Maggi Goreng dengan mootek uney". RM4 tu.......biar betul? Tapi kat Pelita Ampang Point pun RM5! Gila betul mamak-mamak kat sini. Lepas makan aku pergi tengok Abang lontar peluru. Confirm Abang kalah sebab yang lain-lain tu badan depa dah extravaganza walaupun U12. Abang cakap tu acara kena paksa sebab dia tak minat lontar-lontar ni, dia minat lari...lepas tu barulah acara dia. Part ni memang ok sebab Abang dapat nombor 2 dalam dua-dua acara tu....aku dah terbayang kalaulah Abang dapat nombor 2 kat Olimpik, mesti kaya ni....siap dapat title Datuk lagi...heh3...Datuk Arman Azumi....kelas...macam orang kaya-kaya...eloklah sikit dari Datuk SRK yang tah hapa-hapa tu!

Masa aku darjah 2 kat Francis Light (tok aku panggil sekolah toslet @ torch light sebab ada light kat belakang) tok aku masuk hospital mata dekat-dekat situ jugak (aku dah lupa nama dia dan aku tak ingat ada lagi ke tak hospital mata tu) sebab masalah cataract. Aku sangat rapat dengan tok aku. Malam tu sebelum tidur aku dah plan nak pergi melawat tapi aku sekolah pagi...macamana ni? Tak pa...aku pergi sekolah dulu then cakap kat cikgu. So pagi tu aku cakaplah kat cikgu nak tengok tok potong mata! Cikgu tak bagi. Oooo tak bagi yea...takpa-takpa. Aku cakap cikgu nak pergi toilet, keluar aje kelas, aku terus pecut lari. Kelas aku mengadap padang bola, so aku pun straight lari kat padang tembus gate kat sebelah sana. Tukang kebun pun terkejut sebab memang tak ada dalam kalendar sekolah hari tu hari sukan! Kona kiri, jalan terus dan terus dan terus, aku nampak hospital mata. Aku masuk main entrance tapi lepas tu aku masuk ward ikut pintu belakang. Jumpa katil tok aku. Tok terkejut tengok aku. Aku terkejut tengok tok. Macamana dia nampak aku? Kata mata tak nampak?

So tu lah bermulanya sejarah aku berlumba lari pada zaman dulu-dulu selain daripada sejarah mak aku kejar sebab aku pergi main perang-perang masa Kak Anne kahwin dulu dan jugak sejarah Ustad Peroh, Cikgu Mat Tulang, Cikgu ..ra Budin dengan Cikgu Simbab kejar aku dulu masa kat sekolah.......and like they say, "The rest is history!" Heh3....

12 ulasan:

PINATBATE berkata...

Hadoii..gelak.. lawak.. kelakar sampai nak putus urat kentut baca cerita sejarah Uncle dolu-dolu..

Uncle berkata...

Hah3...Uncle sendiri pun terkekek-kekek ketawa! Banyak lagi kisah menarik...boleh buat buku ni bila pencen nanti...

Uncle

Hafitah berkata...

Unle ni memang banyak berlari nampaknya...tu yang turun ke abang tu. harap2nya abang tak lari dari warden/cikgu nanti

Kuey san berkata...

'Datuk Arman Azumi'

name dah ada jepun2 :)

sprinter la anak uncle eh..

ptt la tggi je tengok.

perantau.tt berkata...

Salam Uncle.. alamak macam saya dulu a.. feberet game.. lompat pagar 80m.. dapat gak wakil zon pudu dulu.. hehe pas tu kantoi..

just wondering if you can propose any name in your hotel in mekah? tadi kol, depa leh bagi 570.. kot2 kalau guna nama uncle leh dapat murah lagi ke.. maklumlah nak booking 4 bilik kali ni for 3 nites..

sorry ye kacau u tgh cuti.. hehe.. sebab ur hotel is the only choice we have.

Uncle berkata...

Dear PTT.

Try tengok nama Uncle kot2 dapat kurang kalau tak pun lebih....Anyway our Sales Director is Saeed Abadi. Sayang kalau Uncle ada kat sana mesti settle cepat!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Fitah.

Memang Uncle kuat lari dulu. Kalau tak percaya tanyalah warden2 tu semua. Heh3...sekarang ni, lutut sakit lah...macam2 ada...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Kuey.

Memang Uncle letak nama Jepun sikit. Then next ada Yuya then lepas tu Marina Ayumi. Nama Uncle je tak boleh tukar sebab dah 41 tahun macam tu...Ingatkan nak letak Akihito (emperor)ka Akebono (sumo wrestler)ka...ngeri sikit..

Uncle

Kuey san berkata...

wakakak.. nasib baik Uncle berkenan dengan nama Doraemon.

Naruto ke..

hehhe~


ps: as usually, u never fail me to laugh.

xD

VimmiYasmin berkata...

Uncle
salam salam
kat KL sampai bila?
bila nak lepak lepak ni?

Uncle berkata...

Dear Kuey..

Thanks...ye ke tu? Uncle tak suka cerita yang serious-serious...kalau nak yang serious bacalah buku-buku ilmiah...heh3...

Uncle berkata...

Dear Vimmy.

Pekena tey amacam? Uncle anytime available insyAllah...let me know.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...