Isnin, Februari 16, 2009

Yuya punya hal..

( sorry gambar lupa nak pusing, tapi pose memang pose goalkeeper!)

(sebelum lawan AC Milan)

(stretching dulu sebelum main)

(Yuya pulak paling kecik!)

Semalam Abang dengan Yuya ada game bola kat Kompleks Stadium Shah Alam. Kena ada kat padang pukul 7.30 pagi. Jadi lepas sembahyang subuh kami terus pergi sana sebab Abang dengan Yuya dah tak sabar-sabar nak main. Dari malam tadi dah cerita pasal bola. Yuya tak sabar nak jadi goalkeeper. Glove gk dia masukkan kedalam beg bola dia siap-siap. Memang nampak macam tak sabar sangat. Pagi dalam kereta tiba-tiba Yuya jadi diam. Mungkin nak concentrate untuk game nanti kot...sampai aje kat padang bola, Yuya terus berlari cari coach Mahat yang jaga budak-budak U8. Yuya dapat main. Happy gila dia. Muka serious je unlike the normal Yuya yang selalu horey-horey tu...Yuya lompat sana lompat sini pergh....memang bakal jadi goal keeper handal ni...malam pulak bila tidur...alamak...posing macam tengah tangkap bola? Heh3....anak aku...

Tengahari kami balik. Memang panas lit-lit...jalan belum jammed sebab LTDL belum start lagi. Petang Abang dengan Yuya nak pergi training bola denga kelab pulak! Adoi mak...nasib baik aku ada lagi, kalau tak memang nangis Aunty!

4 ulasan:

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

uncle..
bila balik makkah?

i am going for umrah on 20th march 2009 heheh

Uncle berkata...

Dear Husin

Uncle masih lagi di KL sebab ada banyak lagi yang perlu dibereskan i.e. we will be attending an Islamic Expo at PWTC this Fri-Sun from 9am - 7am and I will be there promoting the hotel. InsyAlalah kalau tak jumpa sana definitely jumpa sini, maybe PWTC if you have time!

Uncle

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

panas lit-lit..hehe
konpom uncle org utara ni..

Uncle berkata...

Dear Siti.

Orang kata bila depa tengok Uncle dari belakang pon depa tau yang Uncle orang Penang. Kacau ni....memang "misteri nusantara betoi.."

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...