Khamis, April 23, 2009

Keciknya..

(smoked salmon aku yang 2 hari nak cerita bagi faham!)

(satu lagi appetizer aku)

(shrimp cocktail)

Aku sukakan portioning yang kecik-kecik. Presentation nampak chomey. Kalau presentation nampak chomey, makanan tu cepat habis. Kalau cepat habis, chef aku kena cepat replenish, kalau cepat replenish, makanan tu mesti fresh....itulah style aku. Jadi presentation aku mesti cantik sebab orang puteh kata, depa makan melalui pandangan dulu. Walaumacamanapun, makanan tu mestilah sedap in the first place. Makanan di hotel especially di Asia kat belah-belah kita selalunya dia buat macam tu. Tapi kat sini terbalik. Presentation dia gedebak, besar-besar dan banyak-banyak. Sekali cedok dah berlubang kat dalam chafing dish. Nampak dah tak cantik. Benda tu lah yang aku terapkan kat dalam kepala otak budak-budak sini. Tapi memandangkan kat sini crowd dia lain macam dan makan pulak macam naga, kebanyakkannya diletak didalam big quantity. Aku tak salahkan depa. Aku bagikan idea untuk present smoked salmon dalam pelbagai cara. Lama jugak nak cerita bagi depa faham. Last sekali faham jugak depa ni. Pokok pangkalnya, kita mesti ajar dan justify apa yang kita nak. Kehendak kita dan kehendak guests. For the time being, kira oklah..

Tupun banyak lagi yang aku nak tukar. Meja buffet memang style 1940an. Masih pakai oblong table dan pakai skirting. Kat atas dia masih pakai satin cloth. Aduh...sedih aku tengok. Tapi bila aku pergi Le Meridien, Hilton dan InterCon, depa pun macam tu jugak! Alamak....tu lah masalahnya kalau kita duduk sampai 10-20 tahun kat satu-satu tempat. Fikiran dan idea pun dah jadi narrow. Memang ambil masa kalau nak explain. Tapi aku bernasib baik sebab towkey-towkey besar kat sini faham apa yang aku nak, walaupun kadang-kadang berbulan-bulan jugak aku dok cerita benda yang serupa kat depa. Mungkin depa ni nak kena tukar software kot!

Masa aku kat sekolah dulu aku cukup seronok memasak sebab aku belajar Traditional French and European Cooking. Chef aku masa tu Swiss-German (lupa pulak nama dia). Masa tengah dok masak-masak, dia suruh aku pergi ambil Rosemarylah, Dill lah, Thyme lah kat belakang dapur sebab kami memang tanam kat belakang dapur. Favourite aku masa tu kalau nak makan, aku pergi petik daun Balsamic (sorry nama melayu susah sikit) then petik tomato kat belakang dapur. Aku hiriskan tomato, aku letakkan sliced mozzarella cheese dan aku letakkan sehelai atau 2 daun basilica. Jadilah tomato mozzarella. Sedap dan aku suka makan. Pastry Chef aku nama dia Muller. Pun Swiss-German. Baik sungguh Chef Muller ni, tak pernah aku jumpa Pastry Chef macam ni punya baik. Number one in the world....daun Rosemary pulak aku masukkan dalam ayam sebelum grill. Memang sedap, aroma dia mmmmmm power. Masa time memasak memang aku enjoy sungguh. Aku pulak kalau masak memang tak ikut sukatan. Semua aku lepas masuk. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang rasa lain sikit...anyhow tu nama dia fusion. Campur Asian sikit, campur European sikit and voila...ready to be served!

Tapi lately ni aku cukup malas nak masak. Kena pulak kalau Aunty ada. Lagilah manja...heh3...masakan Melayu ni aku suka. Memang sedap tapi masalahnya ialah ramuan yang dipakai. Part tu aku selalu sakit kepala. Dulu aku heran pasal apa aku selalu sakit kepala. Tiap-tiap minggu aku macam tu. Berat badan pulak jangan ceritalah...ada sekali sampai 90 kilo! Aunty tengok memang terkejut masa tu. Baju dan seluar semua dah jadi sendat! After a while, aku tersedar yang aku kena jaga pemakanan. Bila aku dah start jaga, sakit kepala yang nyut-nyut tu pun dah hilang. Eh magic la pulak! Dari situ aku start sikit-sikit. Control minyak, control nasi, control carb intake, control gula etc....nampak gaya alhamdulillah. Allah bagi aku kesihatan yang baik setakat ni. Aku teringat pulak kat pepatah orang putih. Depa kata, "you are what you eat". Depa la kata...aku tak kata....heh3...

8 ulasan:

perantau.timur.tengah berkata...

uiks.. tak jumpa pun aritu.. hehe masa bfast takde ek.. hihih..

pekabar? bz semestinye ye tak..

takpe.. bagi makan tuk org buat ibadah pun dah besar ganjarannya..

apetah lagi di tanah haram..

eh.. jumpa hujung bulan ni insya Allah... tunggu....! :)

Uncle berkata...

Eh, hujung bulan? 3-4 hari je lagi. Nak pakai parking ka? Heh3...let me know when the date is fixed. By the way, Nyamuk is here again....c/o on Sat. Kejap lagi jumpa la kot, dia masih kat Haram ni...

vy berkata...

uncle

alamak sedapnya tuh!
buat sendiri kat rumah
pastuh makan dengan aman damai
hahahaha

kalo makan kat hotrl , malu asyik nak pegi refill jer sebab sedap banget

uncle hari ni tlg DOA kan Haji Farid murah rezeki!
ada increment katanya bulan ni.

Uncle berkata...

InsyAllah uncle doakan nanti lepas sembahyang jumaat. Kalau dapat itu makna rezeki Allah bagi dan sebab dia dah kerja kuat dan bukannya sebab doa Uncle.....insyAllah dapat..

siti tanjung berkata...

last nite sy baru pi pekena shrimp koktail dgn beef ribs kat the curve. yumyum luvly..mmg sedap! bos open table..hehe..
uncle balik penang nnt ley mai ajaq sy memasak..campak2 je..

Uncle berkata...

Siti T.

Cheq rajin ka dok pi kat curve tu? Uncle minat satu kedai ja kat situ. Ground floor ada satu kedai rugby nama dia CANTERBURY. Tu kalau masuk tak keluaq2 dah!

dilaOHdila berkata...

sakam uncle
seronok tengok uncle hari2 dok buat prod shoot untuk hotel ni. Kalau dekat nak dilla minta permission uncle nak shoot sama....
anyway tq uncle 4 de simple note tuh. nanti nak kena habaq kat cikgu food dila tu.......

Uncle berkata...

Alaaah, Uncle bukannya tahu sangat pun, cuma kadang-kadang terikut apek-apek tu semua shooting for my new menu kat KL dulu!

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...