Rabu, April 29, 2009

Untitled!

(sabun FA yang aku beli kat Bin Dawood)

(tea tree oil)

(nak beli jeep?)

Masa aku kecik-kecik dulu ada beberapa jenis sabun yang aku ingat aku pakai dulu. Kira famous betullah masa tu. Then tiba-tiba sabun tu hilang dari pandangan. Aleh-aleh aku ternampak pulak sabun tu kat sini, eh sabun "FA". Amboi lama sungguh aku tak tengok ni. Sungguh..aku tak tipu! Ada satu lagi brand, nama dia "Lifebuoy". Ni pun sabun aku masa kecik-kecik. Ala....zaman-zaman Noor Kumalasari dengan Yusuf Haslam umur 23 tahun! Seluar bell bottom kotak-kotak tu! Masa aku mula nak daftar kat sekolah yang kat Seremban tu aku ingat lagi, salah satu stok yang aku bawak banyak ialah sabun mandi. Kira boleh simpan sampai 3 bulan lah lebih kurang. Tapi last sekali aku ingat, seminggu semua dah habis kot. Locker aku kena kopak. Ganas budak-budak kat situ...kalau kunci atas, dia kopak bawah. Kalau kunci bawah, dia kopak atas...then kalau kunci atas-bawah, dia kopak pulak kat tengah!

Kadang-kadang tu pulak kalau aku terasa sangat letih sebab penat bekerja, mata aku dah tak boleh nak tutup pulak. Ah kacau nih. Pusing sana- pusing sini tak boleh jugak nak lelap. Lompat katak, lompat bintang, kuak lentang, golek-golek kat koridor, hantuk kepala kat dinding pun tak boleh tidur jugak....Aaahhhh tensionnya, esok nak kerja lah, bukannya cuti ni..esok breakfast ribu-ribu, dah tak main ratus-ratus lagi dah. Tu kat KL...chewah, sombongnya...then aku teringat kat dalam beg make-up (bukan perempuan saja yang ada ok!) ada sebotol kecil minyak tea tree. Aku calit kat jari, sapu kat hidung, aku ingat lepas 5 minit dunia dah tak ingat aku dah. Pergh lega rasanya dengan bau dia yang ala-ala buah pala Chowrasta tu, sedar-sedar dah subuh! Cerita pasal calit kat hidung ni aku teringat jugak yang mama selalu sapu Vicks Vaporub kat hidung aku sebab selsema. Kadang-kadang aku calit sendiri sebab nak kasi berangin lebih. Selalunya aku terlupa nak cuci tangan dan terus pergi toilet, lepas tu mama dengar aku jerit adoi...................heh3.......

Hah, ni ada satu lagi iklan kereta JEEP. Bukannya aku nak tipu tapi ni lah harga kereta kat sini. Amacam ada berani? Nak order? Berapa nak? Sekilo? Dua kilo? Kalau yang pakai Camry 2.4 tu tengok-tengoklah kat orang yang bawak kapchai macam aku ni...kadang-kadang kalau selisih dengan depa ni, amboi muka....senyum lah sikit bang...so pada yang pakai Camry dan tak tengok kapchai yang berhenti kat traffic light Ampang Point macam aku ni, buat pengetahuan anda semua, kat sini standard kereta tu cuma teksi......heh3....

14 ulasan:

Nek Rock berkata...

yooo salam uncle,

yehhhhhhhhhhh nek dah abis mentelaah citer uncle dari mula hingga terkini, skali url uncle ilang semalam, uwaaaaaa kalut nek cari tak jumpa2 gak, haaa terpaksa lerrrrrrr email azli minta kat dia..ehehhe

your story mory banyak mengingatkan zaman kecik2 dulu, tu yg bes nek baca sengeh2 sowang2..ahhaa

oh yaa kira uncle dah zaman canggih masa kecik2, mampu guna lifebuoy lagi, masa zaman nek, guna sabun cap kapak jer..itu ler tenyeh badan ngan itu gak sabun yg basuh baju, lalalala

pssttt kalau nak beli kan maam tod's jengah2 laa butik nek yaa:)

keep on writing!!

Uncle berkata...

Oh....TOD'S pun ada ka? Ni tak boleh cerita kat Aunty ni, nanti dia tuntut....so, dah habis baca lah yea....cepatnya! InsyAllah Uncle akan tengok kat butik tu. Tapi price dia, mak aiii ngeri!

kucingorengemok berkata...

walaupun saya tak bawak camry, atas nasihat uncle, saya akan sllu senyum kat abang motor lepas ni. haha. mesti org ngeri tgk :)

Uncle berkata...

Dear KOG.
Your reply bring smile to my face! Heh3...kelakar jugak kalau KOG asyik senyum tak tentu pasal!

PINATBATE berkata...

Uncle,
sabun basuh cap OMO ada tak kat sana?

Uncle berkata...

Huh? Ada ka? So far belum jumpa lagi....nanti bila off day i'll go and search. Heh3...

cikgu mas berkata...

Salam uncle..nostalgia betul sabun tu,dah tak de kan,rasanya zmn saya belum tadika lagi.Ye ke camry 2.4 setaraf teksi?,pernah sorang hamba Allah yang baru beli kereta tu bgtau sy cikgu sekolah jgn berangan nk pakai kereta tu,eksyen betoi dia.ha.ha teksi rupanya..

Uncle berkata...

Sini depa buat teksi ja.....dulu uncle pun teringin jugak, tapi bila tengok dah jadi teksi, simpan jelah angan-angan tu. Uncle pakai avanza hijau je (ala..yang boleh round satu malaysia tuh!) jadilah....rezeki takat tu. Aunty yang pakai pun...uncle pakai kapchai je pergi kerja...ada gambar motor tu dalam earlier posting!

Kembara Musafir berkata...

hahaha... that's a good one...!! camry teksi jer...! kalo depa kat Mesia yg perasan lebey tu gi ke Europe, hmmm... lagi depa terkedu... mercedes tuh depa guna utk taxi gak...!! :)

uncle, got la Omo here... can find it in Carrefour in UAE, sure got oso lah kat KSA...

Uncle berkata...

Ye ke? Nantilah pergi cari kat Bin Dawood. Apalah rupa OMO tu kan? Btw kat Jepun pulak pintu teksi bukak sendiri. Automatic! I still remember when I took a merc taxi from Montreaux to Bouveret (15 minit perjalanan) and I had to pay SFr 120/ in 1994!

dilaOHdila berkata...

salam uncle....
wah nak beli jeep erk
bagus jugak tuh. sekarang ni keter dah manyak turun harga.

** Uncle
tak ada ke gambar food lagi. kasi up sikit uncle....:-)

Uncle berkata...

Eh malulah...uncle tak pakai DLSR macam dila. Uncle punya yang pakai buang tu! Macam lampin Marina. Heh3...insyAllah dengan permintaan ramai (walaupun sorang) Uncle akan UP jugak nanti. Tunggu dan lihat yea!

siti berkata...

sy pon suka sapu vicks kat hidung..hehehe..
kira smp zaman sy ada lagi la uncle..

Uncle berkata...

Siti jangan jadi macam uncle na....uncle salah tonyoh! Heh3.....

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...