Ahad, April 05, 2009

Rindunya aku..

(tengok tu muka Yuya...sempat senyum lagi!)

(yuya dan bola)

(tahun ni abang masuk under 12 elite)

(team abang ni baru sign-up sponsorship dengan CIMB, cayalah..)



Malam tadi system aku dah switch off pukul 11 malam. Aku letih sangat. Seminggu aku jadi tunggang-langgang. Plan nak buat lain, dah jadi lain. Jemaah bertambah dari sehari ke sehari. Memang aku tanya orang lain pun depa cakap selalunya time ni jemaah tak seramai ni. Aku kaget...semalam masa aku minum teh dengan chef aku, assistant aku dan manager aku kat tepi tingkap sambil mengadap haram, aku tengok, wow...ramai betul orang. Dah macam Ramadan pun ada. Suasana tetap meriah walaupun suasana ekonomi dunia masih lagi tak meriah. Maka oleh itu, ramailah orang cuba mengambil kesempatan didalam kesibukan ni. Dulu masa aku balik KL ada kawan aku bertanyakan peluang untuk berniaga kat sini. Dia nak buat business kat sini. Part ni aku kurang minat sikit. It's not that I'm not optimistic with the current situation in Mekah yang sentiasa ada banyak peluang, tapi niat aku kat sini lain...dan bagi orang yang tak pernah mai sini ataupun 1-2 kali mai dan tengok keadaan kat sini memang depa ingat berniaga lah cara yang senang. Selalunya depa tak buat homework awal-awal. All the legalities kena tahu...apa nak berniaga? Siapa partner kat sini? Boleh percaya ka depa ni semua? Berapa duit nak labur? Sapa nak jaga kedai? Lesen? Issyyy banyak lah benda yang kena buat. Company besar-besar kita pun bungkus...apa lagi kalau setakat nak jual nasi bungkus! Memang bungkus! Walaumacamanapun aku cakap kat kawan aku tadi yang aku tak tahu apa-apa pasal berniaga ni...aku pun kerja dengan orang....habis cerita!

Semalam aku tidur pukul 2 pagi sebab melayan tengok drama Jepun. Apa kesudahan dia. Nice story, tapi macam biasa, cerita Jepun ni lambat sikit nak sampai kemuncak. Jadi aku terpaksalah tengok sampai habis. Semua ada 12 episodes dan dalam satu episodes ada 4 part. Seminggu aku tengok, tiap-tiap malam....pagi ni aku dapat sms pukul 6.30am dari travel agency kat KL bagitahu pasal dia punya guest arrival. Alamak makcik....aku tengah tidur lagi la.....aku tahulah kl dah 11.30am, tapi fahamilah dakuuuuuuuu!

Aunty hantar gambar anak-anak. Aku happy dan sedih tengok anak-anak aku yang aku tinggalkan kat KL. Kesian kat depa. Frankly speaking, 24 jam aku teringatkan anak-anak aku dan aunty. Pasal depa lah aku bertungkus-lumus ni. Malam tadi sebelum tidur aku cium pipi anak-anak aku yang kat tepi katil aku tu. Kasih sayang aku tertumpah kat depa semua di KL.

Abang minggu depan dah start tuition. Kesian memanglah kesian, tapi nak buat macamana? Pagi sekolah kebangsaan, balik rumah setengah jam dah siap-siap pergi sekolah ugama. Balik sekolah ugama cikgu datang ambil pergi practise bola kat sekolah then cikgu Mat hantar balik rumah (ni pasal aku takde dan aunty balik lambat), bola tiap-tiap petang pulak tu. Then starting from this coming Tuesday aku dah upah cikgu datang rumah ajar Abang sorang setiap Selasa dan Rabu pukul 8-10 malam. Lepas tu Sabtu dan Ahad Abang ada latihan bola dengan club pulak dari 3-4.30 petang......macam ni lah kalau kita nak compete dengan budak-budak lain.....kalau tak memang ketinggalanlah jawabnya...hari ni aku off. Aunty talipon dan aku sempat cakap dengan Abang dan pesan kat Abang agar belajar bersungguh-sungguh dan dengar cakap Mama. Kalau Abang belajar rajin-rajin, Papa benarkan Abang main bola. Abang cakap ok dan janji akan belajar bersungguh-sungguh. Aku tersenyum puas......dan letakkan talipon....

8 ulasan:

vy berkata...

uncle

sob sob!
sebak!

Uncle berkata...

Uncle lagilah sebak Vy ooiii....macam ni lah nak cari makan untuk anak-beranak...argh.....parah....bulan 12 nanti baru balik KL kot...tu pun kalau ok lepas haji....sementara anak-anak ada kat tepi Vy, jagalah elok-elok...

Akmal berkata...

uncle,
wah, family uncle nih boleh tahan jugak dalam sukan ye, macam bapaknye jugak.
saya baca pun sedih uncle. tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Uncle berkata...

Thanks Akmal. Nanti bila Akmal dah ada keluarga macam Uncle, Akmal akan lebih memahami...do me a favor, take good care of your parents dan jangan tinggal sembahyang 5 waktu sehari. Doakan untuk your parents. They've done their best to give you good education.

PINATBATE berkata...

Uncle..
Perasaan rindu tu memang anugerah Allah..tapi jangan turutkan perasaan sedihtu sangat..Yakinlah,Allah akan memerhati dan menjaga anak-anak kita walau dibumi mana dia berpijak..
Senyum selalu..

Uncle berkata...

InsyAllah Pinat. Senyum sokmo...

siti tanjung berkata...

uncle,
sy lg terharu dgr citer uncle berkorban keja jauh2 demi anak2 uncle..bab rindu tu mmg la..sedey wo0o..isk isk isk tabahkan hati, tawakal insyaAllah everything's going to b good :)

Uncle berkata...

Memang lagu tu lah kalau nak cari rezeki ni...tang mana pun uncle akan sampai demi anak-anak dan aunty.

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...