(Ms Legolas and the family came to visit)
(Syikin, Kuey San, Yuya dan aku!)
(Syikin, Kuey San, Yuya dan Aunty)
(Toilet bergerak)
(Abang and the team)
Sehari suntuk aku ada kat Stadium Mini Shah Alam semalam. Bukannya aku yang main tapi Abang main untuk Piala Kemerdekaan. Malang sungguh, sekali ni team Abang terkeluar dan tak qualified for quarter final. Dalam kereta masa balik tu aku pesan kat Abang, ni adat permainan. Ada yang kalah dan ada yang menang. Kalau selalu menang, maksudnya standard permainan dah stagnant, tak kemana. MU dengan Liverpool pun macam tu, apalagilah YFA Bintang Muda. Walaumacamanapun semangat setiakawan dan semangat kesukanan mesti tetap diterapkan. Abang angguk lesu, sama lesu macam aku yang dok tunggu dari 7 pagi sampai 7 malam!
Semalam aku sampai pagi lagi. Pukul 6 pagi aku dah bangun dan keluar rumah. Pergi 7-11 beli ais lah, beli isotonik drink lah, macam-macam ada...sampai padang aku tengok orang dah penuh. Macam ada Carnival Sure Heboh. Kereta dah tak boleh parking kat dalam sebab tak cukup tempat. Jadi kenalah aku parking kat luar dan menapak masuk. Oklah menapak sebab the past 2 weeks ni aku asyik melantak. Badan dah kembang macam kembang semangkuk ni...pipi tembam, leher double macam kena thyroid pun ada! Dada dengan perut jangan ceritalah....memang berlapis-lapis. Heh3....Aunty pulak masak nasi tomato dengan Darrrcha......pergh...3 kali aku tambah! Oh tidak.........apalah dosa aku? Next week aku nak register masuk "Biggest Loser!"
Pagi semalam aku terasa sangat dihargai bila Kuey San dan Syikin datang melawat aku kat padang sambil bawak kamera yang aku dok gila tu. EOS SLR. Harganya biasalah libu-libu....aku jeling 47 kali kat kamera tu. Kuey San siap ajar aku lagi macamana nak guna tapi since aku ni Camera Friendly dan IT Savvy, sampai kesudah aku tak faham....but to Kuey San, thanks anyway for guiding me. Baru semalam aku tahu pakai gadget yang ada tulis "MACRO" kat kamera autafokus aku tu after a few years....bayangkan...Lama kami bersembang dari tepi padang sampai masuk stadium sampai kat gerai teyy kami sembang. Pun tak habis jugak. Once again, aku nak ucapkan terimakasih pada 2 orang gadis pingitan yang tersangatlah baik hati tu....san-kyu...san-kyu...
Petang pulak aku dah tak sabar nak jumpa dengan Ms. Legolas. Finally, voila! Aunty pun ada jugak. Memang kami tak sabar nak jumpa. Aunty pun selalu tanya kat aku mana satu Ms Legolas ni? Macamana aku nak jawab sebab aku pun tak pernah jumpa in person! Hish...aunty ni kacau betul lah...ada sekali sampai kami approach salah orang dan tanya, "Ni Ms. Legolas ka?" orang tu muka confuse tengok kami! Lari.......Ms. Legolas bawak chocolate kek lagi...masa nak balik tu siap bagi aku present lagi...Aduh...malunya aku! Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih pada Ms. Legolas sebab bersusah-payah datang jumpa aku kat Stadium Mini Shah SAlam walaupun dalam panas terik dan dalam keadaan anaknya yang masih demam. Part tu aku sangat-sangat terharu. Aku terharu sebab melalui blogging ni lah kami dapat berjumpa dan terasa sangat mesra walaupun tak pernah jumpa. Rasa macam dah kenal berpuluh-puluh tahun pulak.
All in all, walaupun Abang tak menang semalam, tapi aku rasa perjuangan aku kira dah menang sebab aku dah jumpa 2-3 orang yang selalu support aku dan selalu bagi komen-komen bernas dalam blog aku. La ni aku nak nyanyi lagu baru Amy Mastura....."Janji kita....Happy!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Julai 27, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
14 ulasan:
Salam Uncle,
wahh.. hampir cirit saya tgk ada gmbr budak pki tshirt JAPAN & GERMANY tuh.
macam kenal aje..
Kalau tak silap saya, yg pki tshirt Germany tuh ckp, dia smpi x boleh tdo mlm, punya excited gmbr dia kat blog Uncle..
:D
Dear Uncle,
Kuey-san & Syikin...tak aci!!
dear uncle...
awat pic ms lelogas tak dak..nak gak tgk.
nak mintak tolong uncle..cam ne nak introduce myself in japanese. ada interview ni..plz uncle tolong..
harap uncle tak keberatan. kalau berat tanya marina pun boleh kot. hehe.
Dear Kuey San.
Eh jangan cir....pakai pampers Marina dulu! So sweet for both of you to come and visit us yesterday walaupun kat tepi padang saja. Next time kita pergi makan, ok? "Janji kita....Happy!"
Dear KN.
On Saturday, they wanted to surprise me, tapi depa yang surprise...nak tahu pasal apa tanyalah kat Kuey San! Hheh3...
Dear Hayati.
Wah ni panjang cerita ni...tak boleh nak comment kat sini sebab dia ada style dan berapa degrees nak bow. Anyway, masa jumpa tu cakap je "Hajimemashite, watashiwa Hayati des...dozo yoroshiku!" maksudnya lebih kurang macam ni lah..."Jom kita pergi tengok wayang cerita Harry Porter!" heh3...taklah...actually maksudnya "My name is Hayati, nice to meet you.."
Slm.
Hi Uncle, we also glad to see u, Wakana,Yuya n Abang.Sampai terlupa nak gi jualan murah kat stadium malawati tu..dah sampai library baru teringat.
BTW,Abang nampak pemalu orgnya,jln pun tunduk je bila jumpa kita org hari tu..moga dia blh terima kekalahan dan berusaha lg di masa hadapan..
La uncle malu ke..
ms.legolas yg segan sal present tu ialah harganya tak seberapa..tsumaranai mono deskedo..hrp2 uncle sudi terima..as tanda ingatan dari seorg kawan, so bila tgk pen tu,u will always remember
pantun kanak2 ni..
i hv a pen,
my pen is blue,
i hv a friend,
my friend is u.. he3 cam terasa balik ke zaman sekolah rendah lak..
till then.. odaijini.
Dear Ms. Legolas.
Thanks again. Abang memang pemalu orangnya. Lagi besar lagi pemalu jadinya.Sama macam Uncle jugak, memang pemalu. Heh3...
tsumaranai mono? Ye ke? Memang hebat present tu. Sekarang sentiasa ada kat poket Uncle. Thanks again. Eh, lupa nak tanya, baby sihat ke? Take care and regards to all at home!
Adi ok,demam pun tetap blh happy2..
semlm dia dtg kat ms.legolas then tunjuk jari dia yg ada melekat 1 benda kat situ.. dia tanya.."mama..mama fikir ni apa?".. rupa2nya tahi hidung dia..then dia acah2 nk letak kat mulut dia..emm tak tau la siapa yg dia ikut..
oh ye sal pen tu, actually masa nk engrave ,sorry la leh tak pasti nk eja nama uncle, tu yg tulis 'uncle' je.. smp salegirl tu pun pelik.. tulis ni je ke?.. tp exclusive la tu kiranya kan.. ialah tak pernah org buat..he3
toilet bergerak? hmmm, i once saw a signkat GH "unit trauma bergerak" so tanya kawan, trauma bergerak tu macam mana? terketar-ketar/menggigil terperanjat ke? haha... rupanya unit itu yg bergerak sprt ambulans mencari pesakit trauma, hihihi :)
dear uncle..
thanx..asal ada des kat hujung tu..hehe. dah salin ayat tu. akan dihafal..lain2 cakap je melayu....hehe. thx a lot uncle.
Dear Ms Legolas.
Yang melekat kat jari? Sama macam marina. Tapi Marina datang kat uncle dengan aunty, tunjuk ponggong dan cakap "oh shiri.....puri..puri..!" Good that Adi felt better...take care.
Dear KOG.
Memang sekarang ni banyak benda yang bergerak. Hospital, library, tandas, nasi kandaq.....huh? nasi kandaq?
Dear Hayati.
Takde masalah langsung. Apa saja yang kita tahu, mestilah kita share bersama...."sepakat membawa berkat"
Catat Ulasan