Selasa, Julai 14, 2009

Family/Vimmy Yasmin

Macam biasa, aku tak berjaya nak upload gambar lagi buat kali ke 248! Ni geram sambil ketap-ketap bibir ni. Sama macam Cikgu Bibah marah kat aku dulu sebab tak buat Homework!

Hari Ahad lepas abang ada game Piala Sultan Ahmad Shah kat PJ. Padang yang kat depan Amcorp Mall tu! Since dah terlampau confident dengan kedudukan sekarang yang sedang leading carta daripada 12 team, YFA dah agak relax sikit. Maka oleh itu, first game dah kalah 0-1 dan second game cuma mampu seri, walaupun aku diberitahu dalam game-game lain habbis team tu semua kena belasah. Jadi moral of the story is, jangan terlalu confident. Aku pernah jadi macam ni dulu dan akibatnya team aku tak masuk final rugy MSSNS tahun 1985 dulu. Maka berakhirlah perjuangan kami dulu yang dikenali sebagai SDAR LIONS. Masa tu kalau tanya peminat-peminat kat NS rata-rata semua cakap kami yang akan Champion tahun tu. Menangis terisak-isak kami balik naik bas sekolah sampai Sikamat sambil dok hisap rokok Marlboro kat belakang bas walaupun 2 orang warden ada kat depan bas sebelah pakcik drebar! Daring betul!

Aku tengok 2 game abang hari tu. Abang memang ada size dan in fact abang lah yang paling besar, aku rasa, yang ada kat padang. Tapi masih ada banyak kelemahan abang. Abang lambat nak tackle, abang lambat nak recover kalau dah kena gelecek. Abang masih tak pandai membaca perlawanan dan pemain lawan. Selalu leka. Tackling tak sepenuh hati, masih takut-takut. Peluang memang banyak especially masa corner sebab bola tinggi selalunya sampai kat kepala abang tapi abang tak pandai lagi nak gunakan kesempatan untuk menanduk bola masuk. Contribution to the team masih kurang. This is a team work! Aku tak cakap apa kat abang tapi masa dinner, aku cakap elok-elok kat abang. Abang mengaku kelemahan dia. Abang sedih sikit, lepas tu terus abang masuk bilik belakang main PS2! La.......

Hari tu jugak aku dapat jumpa Vimmy Yasmin. VY datang dengan family dia. Thanks VY. Buat susah-susah ja. Aku terharu jugak sampai guling-guling kat Amcorp Mall sebab VY sanggup datang dari jauh nak jumpa aku sekeluarga walaupun VY sendiri sibuk sampai tak cukup tangan. Kami sempat lunch kat kopitiam di AM. By the way, this Saturday abang ada game lagi kat tempat yang sama. 2 games in fact. Then the following week ada tournament MERDEKA kat Shah Alam. The following week tu pulak ada RSC International Tournament kat RSC di KIARA. Pergh...macam main kat EPL la pulak!

14 ulasan:

Kuey san berkata...

Salam Uncle,

saya tunggu Abang punya game kat Shah Alam. Boleh bergambar dengan family Uncle, pastu Uncle upload kat blog... wahhh saya akan glamer & ngetop gitu.

For sure Cikgu Zainab jealous.

Hahaa~

Uncle berkata...

Dear Kuey san.
25 dan 26 July ni Abang lawan bola kat Shah Alam Mini Stadium and we'll be there from 8am. Give me a call if you hppen to be around the area. Most probably we can go and have breakfast together!

kucingorengemok berkata...

uncle kat msia lagi ye? buang je la wimax tu uncle... rugi kita org tak dpt tgk gambar uncle horey² dgn family :)

Kembara Musafir berkata...

Uncle... rase2nya, mungkin saiz of the photo tuh terlalu besar tak...? I think got limit max size for each photo... kengkadang kita lupa yg kamera tuh ambil gambo kualiti baguih... so bigger memory dia pakai.... kena save balik to a lower memory... tak ingat la pulak what is the max size for the photo... (I think becoz of that laaa... but not so sure, kasi hantam saja... hehe)

zorro berkata...

Boss,
My eldest son pun main rugby gak...he is a captain for the S.M. Teknik Cheras...Tak tau la macmna boleh lekat kat rugby. First three years masa form 1 to 3 main Projek Badminton tup tup masuk teknik lekat ke rugby plak...boleh cari makan ke main rugby ni? hehehe

Uncle berkata...

Dear KOG.
Sorry lambat reply. Bukan masalah WIMAX sekali ni tapi Uncle dah balik Penang naik bas...horey2 dan makan macam `badak sumbu pulang petang!` heh3...

Uncle berkata...

Dear KM.
Rasa-rasanya macam tulah tetapi memandangkan Uncle lah manusia yang paling IT Savvy dalam dunia, maka kerja senang dah menjadi susah! Tunggu esok-lusa Uncle godek2 lagi!

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Rugby is a gentleman's game. Tengok ganas tetapi bila main dia mengajar kita ciri-ciri berpasukan, membuat split second decision dll ciri yang akan dapat menguatkan jatidiri dia. Galakkan dia bermain rugby dari dia terjerumus ke arah lain yang tak berfaedah. Uncle sokong dia main rugby walaupun tak jadi kaya kat sini. Tapi dengan syarat pelajaran tak boleh dilupakan. Good Luck Zorro!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle!!!...
uncle blk malaysia??!!!
semoga ceria2 dgn femly ter chenta!!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Memang tengah dok horey2 ni. La ni pun baru balik hantar Yuya main bola kat AU 2 tadi. Then later we'll go and watch Harry Porter kat MBO. Then after movie, hantar abang main bola. Then pergi sauna dengan yuya. Then pick-up abang, then, then, then....

zorro berkata...

Boss,
Aku rasa ko tak ingat aku lagi kot?,,,Aku Zaini yg dok keje ngan sonny kat tempts dulu...Ingat tak?

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Mann....what a small world! Let's meet up sometime, somewhere! I assume you are dealing with Cuban Cigar now if I'm not mistaken...

zorro berkata...

Boss,
yup u are rite...I am dealing with the cigars now...Bila nak balik Makkah?Memang rasa nak jumpa tapi my youngest son admitted sekarang ni kat Hospital Selayang sebab very high fever...dah baik fever kena e coli pulak...Doc said he is going to be here for another 5 days...apa nak buat...anyway i am really admire your writing skills as how I admire the way you managed the restaurant those days...Insyaallah, kalau tak de aral kita jumpa before you go back to Makkah and we might invite Robae as well...dah lama lost contact ngan dia...Fyi, I am staying in Selayang Heights now.

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Seeing me is not important but attending to your son is! Jaga dia dulu. Thanks for the nice compliment. Zorro pun apa kurangnya....tapi kita usahakan yang positive saja...take care.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...