Khamis, Julai 09, 2009

Marina Ayumi

Take note: Aku dah cuba upload gambar sebanyak 132 kali tapi tak berjaya. Actually aku baru subscribe WIMAX semalam. Ok quite good tapi gambar tak boleh masuk pulak. Sapa-sapa yang cerdik pandai tu tolong lah aku! Aku janji aku belanja teyy secewen bila kita pergi Milan nanti!

First day masa aku balik KL, Marina happy tengok muka aku. Sekali ni dia ingat aku. Maklumlah dah dewasa. Dah 3 tahun! Cakap pun dah mula petah. Aku seronok dengar Marina cakap. Pendek-pendek ayat dia tapi diatur kemas. Kadang-kadang masa tengah jalan pergi kedai, Marina terkeluar cakap Jepun. Heh3...aku ingat aku nak hantar Marina belajar Mandarin la pulak nanti. Of course, of course, sekolah ugama aku mesti hantar. Itu tanggungjawab aku. Bahasa tu bagi aku sangat penting. Kelebihan berbahasa asing akan membuka laluan lebih besar untuk anak-anak aku nanti untuk melayari kehidupan dewasa depa. Kita mesti mahir berbahasa Malaysia dan Inggeris sebagai bahasa asas. Tapi bayangkan kalau kita ada 2-3 bahasa lagi sebagai contohnya Afrikaans ataupun bahasa dari Vanuatu ka, tak kah memberi advantage kepada kita nanti? Tahun depan SA akan menganjurkan bolasepak Piala Dunia. Dengan kemahiran berbahasa Afrikaans, boleh lah nanti jual air tebu dengan goreng pisang kat depan stadium nanti selain daripada boleh jual sim card masa orang tengah beratur panjang nak beli tiket! Tu semua advantage tu..

Semalam aku bawak Marina pergi Klinik R kat Taman Dagang. Dr. R tengok aku, dia dah start cerita pasal Mekah. Aku cakap kat Dr. R, Marina ni demam......sakit tekak...lepas tu baru Dr. R terperasan yang Marina tu demam sikit. La...pulak...orang lain yang demam, orang lain yang kena soal jawab. Heh3...Dr suruh Marina makan ubat la-la tu jugak. Alhamdulillah anak-anak aku semua tak ada masalah nak telan ubat. Lepas demam dah agak reda sikit, aku bawak Marina pergi Ampang Point horey-horey. Marina tak nak pegang tangan aku sebab dia cakap, dia dah dewasa! Aku cakap tak boleh macam tu, orang dewasa la selalu hilang....lepas tu dia pegang tangan aku kuat-kuat sebab takut hilang. Aku rasa pasangan yang selalu berdating dan selalu pegang tangan tu sebab depa takut pasangan depa hilanglah kot...macam aku dengan aunty dulu...heh3...

Aku sebenarnya nak pergi massage. Dah lama tak massage. Dulu selalu aku pergi. Orang buta lah...orang tak buta la....orang buta huruf la...semua aku try. Tapi entah macamana aku tetap pilih Thai Massage. Errr...yang lelaki urut lelaki tu. Tempat dia bersih dan tak hanky-panky (if you know what I mean!). Siap bagi baju dan seluar lagi. Kalau weekend siap kena booking sebab ramai orang datang and this place is approved by Thai Tourism kalau tak silap aku akan tahap kelurusan depa. Ada sekali tu masa aku pergi situ, orang kat tirai sebelah tu asyik dok tergelak mengekek-ngekek. Aku heran apasal la orang tu dok tergelak sampai dekat 2 jam. Dia dok tengok Mr. Bean ka? Dia baca katun Rejabhad kat Gila-Gila tahun 1977 ka? Tak jugak, lepas aku research sana research sini termasuklah lepas talipon Universiti kat Arkansas (aku tak tahu pasal apa tiba-tiba terkeluar UA ni!) baru aku tahu yang orang tu sebenarnya geli! La....macam ni punya orang pun ada. Picit kaki geli, picit tangan geli, picit belakang geli, picit leher geli...la.....habis macamana nak urut? Macam ni punya orang pun ada. Jadi message of the story is, pada orang yang kuat geli ni, pergilah kat kedai Abas Bandung dan carilah buku massage. Balik rumah, bawah pokok ketapang, duduk bersila atas pangkin, bancuh kopi Aik Cheong ka Hang Tuah ka, bawak cucoq cempedak sepinggan, bacalah buku massage tu sampai habis......puas.....

28 ulasan:

kucingorengemok berkata...

uncle pernah urut dgn pakcik buta kat kde tu ke?

lama tak dgr nama rejabhad... lps tu teringat pulak rashid asmawi, from taiping with love, hihihi

Uncle berkata...

Dear KOG.
Pakcik buta kat KDE tu Uncle tak pernah try lagi tapi pergi makan kat KDE dah try sebab dulu kawan Uncle yang GM kat situ, nama Azmil. Sekarang dia kat BJ Golf pulak. Orang buta yang Uncle try, kat Brickfields (atas TNB) dan Bandar Baru Ampang (atas kedai buku).

ms.legolas berkata...

Uncle,
uncle kat M'sia till when?

bila uncle nya flight balik?

semoga Marina cpt sembuh.
Uncle pun jg kesihatan..
jgn terlebih telan durian..he3

Suzana Abd Manan berkata...

Saya pun macam orang tu uncle, boleh pengsan kegelian bila orang urut...hehe

Pak Zawi berkata...

Seronok kalau dapat tukang urut yang baik. pak Zawi tak tahan sakit bila tukang urut tekan kuat sikit tapi tak geli.

Yattisa Roslan berkata...

salam uncle;

sebelum upload tu cuba reduce size gambar sebab kebykan gambar tu bersaiz besar sebab setting di kamera biasanya besar utk dpt kan image yg sharp(7R)

cuba guna irfan view utk reduce serentak semua gambar2 tu.. at least 30% of the size, baru optimum utk transfer.

salam.

wassalam.

Yattisa Roslan berkata...

salam uncle;

sebelum upload tu cuba reduce size gambar sebab kebykan gambar tu bersaiz besar sebab setting di kamera biasanya besar utk dpt kan image yg sharp(7R)

cuba guna irfan view utk reduce serentak semua gambar2 tu.. at least 30% of the size, baru optimum utk transfer.

salam.

wassalam.

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
The plan is till 1st or 2nd August if everything goes well. Kalau tak akan sambung sikit lagi kot....btw, next week i have an appointment with a few universities. Dulu kan cakap nak sambung belajar!

Uncle berkata...

Dear Suzana.
Alamak kalau lah semua orang macam Suzana, habis semua tukang urut kat Malaysia ni tutup kedai! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
Memang sakit sikitlah tapi lega rasanya...especially kat shoulder tu. Mmmm...bliss....kena pulak kopi secewen!

Uncle berkata...

Dear Yatissa.
That's a good idea. Let me try to reduce first. Heran jugak yea, balik sini tak boleh upload pulak!

ms.legolas berkata...

Oo ada appointment dgn universities.. kira uncle balik ni mmg byk urusan penting ye.. ms.legolas doakan semoga matlamat uncle tercapai dan di permudahkan oleh Yang Maha Esa..kalau dah confirm nk bljr kat mn nanti beritau k..
btw, nk gak jumpa uncle ngan family,worst case jumpa masa uncle nk balik nanti kat KLIA.. blh ke? Ni kira cam peminat nk hantar artis pujaan buat show kat luar negeri..so hrp tak di hampakan.. sore ja genki de ne

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,
Tentu bahagialah tu...well I am happy for you.Semoga uncle mencapai apa yang dirancangkan.InsyaAllah.

Uncle berkata...

Dear Ms. Legolas.
Tinggal kat mana? If you are somewhere here in KL/Ampang, we can meet up anytime. I guess this Sunday morning I'll meet up Vimmy Yasmin in PJ kat padang bola belakang A&W tu at approximately 10.30am sebab Abang ada 2 game kat situ. One at 10.30am and one at 1.30pm for Pro League Sultan Ahmad Shah Cup. Drop by if you are free. Wakana will be there as well. You have her number.

Uncle berkata...

Dear KN.
Sapa tak happy jumpa family kan.....memang happy. Ni pun dok nyanyi lagu tu lagi!

zorro berkata...

Boss,
Alhamdulillah dah selamat sampai kl. Tak sangka Boss ni pandai tulis cerita hidup...aku dah jadi ketagih baca blog Boss ni...hehehe

Nek Rock berkata...

yooooo uncle dear,

erkkssss udah ada di ampang, uwaaaaaaa besnyaaaaaaa

salam buat family and have fun back home:)

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Kalau ketagih yang positive, alhamdulillah....jangan ketagih yang negative sudahlah...keep on the ketagihan sihat tu!Glad that you enjoy reading my celoteh..

Uncle berkata...

Dear NR.
Oh yea... I am having fun with all the kids tagging along especially Marina. Heaven rasanya...

tinta berkata...

dear uncle..

selamat pulang ke tanah air mu...huah2..kalu free dtg la melaka dgn famili. leh ronda2 pekene ikan bakar tu..jemput btul2 ni.

ms.legolas berkata...

Sorry Uncle,
i just read your feed back.
Internet problem.

I live at S.Alam Sek28 near kilang Proton. Kalau KLIA tu 25min dah smp.
Sunway Pyramid,Taipan,Subang Parade,Summit USJ
selalu la gi, tp PJ tak biasa pergi..

tak de mai Shah Alam or Sunway ke?

yoroshiku

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Oh...internet problem yea....salahkan internet yea.....Ok good. I will be at Stadium Mini Shah Alam on both 25th and 26th July sebab abang ada football tournament from 8am. Kalu boleh see you there. Jumpa disana.....

ms.legolas berkata...

Ok Uncle set.
Stadium Mini Shah Alam ni yg sebelah Stadium Malawati tu ye..
So kita jumpa kat dlm stadium tu la ye..Insyallah Ms. Legolas n
anak2 akan dtg on 26hb Sunday,dlm kul 10 to 12.C u there. thks

Kembara Musafir berkata...

Juai SIM card...? hehehe... somehow ana teghasa... but ana juai SIM card kat Telco... STC ka, Etisalat ka, Zain ka... :)

Uncle berkata...

Dear Hayati.
Memang ada keinginan nak ke Melaka dan makan ikan bakar kat Umbai tu lagi sekali tapi malangnya, abang dan yuya ada game every week on weekends dari pagi sampailah petang. Actually Uncle memang ada plan nak ke Melaka dan duduk kat Holiday Inn (hotel baru kan?) tu yang nak try tu! But maybe after Hajj nanti.

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Yes that will b good. InsyAllah will see you there. By the way, my number is 016-2417321. Just sms me if you happen to be there early.

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uih, mcm seronok je massage uncle..
pasai belajaq bahasa tu kan sy setuju..hurm, dah tua2 mcm sy ni susah nk pick up..heeeeeeeee

Uncle berkata...

Dear Siti.
Massage memang seronok. Lega rasa. Maybe 2-3 later i'll go for a good massage. Sometimes you just have to pamper yourself!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...