(family photo tanpa aku)
(sukanya dia...)
(ada bunga lagi...kelas...)
(macamanalah nanti kalau dah 17 tahun!)
Aunty cakap dia tak boleh nak scan gambar sebab gambar besar sangat. Jadi, dia terpaksa ambik gambar lagi sekali pada gambar yang dah sedia ada. Aku tak kisah, janji dapat tengok baby aku pakai kimono. Hati aku puas walaupun gambar tak berapa clear. Tapi kalau kat Penang ada nama lorong nasi kandar "Line Clear". Jadi, gambar ni pun kira line clear jugak lah...heh3...
Gambar first tu sekali tengok baru perasan yang anak-anak aku dah besar walaupun taklah besar mana. Apa sebab aku cakap depa dah besar? Sebabnya senang. Aku jarang jumpa anak-anak aku. Entah depa kenal aku ke tidak masa aku balik KL nanti. Ada sekali tu masa aku balik, Marina tak berkelip-kelip mata tengok aku. Mungkin dia lupa aku siapa! Dalam kereta dari airport pun dia asyik pandang je kat muka aku. Bila kat rumah, lepas tenung aku lama-lama dan kemudian dia celapak duduk atas dada aku baru dia panggil, "Papa!" Masa tu aku tak tahu nak cakap apa. Seronok ke? Sedih ke? Aku pun tak tahu. Macam-macam perasaan ada. Yuya pulak macam biasa, sibuk cerita pasal dia dan abang pun sibuk cerita pasal bola.
Seronok tengok perangai anak-anak ni. Ish...kadang-kadang pikir balik, pasal apa lah aku kerja macam ni? Kalau aku ada kat KL kan best? Tapi dulu masa aku kat KL dulu, nama aja duduk KL dengan family...tapi dari pukul 6 pagi sampai ke tengah malam aku ada kat hotel! Off day pun tak tentu hala. Kalaulah aku kerja bank........kan ka best, 5 day week, sabtu dengan ahad ada kat rumah...ph pun ada kat rumah...huh, cerita pasal kerja bank ni, aku teringat pulak satu cerita. Masa aku tengah gila main rugby dulu dalam KRU Selangor League, time tu Maybank, Bank Bumi, Arab Malaysian semuanya tengah kuat. Aku ada tanya kat Pak Chat (orang Kedah). Pak Chat ni dulu main untuk Kedah Piala Agung. Then moved to KL dan jadi coach untuk Arab Malaysian. Pernah jugak main untuk Malaysia for a few years. Aku tanya Pak Chat kot-kot ada kerja kosong kat Arab Malaysian. Pak Chat cakap, hang pi tanya kat Maybank. Aku pun buatlah cv sendiri pakai kertas kajang tulis tangan lagi...senget-benget aku tulis. Then aku pergi Maybank HQ kat Puduraya tu. Tingkat berapa tah HR dia masa tu pun aku lupa. Bagi cv dengan surat tulis tangan tadi. Mintak kerja jadi teller kat Maybank. Kelayakan aku? Main rugby saja....heh3....since kelayakan yang aku tunjuk cuma paper cutting STAR yang tulis nama aku pasal buat conversion (tendangan penalty) jadi dia pun dengan sebelah mata tendang aku keluar! Padan muka....nak main sangat!
Berbalik pada Marina Ayumi, buah hati pengarang jantung aku sorang tu. Amboi tak sabar aku rasa nak balik KL. Sekarang Marina dah pandai cakap. Selau dia cakap kat aku, "daiiiisukiiiii" maksudnya "sukaaaaa sangat.." ataupun "sayaaaang.....sangat!" Pasal suara dia kecik dan comel, bertambah tak boleh tidur malamlah aku...dulu Abang, lepas tu Yuya, sekarang Marina pulak buat aku tak tidur malam. Alamak, lupa pulak nak cakap, Aunty pun dulu buat aku tak tidur malam jugak....heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
26 ulasan:
memang manis cute jer Marina dengan kimono merahnya tu..siap bibir pun merah..amboi! kena jaga baik-baik ni..kalau dah 17 tahun tu esok,harus jadi rebutan...gambar yg pakai gown kembang siap tiara atas kepala tu pun cantik cute..mcm puteri jer..
eerr..bukan sampai sekarang pun aunty buat uncle tak tidur malam kerr..yeay!
wah marina, "rupa macam anak orang jepun" hehehe.
Dear Pinat.
Anak Papa..heh3...mmm, memang betul tu. Aunty sampai sekarang buat Uncle tak tidur lena...
Dear KOG. Yea ke macam anak orang Jepun? Tengok hidung tu betul2. Sebijik replika Uncle. Kembang tak sudah!
salam uncle
bila tengok photog 1st tu aduhai...
betapa sudah remajanya si abang. sama tinggu ngan aunty. Kejap masa berlalu. peningkatan usia begitu pantas rupanya. dah besar2 anakanak uncle nih
Yuya ada rupa uncle banyak. besok besar ni macho urangnya....(hehhehehe)
Waduh Marina
bila pakai Kimono ni nampak cute. nampak matured dari usia yang sebenar. inilah happy family uncle. hilang rindu bila berada jauh disana kan uncle
salam uncle,
dlm 3 org anak uncle tu rasanya yuya la paling fotocopy uncle. agaknya masa uncle kecil dulu, mcm tula muka uncle ek. abg nmpk mix uncle n aunty tp marina iras auntie.
apapun, marina mmg cute!
salam uncle
kesian aunty..last sekali baru disebut boleh buat uncle tak tido malam....sebutpun sebab takut terlupa..padahal aunty lah yang pertama buat uncle tido tak lena..bagi saya tu kenyataan malu2 tu,,he,he,he..nk ucap gak tapi takut terlebih romantik..takut aunty hairan,,,sori uncle kalau tersilap
tak lama lagi terubat le rindu pd anak2 dan isteri tu...mesti tgh bilang hari je nih...hehehe
salam,
wah manis, comel, cute nyer anak gadis papa tuh...anak2 bujang pun boleh tahan gayanya...
mesti rasa sebak n syahdu kan bila tgk gambar anak2 dah besar dah...
abang nampak gaya seorg abang... boleh jadi pelindung kpd adik2 nya..
si yuya... nampak gaya,besar nanti pasti hensem dan bijak..
takpe uncle... itulah dugaan hidup bila di perantauan mencari rezeki..
kpd org2 yg sabar, redha dan syukur... ada ganjarannya nanti...insyaALLAH
heheh. najwa gelak bila sampai part marina tak berkelip2 tengok uncle. sampai rumah baru dia realized yg uncle itu papa dia. hehehe.. kelakar betul. tapi apa nak buat. mencari rezeki yang halal utk anak2. saya yang ada kat sini bersama my lil waseem pon tak boleh berpisah sehari. rasa rindu yang amat sangat. tabah betul kalo org bleh berpisah berjauhan selama beberapa bulan. mesti uncle selalu sibukkan diri dgn kerja utk tak ingat sngat family kan? hehehe.
Uncle ...
Actually Aunty kot yg betul betul buat Uncle tak tidur malam kot ... hehehehe tak payah malu malu ... hehehee
Masya Allah ... marina is very cute ... and you have a great family ... muga Allah senantiasa melindungi mereka ...
So bila balik cuti? Tak kan lepas Haji lagi kot????
Uncle,
pandainya Marina bergaya..gambar no. 1 tu cam anak dara dah leh buat menantu je gaya dia..memang uncle tak leh tidur nyeyak nampaknya..he3
Dear Dila.
Memang cepat sungguh masa berlalu. Tak sedar rasanya anak-anak dah membesar tapi malangnya Uncle jarang ada kat rumah. Part tu Uncle sedih sikit....
Dear Carrie Ma.
You are not the first yang cakap Yuya muka Uncle. Eh biar betul ni....ngeri tu!
Dear Cikgu Nas...rasanya tak silap kot...memang Uncle ni pemalu orangnya!
Dear Uncle J.
I am actually now in KL. Tu sebab the last few days entry tak ada! Patutnya next week balik KL tapi memandangkan keadaan tak busy, jadi one week earlier la nampaknya...and the kids are very happy to see me as much as I am very happy to see them!
Dear Taj.
Memang Uncle dah tersangat rindu pada anak-anak...and now I am back in KL. Lega....syyyy....anak-anak tak pergi sekolah semalam. Waited for me!
Dear Lotfi.
Memang Uncle kena paksa bagi busy. Kalau tak dah setengah gila. Itulah kasih-sayang seorang ayah pada anak-anak dan isteri dia!
Dear Ghazaz.
Ni tengah dok cuti la ni...kat ampang dah ni...eh lama tak dengar cerita? Ingat dah retire from blogging?
Dear Ms Legolas.
MasyAllah....memang tiap-tiap hari tak puas tidur terkenangkan anak-anak. Apa nak buat, dah rezeki macam tu. So, to you, cherish the time that you're having now with them.....take good care of them! Itu amanah Allah untuk kita jaga..
Salam Uncle,
I wish to see you wearing the Samurai uniform and bring together your family to Terengganu this weekend. Then I can take your picture and putt into a frame.
Since you are already back, please bring your family for holiday to Terengganu which I think beyond doubt will brings back your sweet memories in Dungun like the old days. Don’t you want to see where the places that you have tackled those gurls…oopps sorry Auntie, just kidding.
Don’t worries about the room, I will arrange for booking, just let me know the exact date you’re coming?
Meh datang… jangan x datang… Ajak si Azlie to sekali, tengah frust kat sana tu… xdpat makan asam pedas… sapa punya tu… CM ,,, apa ke nama…
Dear Dean.
Memang hati teringin nak ke sana lagi tapi nampak gayanya masih tak kesampaian sebab schedule full. Appointment dengan Pelita la, appointment dengan Kayu lah...dengan Line Clear pulak minggu depan kot...macam2 ada!
Lorr...uncle dah balik KL rupanya. boleh makan durian lah. huhu~
next saturday ada Bon Odori kat Shah Alam & Penang. Aunty pegi x?
;)
Dear Kuey san.
Oh yea ke ada Bon Odori? Ramai giler. Aunty cakap kalau nak pergi elok pakai KTM. Anyway, weekend selalunya aktiviti penuh jadual! Heh3...
uiks, comey la marina...yuya pon comey pkai kot..abg pon hensem..hehe..aunty pon kawaii...
semua2 comey..uncle crop gmbq uncle letak sebelah...hehe mesti ottosan pon hensem dlm gmbr tu :D
Dear Siti.
Crop? Gambaq pun ada crop ka? Ingatkan rambut saja yang ada crop! Hai...maklumlah....Uncle ni IT Savvy!
Catat Ulasan