(tengah pikir masalah dunia)
(fruit display on ice)
(hotel dari jauh)
(dessert corner)
(pasta aunty)
(mee goreng aku)
Aku bagitahu hari tu yang aku ada pergi ke Pullman Hotel Putrajaya. Hotel ni baru lagi dan tak semua bilik dah beroperasi. Reason pasal apa aku pergi situ? Sebab aku tunggu passport aunty yang akan siap pada pukul 3 petang. Jadi sementara nak tunggu tu, aku pun melawat lah hotel ni sekejap. Nak cari pun satu hal jugak, tapi satu benda yang aku admire kat Putrajaya ni pasal even security kat situ mampu untuk bagi panduan ketempat yang nak dituju dengan tepat sekali. Part ni aku suka sangat. Ni bukan kali pertama aku tanya kat security guard kat situ tapi dah beberapa kali. Depa bagi direction dengan tepat dan cekap. Siap bagitahu landmark, traffic light mana nak pusing dll. Kelas....
Apa aku makan hari tu? Mmmm, aku nak order maggi goreng dengan telur satu tapi tak ada. Jadi aku order mee goreng dengan mooteq unei..aunty had pasta kalau tak silap aku. All in all, taste was not as good as expected. Kalau nak try mee goreng, if you happen to be in Penang, pergi ke Campbell Street dan terus masuk Restaurant Hameediyah. Mintak mee mamak satu, mesti terangkat...walaupun rating aku mee Pak Bakaq kat Brown Garden is still my all time favourite. Dan aku tak tipu sebab pernah di buat special article kat NST. Malangnya Pak Bakaq dah tersangat tua dan anak-anak dia sorang pun tak mau berniaga mee dah. Sayang kan....tapi walaupun aku tahu yang Pak Bakaq dah tak meniaga, aku lalu jugak depan rumah dia bagi puas hati...heh3...
Ok, Pullman Putrajaya ni architecture dia memang cantik. Mewakili berbilang bangsa kat Malaysia. In fact hari ni pun keluar article pasal hotel ni kat Harian Metro. Walaumacamanapun, masih banyak lagi yang tak berapa nak siap. Hari tu masa aku dengan aunty lepas makan, kami dalam perjalanan menuju ke carpark. Kami tengok orang ramai dok berkerumun kat situ. Belek punya belek, rupa-rupanya ada Bollywood movie tengah dok shooting kat situ. Jangan tanya aku sapa yang berlakon sebab aku memang tak kenal depa. Tapi aku rasalah....sorang stuntman yang hilang kat lake tu mungkin berlakon dalam cerita ni...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
14 ulasan:
salam Uncle...
wah dah gi kat PULLman erk...
shuntek kan view kat PULLMAN ni
dilla tengok dari jauh jek masa ada game kayak arituh....
Best tak uncle food kat sini?
kalau tinjau dari jauh macam tak dek urang jek...
so what do u say? food presentation uncle lagi best ke, depa punya lagi best? hehe... tapi dia org takde watak² penyamun tarbus yg kelakar mcm kat tempat uncle!
Hi Uncle,
yes kita jumpa Ahad 26hb ni tau.
Kat stadium mini s.alam(baru tau ada yg mini kat situ).Anak sulung Ms.legolas 16thn boy,sejak naik tingkatan selalunya tak nk ikut ms.legolas keluar..tp smlm dia dok tanya ahad ni jd tak gi tgk anak kwn mama main bola..excited la tu nk tgk abg main..moga2 timbul minat dia ngan activiti luar(selalunya memanjg kat rmh main game)
btw, smlm 2 hari ms. legolas training kat concorde hotel s.alam sal ergonomic and manual handling..best gak buffet lunch kat situ(rest. melting pot).then masa practical, we all kena observe pekerja kemas bilik and laundry area..bila tgk org keja kat htl ni teringat kat uncle.. oo mcm2 keja diorg ni rupanya utk bg guest selesa.. mmg salute la kat uncle yg blh naik smp ke tahap skrg..
Dear Dila.
Memang cantik tempat tu. Tapi masih ada banyak tempat yang belum dibukak lagi. Kalau tak salah, cuma 2 blocks saja yang dah beroperasi.
Dear KOG.
Uncle tak berani cakap mana lagi best sebab benda ni very subjective. Kadang2 pakai daun pisang pun nampak cantik! Penyamun tarbus tu semua tu exclusive!
Dear Ms Legolas.
Wah...anak dah umur 16 tahun? Wow, jealousnya....Uncle kena tunggu 7 tahun lagi la..laundry? eh Uncle pernah buat benda2 tu semua masa kat Shangri-la Penang dulu.
Boss,
Hotel ni 5 star ke? tapi it seems that their buffet looks better than Shangrila Putrajaya...is it an island buffet style? ada nombor Robae tak? Lama tak dengar berita dia?
Dear Zorro.
This is a 4 star hotel but the chain is big. I do agree that the presentation and lay out is much better than Shangri-la Putrajaya. Give me your number and I'll sms you his number. Takut letak kat sini satgi tuanpunya number marah pulak number dia dipublickan...my number? Dah memang public pun but once again, 016-2417321. Take care and regards to all. Btw, yesterday I had lunch with En Hamzah and wife kat mana lagi? Vogue Cafe la....
Boss,
my number is 012-3960992...baru je discharge kan anak from Hospital Selayang...Nasib baik tak da apa apa..bz tul boss bila balik ni na..
Dear Zorro.
Alhamdulillah semua sihat. That's important. I'm very busy melayan anak-anak tapi tulah nikmat yang Allah bagi...pagi ni nak hantar Abang main bola 8.30am - 10.30am dan sementara tu sempat main layang2 kat padang tu dengan yang lain2. Horey2! Btw, I've sms you Rob's number. Take care.
Uncle ...
Survey survey kat Pullman Hotel ker? Dah tak sudi nak duduk sini ker?
Hahahahahhahahahahaa
Pandai tak I buat SPEKULASI? Hehehehheee
Apa apa pun ... terliur bila sebut pasal mee nih!!!
tang hameediyah tu sy sokong (sambil angkat kedua2 tgn)...heee
Dear Ghaz.
Please don't get me wrong. Pergi Pullman tu pun bukannya apa, tapi menunggu passport aunty yang siap hari tu pukul 3 petang. Not only Pullman, I've surveyed other hotels too tapi bukan niat nak kerja tapi nak tengok presentation depa and improve the one in Mekah. Ni kan kerja I....lagipun Director of Finance kat Pullman tu was my 2 years Junior kat SDAR dulu! Ada jugak! Heh3...hope to see you in Mekah before Ramadan! InsyAllah! Btw, do you Hamdan Hamzah? Used to work together with you in Sudan katanya. He was with Oil & Gas or something. Hamdan pulak my 3 years senior kat SDAR! Banyak lah pulak cerita!
Dear Siti.
Mana nak cari mee yang best kat area ampang ni?
Catat Ulasan